Monday, October 12, 2015

Iqy anak sape?

 
 
Budak ni makin banyak mulut sekarang, kalau kat rumah tu suara dia je..Maklumlah mama dia kan pendiam..hahaha..Ni sekarang ni cukup suka sangat ajuk cakap orang, apa orang cakap, dia ikut cakap sekali, gaya macam orang baru dapat lidah.Dulu masa dapat kaki, sibuk nak berjalan je,pegang tangan pon takmo, sekarang dapat "mulut" plak, makin ringan lah mulut dia berkata-kata.Dah pandai sebut semua nama ahli keluarga, kekadang dia tengah leka main sorang-sorang dia akan sebut "mama, abah , Iqy"..pandai plak tu sebut nama sendiri.Nama mak aku pon dia pandai sebut..Nenek..Idah..hahahaha..Ashu...Tasha..Opah dan macam2 lagi lah..Hurmmm kekadang geram rasa nak gigit je mulut dia tu, mengelicapp sangat bunyi nya..hehehehe..
 
Perkembangan lain, dia dah pandai terima dan ikut arahan, contohnya kalau nak mandi, buka baju, bagi baju kotor kat dia, pastu tanya dia "letak mana baju tu?"..Laju je dia menonong masuk bilik dia , dan masuk kan baju kotor dalam bakul khas.Clap...clap...clap..Pasni leh buli suruh masak kat dapur plak, agak-agak malas nak masak, "Iqy, pergi masak sekarang"hahahahah...Giler kejam mak ko ni kan..
 
Video ni adik aku rakam masa kat rumah mak aku, "Iqy anak sape?" dia akan jawab "Joeee".hahahaha ...haiii lah anak..Tapi biasalah dia kan, bila tiba time nak rakam, dia mula lah main-main, Iqy ni jenis yang tak suka tunjuk pandai taw, dia suka tunjuk kat mama abah dia je.Kadang-kadang kepandaian dia tu dah sama level dengan budak 3 tahun.Bukan nak puji lelebih, tapi itu hakikatnya.Kekadang terkagum jugaklah..hekhekhek...
 
 

3 comments:

  1. hehe comel iqy.. budak-budak bagus train dari kecil.. nanti besar makin senang mau di didik, kan? :D

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)