Monday, November 16, 2015

Serangan chicken pox menjelang birthday 3 hari lagi


Huhuhuhu...Awal-awal dah sedih dah.Tahun ni sempena bertambahnya umur baru 3 hari lagi, diberi ujian sakit untuk diri sendiri..Takpe positif..Sakit tu kan penghapus dosa-dosa kecil.Tu laaa nak sangat demam kan, hamik kau siap pakej gatai-gatai satu badan.Rasakann weyyy..Tapiii seronok sangat sebab dapat MC seminggu...Yehhaaaa...Pagi tadi pergi opis, semua orang halau suruh balik, semua takut jangkit..Ekceli semalam tak lah obvious sangat ciri-ciri chicken pox tu,pagi tadi bangun tidur, eh dah penuh kat badan.Muka pon dah start naik sikit-sikit, walaupon dia main tepi-tepi muka, tapi tetap menggusarkan hati ni, habislahhh kalau berkesan kat muka, OH NOOOOO!!!!!

Punch card pukul 9 pagi, pukul 9.30 dah calo betee..Terus shoot pergi klinik, Jumpa doktor terus buka baju tunjuk kat doktor,Nasib baik doktor perempuan Doktor cakap kompom ni chicken pox, "awak tak pernah kena ke sebelum ni? "tak pernah,doktor, tu yang saya nak kompomkan dengan doktor, ni campak ke tak." Doktor suruh nganga mulut, kat anak tekak aku pon dah penuh dengan ulser, patut perit tiap kali nak telan air liur.Terus doktor bagi MC, awak kena MC lama ni, saya bagi awak seminggu..Dalam hati, yahoooooo!!!hahahahaha...Bengong tul aku ni..

Dak Iqy dah hantar rumah pengasuh, aku balik berehat kat rumah mak aku.Bila mak ada , bolehlah dia jaga pantang aku, chicken pox ni makanan kena jaga macam dalam pantang, so bila dengan mak, mak kan lebih arif boleh jaga dan pantau apa yang boleh dan apa tak boleh makan.Huhuhuhu..

Ekceli pembawa virus ni berpunca dari anak buah aku si Darwish, dia yang kena dulu, lepas dia kena, abang dia plak kena, Lepas tu berjangkit kat aku dan adik bongsu dia yang sebaya Dak Iqy tu..Aku risau jugak ni takut dak Iqy berjangkit dengan aku.Petang ni nak pergi cari air kelapa muda..
Tasha, adik aku pon dah ada simptom-simptom macam nak kena jugak..Harap - harap tak kena lah, kesian dia tengah berperang dengan SPM tu..

Doakan kesihatan dan kesejahteraan aku yer...
OKBAII



7 comments:

  1. alahaiiii kene chicken pox nyeah dik..best sbb dpt mc lama tp yg xbest tuh sebab sakit kan..neway get well soon..akak doakan supaya xjangkit ke iqy..

    ReplyDelete
  2. smoga cpt baik..kena kurantin la kt dlm umh

    ReplyDelete
  3. jaga diri baik2 ya kak.. smggu cuti tu suh rehat duk umh..hihihi

    ReplyDelete
  4. Cari jelly aloe vera untuk sapu tempat yang gatal tu dik. Insyaallah parut takkan ada. Rasa sejuk nyaman je bila sapu tau..Take care ya

    ReplyDelete
  5. adui kene chicken pox ke nory? smg cepat sembuh....

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)