Tuesday, April 12, 2016

Percutian pendek ke Gold Coast morib


Short vacation untuk bulan Mac lepas, aku pilih destinasi bajet yang dekat2 je sesuai dengan bajet yang tak seberapa tapi tergedik2 nak bercuti jugak.
Memang sengaja pilih hotel/resort yang ada theme park sekali sebab vacation kalini sempena besday boy dak Iqy yang ke2 tahun.Kira celebrate lah ni.Sehari sebelum tu buat party kecil2an kat rumah, esoknya tu pikul beg pergi bercuti plak.Kalau bab berjalan, aku memang excited lebih, penat belakang kira.hahahah.

Coffee Bar, Hair Dryer & mini peti ais pon ada.


Jacuzzi

Ada tingkap kayu yang boleh buka/tutup.Kalau honeymoon sesuai sangat, takyah tutup2, ko bukak je tingkap tu..heheheee..

Ruang mandi berkaca.


2 single bed..Cantumkan 2 katil menjadi 1 king size boleh tido ramai-ramai,ikut keselesaan masing2 lah.

View dari balkoni bilik

Ruang lepak-lepak kat balkoni smbil tengok orang mandi manda kat bawah nun
Percutian kalini aku booked hotel kat GOld COast Morib International Resort melalui online booking Agoda.com..Menariknya resort ni semua bilik ada private jacuzzi.Agak2 malas nak turun mandi kat theme park, berendam je lah dalam jacuzzi tu puas2.Ramai yang tanya berapa harga 1 malam , harga dia tak sama..Rate berubah2..aku masa tu dapat harga RM288 tu pon harga dah naik sebab aku booked lambat utk tarikh tu.Kalau booked/beli  kat groupon lagi murah aku rasa, lebih2 lagi kalau korang pergi weekdays lagi murah.













 
Untuk harga RM288 tu include sekali dengan 2 pax breakfirst & 2 tiket masuk theme park.Aku bawak mak, papa & adik aku sekali.Sumbat semua sekali satu bilik, bawak toto lebih, kitorang dah biasa tido ramai2 ni, bukan sape pon, family sendiri aje pon.huhuhu.Terlebih terkurang takde hal punya.Lagipon bilik besar siap ada balkoni view theme park lagi, bangun pagi dak Iqy terkinja2 ajak mandi kat theme park.
 
Disebabkan tiket masuk theme park dapat 2 pcs sahaja, untuk aku dan Abi, Iqy kira bawah 2 tahun, free je.Mak n papa taknak ikut, makanya adik aku kena beli tiket lain, harga tiket masuk untuk adult RM37.Mahal jugak..Tapi sekali sekala takpelah pejam mata je.huhuhu.Tiket yang free tu boleh guna lagi utk keesokkan harinya asalkan "gelang" jangan tanggal.


berkubang ramai-ramai



 
Untuk breakfirst free utk 2 orang tu aku suruh papa & Abi yang pergi.Sebab dorang berdua 'kuat makan' ..tak rugi kalau dorang pergi macam kitorang yang ladies ni pagi2 memang kurang makan, rugi plak kan..hehehe..
Selain mandi kat theme park, banyak lagi aktiviti lain yang boleh korang join macam flying fox, atv , macam2 lagi lah.Aku tak sempat nak explore macam2 maklumlah dak Iqy tu tak terkawal.Boleh 'hijau' aku nanti.hahahaha..Dahlah panas bahang.Paham2 jela panas angin laut camne kan..huhuhu..lap peluh.

 
Aku dapat bilik yang view betul2 mengadap theme park, bukan dari tepi kiri bukan dari tepi kanan, tapi ditengah2, memang puas hati lah.Aktivi banyak dihabiskan kat bilik dan theme park sahaja, tu pon sebab dalam bilik ada Jacuzzi tu yang sayang nak tinggalkan bilik tu.Dengan aku sekali berkubang dalam Jacuzzi tu dengan dak Iqy.hahaha..Kata pon nak beristirahat kan, so duduk dalam bilik jela, aman damai tenang tenteram je..huhuhu..
 
 

11 comments:

  1. Bestnye lahaiii..bilik pun besar..siap ade jacuzzi u'olls..auwwww..haahhaa..

    Akak dh lama plan nak bawak qisya gie sana tp tuh la xtau la kenapa xpegi2..;)

    ReplyDelete
  2. aku baru balik! tak puas wehhh! nape x letak sabun dlm jakuzi wehhh!

    ReplyDelete
  3. Blm ada rezeki nk pegi sini...teringin jgk

    ReplyDelete
  4. hehehe bestnya lahai mandi kolam. kekadang kita mak mak ni yang eksaited =p I pun selalu macam tu, sumbat dalam satu bilik ramai ramai. tapi ada sesetengah hotel dorang kenakan extra charge kan? kalau takyah lalu depan reception takpela =p

    ReplyDelete
  5. saya pon cadang nak pergi weekend ni. Sblm ni dah pernah pergi 1x. Sana cam busuk sikit la kan. Wpon org yg dah pergi bg dlm 3.5 bintang, ramai pilih nak pergi jugak kan. Temasukla saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom bercuti ke gc morib dgn harga serendah rm150...call atau wasap saya 0127530057

      Delete
  6. salam sis. nak tanya, kalau booked birthday twin room memang untuk birthday je ke? saya ter-booked tapi takde birthday sape2 pun :(

    ReplyDelete
  7. Bilik no bpe ye... Ok x bilik... Harap reply... Tq

    ReplyDelete
  8. Bilik no bpe ye... Ok x bilik... Harap reply... Tq

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)