Sunday, May 15, 2016

Rizqy 25 bulan


Diusia Iqy 25 bulan ini banyak perkara atau moment2 baru yang buat aku berbaur perasaan antara gembira,bangga dan teruja tak terkata.Melihat anak membesar depan mata tu satu pengalaman hidup yang paling indah sepanjang aku melaluinya.Syukur alhamdulillah dikurniakan anak yang bijak, sihat dan menyenangkan walaupon kena bersabar lebih layan kerenah dia yang very 'the anak manja' sangat tu.Biasalahh anak tunggal, kasih sayang tak terbelah bahagi lagi, dia bolot semua kasih sayang yang ada.hahahaha..Aku taktaw camne lah situasi bila Iqy jadik 'abang'..

Entahlah aku tak terfikir lagi nak bagi dia adik, mungkin aku ada alasan aku tersendiri kot.Tak semua orang sependapat dengan aku kan..hehehe.Cuma sometime adalah macam errr camne ek kalau iqy ada adik?blh ke dia bawak diri..


Perkembangan Iqy setakat ni alhamdulillah cukup membanggakan aku.Diusia belum cecah 2 tahun lagi dia dah boleh hafal dan kenal ABC.Nampak surat khabar pon dia mula lah sebut satu-satu huruf yang ada.Dah lancar dan kenal nombor 1-10.Dah kenal alif ba ta.Takde istilah 'riak anak' kat sini, aku cuma teruja nak berkongsi setiap perkembangan baru dak Iqy je.Dan aku tahu bukan anak aku sorang je yg bijak camni, anak orang lain pon ada lagi yang jauh lebih bijak pon ada, yela pencapaian setiap anak2 tu tak sama.Takleh nak cakap anak aku pandai anak ko tak pandai..No no no..kita sendiri pon lahir2 bukan terus jadi pandai.


Ada yang wassap aku minta tips ajar anak mcm mana, guna buku apa , kaedah dan cara macam mana.Yang tanya dak Iqy sekolah kat mana pon ada.Yang tanya dak Iqy makan supplement apa,pon ada..Alahhh malu nak cakap, sebab aku bukan pandai sangat pon nak bagi tips, bagi aku bila kita jadi mak ni otomatik naluri 'kecikguan' tu wujud.Betul tak? Haaa tetiba pandai ajar budak.Mungkin sebab aku jenis mak yg nak anak cepat pandai , cepat tahu semua kot..Hhahahaha gelojohh bukan..Tapi Iqy memang takde makan apa2 supplement tambahan setakat ni.


Cuma dari dak Iqy baby lagi dalam usia 3,4 bulan  camtu aku dah start main 'flash card' ABC kat dia.WAlau masa tu rasa macam erkk dia faham ke tak ni..Tapi aku kan manusia gigih, aku tunjuk je dan sebut hari2 flash card tu kat IQy.Lama2 sampai dia umur setahun camtu, aku start kenalkan dia dengan pad book dan buku bergambar.STart dari tu dia mula suka buku.Dan slow-slow aku ajar dia sambil bermain.Aku taknak 'matikan' dunia kanak2 dia, aku nak balance antara main dan belajar.Takmo paksa dia belajar je sepanjang masa.Selitkan sekali aktiviti lain.Takdelah setiap masa je aku paksa dia belajar, masa dia banyak untuk bermain je sebenarnya.

Ada jugak teringin nak hantar Iqy ke sekolah tapi takut terlalu awal dan dia cepat bosan plak nanti.Tggulah lagi 2,3 tahun..SEmentara nak sekolah ni, aku jelah mama merangkap cikgu yang garang untuk dak Iqy.hahahaha..




3 comments:

  1. jap je dah bsar dia..heee..
    bgs perkmbgn dia ea kak.. alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. Nak bagitau, dari pengalaman sendiri jadi anak tunggal sehingga 5 tahun, sila pantau si adik dari kecemburuan abang yang sangat sengal sebab tak dapat terima hakikat yang adik akan dapat lebih perhatian dari si abang. True story... that is kalau Iqy dapat adik nanti la.

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)