Tuesday, May 3, 2016

Weekend kami di Melaka

 
Lobby hotel
Alhamdulillah, percutian keempat untuk tahun ni, ke Melaka kita.Masih dalam percutian bajet dan yang menariknya percutian kalini, penginapan kami ditaja oleh Paklang & Maklang aku.7 bilik paklang aku booked untuk "rombongan" kalini.Agak besar-besaran jugaklah family day kalini, walaupon ramai yang tak berkesempatan join, insyaALLAH ada rezeki nanti kita kumpulkan semua family sekali.Terima kasih paklang & maklang sebab "cabut" undi nama kami sekeluarga untuk join trip awesome ini.Rasa nak buat entry khas untuk bilik yang aku menginap tu sebab rasa macam ala-ala VIP gituu..Rezekiii beb rezeki..Rezeki dapat free..Kikikikiiii..Kalau guna bajet sendiri, memang aku pilih bajet hotel je, tu pon dah sujud syukur dah janji dapat berjalan makan angin kan..kuikuikuikuiii..
 

 
Family trip kalini membabitkan 6 keluarga termasuk keluarga kecil kami (tak sempat plak nak amik gambar ramai2) , aku ,Abi & Iqy.1 keluarga 1 bilik, 1 bilik extra untuk anak bujang maklang n paklang aku.So total semua 7 buah bilik.Lima bilik premier/standard, lagi 2 bilik di"upgrade" last minit ke bilik Equator Club Room.Oh yer kami menginap di Hotel Equatorial Melaka, bagi aku hotel ni antara hotel yang paling strategic sebab terletak betul-betul di tengah pusat Bandar Melaka.Keluar pintu lobby je, dah nampak shopping mall, Dataran Pahlawan.jalan kaki sikit dah sampai A'Famosa, Muzium2 dan kedai jual barangan serveniour semua.Syioookkkk weyyy shopping.
 
 
Sebelum mula cerita, kasik can aku review sikit pasal bilik yang aku menginap ni, sebab aku terlalu "admire" dengan bilik ni, rasa nak renovate bilik aku jadik macam bilik ni jugak..Ahhh tetiba..kehkehkehkeh..Bilik yang aku menginap ni nama dia "The Equator Club Room", rate dia untuk 1 malam, aku ushar kat website Equatorial Hotel harga dia RM360..Not bad..Bagi aku mahal tapi berbaloi.Kalau duit kepuk2, aku rasa nak tambah lagi 2,3 malam..Duduk dalam bilik je layan movie, dah lah movie yang ada semua best-best..Hurmmm..
 


 
Penampakan dua ketul budak sedang enak berkubang..Kemain korang berdua ek..
 
Paling best bilik air dia, perghhh, bilik air dia je besar ruang tamu rumah aku, cer ko bayangkannn.Aku ni dah terbiasa dengan bilik air kecik je, bila nak "berak" dalam bilik air yang besar2 ni aku rasa semacam plak, rasa macam eh aku dah tutup pintu ke haaa??Eh ada orang masuk bilik air ke?Eh rasa macam diperhatikann plak...hahahaha..Nak berak pon tak feeell..Maklumlah ai ni orang kebanyakkan je, jakun lah sikit kan mandi bilik air besar-besar ni...kahkahkahkahkkkaahh
 
 
Selain tu kan, ada movie best-best kat TV yang disediakan, Macam-macam cerita best ada, kalau fikir tak nak jalan kemana-mana, dah tentu aku memerap je kat bilik layan movie best2.Peti ais yang disediakan pon tak dibiarkan kosong, buka-buka je penuh dengan bermacam-macam jenis air, yang pasti takde air "non-halal" kat dalam tu.Aircond dia plak toksah citer lah, dia punya sejuk, tahap tengahari buta pon tido berselimut tebal.Bapakkk best.Nak mandi ke bilik air pon terjengket2 sebab lantai sejuk sangat.
 

 
Macam-macam lagi disediakan, tak payah bawak iron dari rumah, semua dah siap ada, hair dryer, shaver, sikat, berus gigi , toiletries , selipar, baju tidur.Laki aku awal-awal dah sarung baju tidur ala-ala kimono tu..hahahha..Mood honeymoon yer bang!!!Lupa lah tuuu, Dak Iqy ada..hahaahaha...(gurauuu je)
 
 
view dari balkoni
 

 
Balkoni untuk bilik aku ni je ada 2 jenis balkoni, satu mengadap swimming pool, satu lagi mengadap jalanraya, syioookkkk sangat, time petang banyak angin..Lepak minum juice sambil tengok orang mandi pool, seronokkkk nya..
 


 
Disebabkan bilik aku ni besar, siap ada mini ruang tamu bagai, kitorang plan nak buat small party untuk birthday girl a.k.a mak aku.Kebetulan plak dekat dengan tarikh lahir dia, so alang-alang kita sambut sekali ramai-ramai semua sumbat dalam satu bilik, bilik aku n bilik abang aku bertentangan pintu bilik , bila buat party tu, kitorang buka pintu bilik masing-masing, so jadi luas lah, senang budak-budak berlari-lari.
 



 
Lepas celebrate birthday mak, kitorang terus turun bilik, jalan kaki sambil hirup udara malam di Bandar Melaka.Lenguh jugak jalan kaki, tapi disebabkan ramai2, kuranglah sikit rasa penat tu, happy je lebih..heheh.Ada yang nak naik beca, aku teringin jugak nak naik, tapi kesian plak kat tukang kayuh basikal tu, nak naik kereta kuda, kesian plak kat kuda..Haishhh susah jugak jadi orang "penyayang" ni...Eh tetiba...kahkahkahkah..Dak Iqy je sibuk nak naik kereta guna remote tu, kasik can lah dia naik sampai lebam.Kat area A'FAMOSA tu, meriah jugak time malam, banyak aktiviti boleh buat kat situ, agak2 kalau korang pergi sana, malam takde aktiviti, bolehlah lepak sini..
Ni aku punya..Ntah pape lah yang aku merepek makan pagi2 ni..haha
 

Brekpes Abi..

Ruang makan
 
Esoknya, pagi-pagi dah bangun sebab nak pergi breakfirst .Untuk penginapan ni dapat free 2 pax untuk sarapan pagi, dari pukul 7pg sampai pukul 10pg.Rugi lah kalau dilepaskan , makanan best2 ooo..Aku sampai taktaw nak makan apa, jakun weyy banyak nau makanan.
 

 
Disebabkan kitorang lewat check-in hari sebelum tu, time check-out kitorang pon dilewatkan.Sepatutnya pukul 12, tapi kami diberi kelonggaran untuk check out pada pukul 3petang, dapatlah mandi swimming pool puas-puas, dak Iqy sempat sambung tido lagi, aku & Abi sempat lagi sambung tengok movie kat TV.hUhuhu.
 


 
 
Lepas check out, memasing berpecah, ada yang nak balik terus, ada yang terus balik kampong.Aku dan family2 yang ado, teruskan misi shopping, cari serveniour sikit, pastu nak tempah baju tulis nama sendiri tu.Makcik aku cakap kat kedai tu murah, so kitorang terjah beramai2.Sehelai RM15 je termasuk nama,aku tempah untuk kami anak beranak, kononnya nak pakai untuk next vacation sebelum puasa nanti..Weeehuuuu..Sebelum puasa harussslah bercuti-cutian dahulu..hikhikhikhik
 
 
Yeayyyy dah siap untuk 3 beranak, sehelai RM15 tak kisah size apa, lengan panjang tambah RM5..Siap masa tu jugak.Lokasi bangunan sebelah A'Famosa depan kapal besar.Aku tak ingat nama tempat tu apa, malas nak google balik..hehehe
 
 
 






 
Dah siap shopping, mak & maklang aku nak gerak dulu, tinggallah kami dan family along aku.Along aku ajak masuk muzium Istana Melaka, tak pernah masuk katanya, aku pon sebelum ni datang Melaka tak pernah terfikir nak masuk situ, taktaw kenapa.Tapi best jugaklah dapatlah ilmu tentang sejarah melayu Melaka dahulu, pasal Hang Tuah & Hang Jebat, yang penting dalam tu ada aircond, sejukkkk je rasa.Kat luar panas berdering naik menggelegak otak aku..hahaha..Dah selesai melawat, sambung jalan-jalan kawasan sekitarnya dan selepas tu terus bergerak balik KL, esok tu kerja weyyy..Penattnya tak terkata..Tapi besttt..
 
Alamak cerita nak habis baru teringat, sebelum check in tu kitorang sempat merayau dan tershopping sikit kat Shopping Mall Dataran Pahlawan.Nak suggest satu kedai ni, syiokkk weyyy baju n dress murah-murah, baju baru bukan bundle.Aku terbeli jugak sehelai dua..heehehe..
 
 
Ni dia kedainya, nanti singgah sini okey..tengok tu harga murah-murah kan..Yang pasti semua baju baru, bukan terpakai.
 
Last sekali hakak payung gambar je la yer..Dah habis modal taktaw nak gebang apa kat sini..hehehehe..Menaip pon sampai sakit-sakit tekak, bukannya bercakap pon..Tak paham hakak..
 
syiokk sendiri sengsorang.

mak & papa

family kecilku
 
 
Okbaiiiii...
 
 
 
 
  
 

2 comments:

  1. Nak komen satu je. Pehal kedia baju tu murah sangat. Hahaha . Rambang.

    Bilik toksah komen haih. lawaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  2. sronok jln rmi22...lg sronok dpt stay free ...bilik ada bathtub mmg suka la ank2 kn..pool pn nmpk beso tu

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)