Monday, June 27, 2016

Shopping Baju Raya di Butik PinkzFashion


Sekejap je masa berjalan, sedar tak sedar dah setengah bulan dah kita menyambut bulan Ramadhan, mesti masing-masing dah start sibuk buat persiapan raya kan, baju raya dah beli ke???Aku tahun ni macam takde mood nak shopping raya, rasa malas nak keluar pergi bershopping, tak tahu lah kenapa.Tapi dalam dok takde mood nak shopping raya, baju raya iolls dah 5 pasang uolls..hahahahahha Jangan kecam hakak,plisss..Padahal raya tahun  ni takdelah nak beraya kemana pon, taktaw macam mana boleh jadik sampai 5 pasang..Macam beranak pinak plak baju kat dalam almari tu kan..hahaha..

Raya tahun ni aku shopping online je beb, dah kata takde mood kan nak keluar shopping raya, haaa duduk kat rumah diam-diam pon bahaya jugak, tu yang sampai ter"klik" , tau-tau je ehhh banyak dah baju raya aku rupanya..hekhekhek..Alang-alang cerita pasal baju raya dan shopping online ni kan, aku nak share satu butik online yang the besttt kebaboommm ni, saja lah nak share bagi korang terjebak sekali beli baju raya berpasang-pasang..hahahahahah *gelakjahat

Haritu masa tengah belek satu-satu online butik kat Instagram, aku terjumpa satu butik online ni, korang boleh search Instagram @pinkzfashion ..Ya Allah dik nun, mengucap panjang hakak, cantik-cantik baju kat situ, biasanya butik online lain tak banyak pilihan sangat, tapi kat @Pinkzfashion ni banyak sangat koleksi pilihan dengan pelbagai warna menarik dan size.Size plak dari size XS sampai 4XL disediakan.Macam-macam fashion ada, kurung moden, tradisional, kebarung,jubah,blouse, semualah ada .Yang bestnya, material kain dia sangat selesa bila pakai, tak jarang, tak tebal sangat, jenis yang tak cepat kedut.Puas hati lahh shopping online tahun ni..Kalau korang taknak beli online, yelaa mungkin ada sesetengah orang lebih suka pilih dibutik kan, ok..korang boleh datang ke butik @Pinkzfashion yang terletak di dalam bangunan Semua House, KL.Betul-betul sebelah Kedai Emas Sri Pinang.

Meh hakak belanja gambar-gambar baju yang hakak beli haritu.Tak sabar nak pakai raya, hari-hari try.Eh perangai mengalahkan bebudak kekadang tu taw.Haishhh..


Yang ni baju kurung Sofea.Harga sepasang RM189.Aku pilih kaler hijau, ada banyak pilihan warna lain lagi.Aku dah rambang mata dah kalau bab pilih-pilih warna ni.


Yang ni baju kurung fashion (ala-ala cardigan) Zieta.Harga sepasang RM189.Aku suka ni sebab kaler dia striking, sebatu orang dah nampak aku dari jauh..hehehehe..Selesa sangat baju ni, kain dia diperbuat dari material sejuk, takde rasa miang pon, takyah gosok pon takpe sebab tak mudah kedut.

Ni antara baju-baju lain yang terdapat di butik tu, mudah je cara pembelian online, korang cuma perlu whatsapp je code name, laju je owner dia reply, i loikeeee okeyyy..Tu yang aku suka shopping online dekat @Pinkzfashion ni.Rasa macam nak tambah sehelai dua lagi je...Seronok gila tahun ni shopping raya tak payah bersesak -sesak dengan orang ramai dan jammed.Shopping online aje..

Ni antara koleksi baju kurung yang terdapat di @pinkzfashion ni, kalau korang berminat wassap je code yang tertera kat gambar tu, nanti pihak butik akan reply secepat mungkin.






Untuk maklumat lanjut korang boleh terjah tanpa segan silu ke ,

Lokasi :
 Butik Pinkz Fashion (bersebelahan Kedai Emas Sri Pinang)
Semua House
No.3, Jalan Bonus 6
Jalan TAR , 50100 KL


Instagram : @PinkzFashion
Facebook : http://www.facebook.com/PinkzFashion
Website : www.pinkzlable.com
Whatsapp: 016-3266406



Selamat bershopping uollsss!!!

1 comment:

  1. Cantik-cantik semua yang online, Yani pre-order baju anak dari bulan 2 pon xdapat lagi... sedih...

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)