Tuesday, July 26, 2016

Surpriseeee!!! Happy Birthday sista!!



Ni cerita bulan lepas, masa besday adik aku,Tasha yang ke 18 tahun.Mak aku suruh aku planning nak surprise kan si Tasha ni.Taktaw nak planning camne, aku berkolaborasi dengan boipren dia, Shamier.Kononnya pada hari kejadian , dorang berdua nak keluar dating nak celebrate lah kengkononnya, cehhhh..Aku suruh si Shamier buat2 cancel date dorang last minit, dengan harapan si Tasha ni akan merajuk , mengamuk segala lah.Plan A berjaya dengan jayanya, berjaya buat si Tasha marah, pagi2 mak aku dah inform aku, "Dikkk,Tasha dah mengamuk dah tu, Shamier dah cancel date last minit"hahahahaha..And then, plan seterusnya, aku dah siap-siap booked TGI Fridays, nak celebrate situ lah siap request staff  TGI Fridays nyanyikan sekali lagu Happy Birthday untuk si Tasha ni.

Berbalik pada plan seterusnya, hari kejadian, aku dah deal dengan Shamier, aku akan pick up dia kat rumah, wahhhh nampak tak betapa sporting bakal kak ipar ko..hahahahaha.Ekceli dah terbiasa dengan dak Shamier ni, dah lama kenal kan, since dorang pon dok bercinta monyet dari zaman hingus meleleh lagi kan, hahahaha.So dah rasa selesa dengan dia, senang nak bekerjasama, dia pon jenis tak banyak cekadak sama macam asben aiii jugekk...hahahahaa...Bagusss pandai adik aku cari bakal laki..Ehhhh!!Ok tepat kul 12 eh 12 lebih camtu lah, aku dengan dak Iqy pergi pick up Shamier kat rumah dia, pastu terus pergi IOI Mall,Puchong.Mak aku dah tunggu kat sana dengan Tasha n anak2 buah aku.Papa n Abi kerja pada hari kejadian, masa ni kan aku cuti panjang, sebab berhenti kerja haritu..hehehehe, so kitorang buat kecil-kecilan jela, dengan kerabat2 yang ada.

Mak n Tasha dah sampai sana dulu, kononnya mak aku nak belanja dia shopping lah sempena besday dia kan, dia langsung taktaw ni Shamier ikut aku.And then, aku terus ke TGI Fridays, pastu call mak aku suruh buat2 bawak Tasha lalu area TGI Fridays ni, masa tu kitorang dah siap2 duduk dah tinggal nak order je makanan.Sekali tu sampai je dorang semua kat situ, terkejut beruk la si Tasha ni nampak si Shamier ada situ, masa tu dia dah tau lah dia dah kena prank, hahaha..Kembang kempis hidung kauu.hahaha..Taktaw nak marah ke nak terharuuu...

Masa tengah order, aku bagi hint kat staff  TGI, dorang pon datang kat meja sambil bawak kek bersama lilin, sambil nyanyi Happy Birthday, tapi sebelum nyanyi, besday girl kena buli dulu lahh, kena nyanyi lah apa lah..Dah nyanyi baru boleh tiup lilin..hehehehehe..

Tu jelah termampu buat untuk celebration ni, sempena dia nak sambung belajar, mak nak kasi dia happy2 sikit lah kononnya.Hadiah besday pon dah dapat kan, untonglahhh sambong belajar pon dah ada kereta sendiri, tak macam aku dulu, naik bas je..hukhukhuk..Takpelahhh rezeki dia kan..Anyway, HAPPY BIRTHDAY , Dear Sista..Belajar rajin-rajin, dan semoga berjaya didunia dan akhirat, i doakan u berjaya capai segala impian u okey.Muahhhcikedd..


Layan video birthday girl duluuu


2 comments:

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)