Thursday, August 11, 2016

Tak berharap sangat


Aku masih lagi terumbang ambing dengan kerjaya aku sekarang, tak jumpa lagi kerja yang kena dengan jiwa dan raga.hahahaha..Dan disebabkan itu, aku mencuba nasib isi borang jawatan kosong di Majlis Perbandaran Sepang.Ini pun mak dan makcik aku yang bagitaw pasal jawatan kosong ni.Sebelum ni aku tak amik port sangat mintak kerja kerajaan ni, sebab aku selalu cepat patah semangat ,selalu je rasa alaaa nak kerja kerajaan ni kena ada orang dalam baru senang dapat kerja.Kalau orang macam aku ni macam susah nak dapat je.Tapi tulaaa aku lupa pada konsep rezeki kot masa tu, tak salah mencuba kan, ada rezeki ada laaa, sampai bila nak fikir negatif,cer positif sikit Nory oii..

So bila dah berjaya motivate diri sendiri, maka gigihlah aku mengisi borang jawatan kosong tu, sediakan segala mak nenek sijil yang ada, lengkapkan itu ini, ambil gambar baru sekali, dan terus proceed.Aku suruh Abi poskan guna pos laju.Boleh kot kannn guna poslaju, ke kena guna pos biasa haa...Lantakkklaaa..tu pon ada tak lengkap tu, surat beranak aku lupa kepilkan sekali, alamakk acanerrr ni, takpe ke??Rushing sangat kejar dateline sebelum ISnin ni, tarikh tutup iklan jawatan kosong tu.Harap2 sempatlah dokumen tu sampai.Fuhhh kiri fuhhh kanan.

Atleastt aku ada pengalaman lah isi borang jawatan kosong utk sektor semi/full gomen ni, next time kalau ada lagi, dah taw nak buat apa, takde terkocoh2 lagi.Sebab tu aku tak letak harapan tinggi mana pon untuk permohonan tu, aku serahkan semuanya pada rezeki..Kalau ade rezeki adalah,kalau tak dapat takpelahhh Iqy kan ada kat umah..Ehhh ade kena mengena ke?hahahaa

Mohon korang doakan permohonan aku ni berjaya, aku teringin jugak nak keje gomen ni, nak merasa gaji awal..Tempat keje sekarang ni gaji lambattttnya oiii..Tak tahan plak rasa..
Doakan aku yer...



11 comments:

  1. InshaaAllah ada rezeki tak ke mana.

    ReplyDelete
  2. insyaAllah nory.ade rezeki tuh nnt..amin...;)

    ReplyDelete
  3. InshaAllah ada rezeki tak ke mana..yang pasti kena rajin isi jawatan kosong lah smpai dapat keje yang kita nak hehehe..

    ReplyDelete
  4. All the best Nory..
    Insyaallah kalau dah rezeki tak kemana..hihi..

    ReplyDelete
  5. moga berjaya nory..dapat xdapat belakang kira..yang pnting apply dlu..:)

    ReplyDelete
  6. i pn selalu gak cuba² apply mana keje kosong gomen ni..setakat ni belum ada rezeki lg...mungkin i pn x rs nk tkr tpt keje...dh selesa sgt dgn tpt keje skrg...so xde lah doa and harapan pape..sbb tu kot x dpt..ngee

    good luck nory!

    ReplyDelete
  7. sama la dgn wani... byk kali jgk la apply gomen.. tp blm lekat lagi hehehe... cuba2 jela ye...

    ReplyDelete
  8. ida doakan amin.... so lepas tu ida boleh la sebut kat nory, welkam to the club HAHAHHAHA

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)