Monday, October 31, 2016

Isnin ke harini?


Selamat pagi Isnin, lemau weyy kerja harini, well seketul Nory Zoulkefle ni memang femalas kerja dihari Isnin, eh bukan hari isnin je, semua hari pon malas,upss bukan sengaja nak buka aib sendiri, tapi hakak tak suka lah bajet2 pekerja contoh ni, hakak insan lemah yang banyak kekurangan.hahaha..

Lama kan tak dengar aku ngomel pasal kerja, hurmmm mungkin aku dah boleh "move on" dengan kerja sekarang kot,nak kata selesa tu taklaa cuma aku malas nak amik port sangat, malas nak semak kepala.So aku kerja jela macam biasa, agak2 malas, aku ponteng jelaa,lantak piii lah nak marah ke hape?Tapi setakat ni tak pernah lagi lah kena warning, mungkin alasan aku boleh diterima pakai kot, terer jugak aku membongak kan.hahahaha. (jangan  jadi macam hakak yer adik2, tak baik taw)..hahahahaha

Alhamdulillah, sejak buat bisnes sampingan kecil-kecilan ni, adalah duit belanja sementara tunggu gaji yang maha lambat itu.Tu yang tak mengomel lagi pasal gaji lambat tu, dah mula selesa kot..hahaha..Sampai dah takde perasaan dah weyy nak tunggu gaji tu.Boleh tak camtu?hahahaha..Lagi rasa seronok layan bisnes sampingan sekarang ni, walau penat jugak, balik kerja terkocoh2 amik anak, rushing pergi amik stock, pastu COD barang plak.Pastu nak naik tangga rumah lagi, uishhh tapi puas beb, hasil kerah tenaga sendiri kan, dapat RM1 pon rasa berkat sangat.

Dan sekarang ni, selit bisnes ikan pekasam plak,banyak permintaan taw, bayangkan lepas post iklan je, terus habis stock dalam satu hari.Syukurr..Cuma ikan pekasam ni kalau dah habis stock kena tunggu 2 minggu lagi lah utk stock seterusnya.So dalam sebulan, ada masa tertentu je yang aku tak menang tangan dengan order mekap nya,dengan pekasam nya belum termasuk paid job blogger plak.Sampai kelam kabut, permintaan melebihi stock sedia ada.Kesian plak customer yg terpaksa tungggu next batch.

Mekap pon best, dalam seminggu mesti ada order,kadang setiap hari, kadang 2,3 kali seminggu .Tapi seronok, sebab aku pon suka barang mekap, bila jual pon seronok, kalau customer beli banyak, aku plak yg excited nak belek satu2..Sebab aku sendiri pon takde koleksi mekap sebanyak tu,stock amik ikut permintaan je.Kalau ada modal nanti, teringin sangat nak borong stock banyak2.InsyaAllah,one sweeet day nanti..Doakan yer koranggg..

Korang tak rasa ke entry ni dah meleret2.?Aku mulanya takde modal nak sembang, tapi bila dah start type tak reti berhenti plak.Saje je nak kongsi tentang kehidupan baru aku sekarang bersama bisnes yang baru nak tumbuh, aku still merangkak lagi dalam bisnes ni, kalau dah boleh berdiri nanti, aku berhenti kerja terus.Alaaa tak sabar nya tunggu saat manis tu.Teringin sangat nak jadi suri rumah.Eh kalau sebut suri hati lagi manis kan.Suri Hati Abam Chef..hahaha..

Sekarang ni tengah layan mata yang mengantuk, tersengguk2 depan PC ni haa.Terbayang2 tilam empuk kat rumah tu.Kannn best kalau boleh sambung zzzZzzZzZZzzz..hurmmm..

Friday, October 28, 2016

Menang Peraduan Suara Viral Raniaku anjuran Safi Malaysia



Alhamdulillah, terpilih sebagai salah seorang dari 5 pemenang yang dicari dalam Peraduan Suara Viral Raniaku di Instagram anjuran Safi Malaysia.Seriously tak sangka menang, dah lah last minit join, ngam-ngam last day tamat kontes aku send video penyertaan.Kena rekod video menyanyi lagu Raniaku versi sendiri, kira versi Nory Zoulkefle lah ni..hekhekhek..

Last minit dengar lagu kat Youtube pastu terus rekod video dan send..hahahahaha..Dengan lirik salah nya, Tapi alhamdulillah dah rezeki kan.Pesaing plak memasing hebat-hebat belaka.Aku nyanyi saja, takde buat lakonan ke apa, dah dia suruh nyanyi kan, aku nyanyi jelaaa...ahhahaahha..

5 pemenang yang terpilih bakal menerima Hamper Rafi Rania Gold bernilai RM300..Baru je aritu survey harga produk safi rania ni ka watson, boleh tahan mahal, terlintas jugak kat fikiran, kalau dapat free kan best...Sekali tupp tupp menang plak, syukurrr sangat lah, rasa nak lompat bintang..Hahahaha..

Nak dengar ke versi aku menyanyikan lagu Raniaku ni, mehlah tengok video kat bawah ni, kalau sumbang mambang, harap diampun..muahahahahah..Sis cuba..Aku ni memang suka menyanyi dan kaki karoke jamban kalau nak tau, suara tak power mana, tapi takpe sis cuba..hehehehehe..Jom follow Smule Sing, follow aku taw..Boleh duet sama2 nanti..





Tuesday, October 25, 2016

Nak baju macam Neelofa jugak!!!


Sape sini minat dan layan drama Suri Hati Mr Pilot angkat tangan...?Uishhh ramainya, hi-5 kite geng..Tapi aku bukan takat layan drama ni je, tapi aku ni antara ribuan mahupun jutawan peminat Neelofa, alaa mesti korang pun tahu kan aku ni minat Neelofa dari dulu lagi dari dia belum bertudung lagi, dulu aku kurang minat lakonan dia tapi lebih suka pada keperibadian dia, aku suka sebab dia cantik, sebab tu aku selalu perasan nak cantik macam dia.Sebab tu kalau yang baru kenal aku, aku kenalkan nama aku Neelofa...hahahahaha kompom muntah hjau korang kan.Ingat lagi maza tu dia selalu kena kecam sebab lakonan kayu dia, dan penampilan dia..Aku pon panas telinga je dengar orang kecam2 Neelofa tau.Nak back up tak boleh, sebab ku bukan keyboard warrior, aku memerhati dari jauh je.Moga Neelofa tau aku ni salah seorang peminat dia cukuplah buat aku terharu..hahahaha..Fattah Amin pon okey jugak, suka sangat lah kalau dorang tu jadi couple, berlaon tanpa adegan peluk cium dah nampak sweet dan keserasian dorang kan..Mohon kahwin cepat please..Tapi aku tak boleh lah nak minat Fattah Amin, sebab aku dah ada Encik Patah seribu kat rumah tu...hahahaha..Haiii asben jangan mara haa, abang tetap dihati,.Sumpah dulu tak minah pon Fattah Amin, tapiiii sejak dia berlakon dengan Neelofa ni, terus minat.Tapi lebih kepada minat nak dorang bersatu lah.Takdelahhh feeling nak jadi pakwe ke hape, sampai terbawa dalam mimpi, cukuplah aku mimpikan "abang sado" hakak kat rumah tu.hekhek..


Disebabkan cerita ni, asyik dok tengok cantiknya si Neelofa ni, aku dah terjatuh cinta dengan baju-baju yang dia pakai, hishhhh berangan je nak baju macam Neelofa tu.Lagi-lagi baju dalam episod Warda balik kampung Ejaz tu, aku punya sawan sampai terbawak-bawak dalam mimpi, suka sangat baju tu.Puas search kat IG...Mak aaiiiii harga dia pon standard Neelofa kauuuuu...Hakak mampu jilat screen henpon jela.Nangis airmata darah..huhuhu..First jumpa harga RM250 per set...Matilanaakkkkk...Last2 jumpa harga RM115 ..Tapi design lebih kurang lah, tak sama 100%..Hurmmm jadiklahhh tak dapat original, dapat yang hampir-hampir sama pun okey..Tunggu gaji lah ek..Harap-harap tak habis..



Okey, sawan aku tak terhenti  kat situ je.Dah terminat dengan shawl Classy Wardah by Neelofar plak..Weyyyy dah kenapa aku ni??Kan best kalau duit kepuk2.Nak je dapat...Nak je dapat..Tak pon sebut je, orang sponsor..wahhhh gitu..Takyah nak berangan sangat Nory..Tapi kalau korang sudi nak sponsor, hakak sudi terima dengan hati yang terbuka,Nanti hakak belanja free review kat blog, facebook & Instagram..hahahahaha kemain...Eh hakak tak berharap tau, tapi dalam hati Ya Allah tuhan je tau macam mana dia punya gelodak nak kan 2 idaman kalbu ni..hahahaha..Bolehlah masuk dalam wishlist.hukhukhukhuk


Nah hakak belanja selfie hakak yang tengah feeling ala-ala Neelofa....
#statementmintakkaki muahahahahahha



Friday, October 21, 2016

The Joy Of Life - 5 Variasi baru minuman sarang burung


Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Pelancaran The Joy Of Life dengan memperkenalkan 5 variasi terbaru keluaran Ecolite.Sebelum ni aku memang biasa dengar dengan khasiat sarang burung, dan kebiasaannya sarang burung itu dibuat sup, kalini dikeluarkan dalam bentuk minuman plak.Dan korang pon tau kan yang sarang burung ni terdapat collagen yang baik untuk kulit dan kesihatan.

Majlis pelancaran diadakan di Glass House, Bangsar.First time aku datang sini, cantik sangat tempat ni.Siap ada Lucky Draw lagi tapi rezeki tak menyebelahi aku semalam, kalau tak dah tentu aku melaram dengan henpon baru harini...heehhee..Tahniah pada pemenang lucky draw semalam yer..

The Joy Of Life dengan 5 variasi perisa terbaru iaitu Bird Nest Original, Bird Nest with Laici, Bird Nest with Longan, Bird Nest with Aloe Vera dan Bird Nest with Kurma Merah dan Buah Goji.


Bird Nest with Aloe Vera


Bird Nest with Kurma Merah dan Buah Goji


Bird Nest Original taste


Bird Nest with Laici


Bird Nest with Laici

Minuman collagen sarang burung ini HALAL dan selamat diminum oleh semua peringkat umur, kecuali kanak-kanak berumur dibawah 2 tahun tidak digalakkan.Antara ingredient lain yang terdapat dalam minuman ni adalah :

~ Marine Fish Collagen
~ Edible Bird's Nest
~ Natural Food Content
~ Rock Sugar
~ RO Water




Minuman berkolagen sarang burung ni dibotolkan dalam botol kaca 250ml dan boleh didapati di 7-Eleven berdekatan dan beberapa pharmacy dan hypermarket terpilih.Harga start dari RM6.50 sebotol.Minum sejuk-sejuk lagi sedap, sejuk dan segar bugar je rasa badan.


Antara 2 perisa kegemaran aku, Perisa asli dan campuran kurma.Sedapp sangat.Lagi sedap kalau minum sejuk-sejuk, best je lalu kat tekak.Kalau diamalkan hari-hari, boleh awet muda jugak tau, sebab ada colagen dalam minuman ni.Husband pon suka, sampai berebut-rebut, nak kena topap stock lagi ni.Masing-masing dah ketagih..hahahaha..

Untuk maklumat lanjut mengenai The Joy Of Life ini boleh lawati website dan facebook mereka






Tuesday, October 18, 2016

Dak Iqy 2 Tahun 7 Bulan


Lama tak share cerita pasal anak bujang aku sorang tu, banyak benda nak share pasal dia, tapi tu laaa bila malas menguasai diri, ko paham-paham jela.Dak Iqy sekarang dah berusia 2 tahun 7 bulan (genap semalam), tak lama dah nak masuk 3 tahun dah.Uishhh susah nak percaya, anak bujang ai semakin membesar dan hensem macam mama dia.Ehhh?..

Sekarang ni kalau bercakap dengan dia dah macam bercakap dengan orang dewasa, nampak je pendiam dia tu, kalau dilayan, tak berhenti2 mulut dia tu menyembang.Eh ikut sape ni???Ada masa-masa dia suka bertanya 24 jam, jenuh nak melayan, sampai mama dia malas nak layan suruh dia diam.hahahaah..Orang cakap budak banyak bertanya ni budak bijak, tapi kita yang nak melayan ni kadang tak terlayan nak jawab soalan2 dia tu, kadang sampai nervous nak jawab soalan dia..hahahaha..

Masih macam dulu, manja dengan abah dia.Tapi kadang tu aku tengok perangai dia melampau plak, cara dia communicate dengan abah dia pon tak sama dengan cara dia comunicate dengan aku, dengan aku dia macam ada respect sikit, dengan abah dia, sometime tu aku rasa macam melampau sangat, sampai aku plak jadi naik hantu.Abah dia boleh maintain je perasaan bila anak buat perangai ngader2 camtu.Ohhh yelaa mama dan abah berbeza karakter, mama garang macam singa tapi manja macam kucing (kikikikiii), abah plak cool je memanjang.Gerammm plak kite ni kadang-kadang tau..huhhh!!Cool ada batas nya, contoh haritu Dak Iqy ni tinggi suara kat abah suruh buat susu, dengan aku dia tak pernah tau tinggi suara camtu, so aku rasa macam melampau sangat, kite tak ajar pon camtu kan, gerammlah.Suruh abah dia marah, abah dia kata, biarlah dia kecik lagi, nanti makin besar dia berubah lah..Tapi aku tak sependapat macam tu, masa kecil ni lah nak ajar kan, biarlah orang nak kata aku garang macam singa ke hape.Pernah jugak Dak Iqy tertinggi suara kat aku macam tu, aku pesan kat dia balik, "cuba cakap elok2 dengan mama!!", pastu dia ulang balik dengan cakap elok2,lembut je, kalau abah dia suruh dia buat balik (cakap elok2), tak makan saman pun dia,Dengan mama dia je dia takut..huhuhuhuhu...Tu laaa sebab dah terbiasa, bagi dia apa dia buat, semua abah dia setuju je..Tapi bukan dengan mama okeyyy!!!!

Dah nak masuk 3 tahun ni, makin banyak benda baru dia explore, whatsapp, Facebook aku semua dah tak secure dah sekarang, semua dia memonopoli.Kalau tengah2 malam tu, dia sendiri mintak, "mama, nak henpon mama", apa seronok sangat henpon mama tu kan, padahal henpon dia ade je.Dah tau dah akal dia, belek henpon mama, senyap2 dia stalk Fb mama, Kekadang dia siap update status lagi, aku kadang tak perasan.Whatsapp lagi lahhh, asal sikit dia cakap nak "hello nenek", dia suka hantar voice mesej tu, "Hello nenek!!Iqy ghinduuu"Kemain lagi budak ni..Masa abah dia kerja pon dia senyap2 voice mesej abah dia "Abah!!Baliklah abah, Hujannn...Iqy takott..."Tergelak bila dengar balik.Macam budak besar2 je cara dia cakap.Pelat-pelat dia tu tapi clear ayat dia.Suka dengar kalau dia susun ayat, sometime tunggang terbalik, lucu bila dengar..hahahahaha..

Dah nak masuk 3 tahun ni, ciri-ciri nak jadi abang tu dah makin ketara, Tapi mama je belum ready dari segi fizikal dan mental, biarlah Iqy sorang dulu buat masa ni.hehehehe..Sekarang ni dah pandai main game POU , ala macam mainan Cyberpet dulu tu, macam jaga haiwan peliharaan, bagi makan, mandikan, bagi ubat..Ntah camne dia boleh pandai main game tu, dia plak yang ajar aku, taktaw plak akan kewujudan game tu dalam henpon dia.hahaha..Taw2 je, dia rajin layan pou tu..

Setiap hari sampai umah je, dia cakap "Mama, pou nak makan", pastu aku tengoklah dia bagi pou tu makan camne, bila pou tu taknak makan dia marah ngamuk2..Haishh tak paham aku..Kalau pou tu berak pon dia sibuk bagitau aku, "Mama, Pou berak banyak", "Pou demam, pou kotor nak mandi" ., Dia jela uruskan makan minum pou tu, dia tak sedar, dia sendiri pon mama mandikan, hahahaha..Nampak ciri-ciri nak jadi abang tu dah ada, dia rajin jaga adik..hehehehe..Aku dulu masa sekolah rendah main game camtu, budak zaman sekarang, umur 2 tahun dah pandai explore macam-macam..heheehhehe.

Tak lama lagi dah nak sekolah plak, dah boleh start survey sekolah dahni, masa cepat sangat berjalan, dulu masa baru bersalin, rasa mcm lambat lagi je dak Iqy ni nk ke sekolah, alih2 dah nak sekolah dah.Tu pon nak fikir2 dulu,nak sekolah kan dia umur 4 tahun ke atau 5 tahun nanti baru start.huhuhuu...Takat ABC tu dah terer sangat dah dia kemain eksyen lagi..Nak hantar sekolah biar dia pandai berkawan, kesian jugak tgk dia sorang2 je kat rumah takde kawan.Nak main pon ajak abah, ajak mama seminit dua je mama layan, hahahaa..
Hurmmm oklah nanti sambung sembang lagi ek...


Ni je gambar terlatest yang Dak Iqy, baru snap semalam kat rumah nenek dia.Terbungkang tido statik gitu je, penat sangat lah tu...huhuhu..


Tuesday, October 11, 2016

Lunch Date dengan Ex-Opismate



Lepas 3 bulan aku tinggalkan opis lama begitu saja,  aku still takleh move on dengan akak kesayangan aku sorang ni.Mujur still kerja dalam satu area yang sama, time lunch bolehlah jumpa makan sama-sama, tu pon rasa tak cukup je 1 jam, baru nak gosip2 dah cukup masa nak masuk opis balik.Opis baru ni mujur takde punch card, ikut suka aku je nak masuk pukul berapa..hahahahaha...Bedal lah sampai lebih masa pon takpe, tapi takleh buat selalu, nanti boss syak..hahahaha..Pandai makan pandai simpan yer hadik-hadik.

Sepanjang 3 bulan terpisah dengan kak Zila ni, memang rinduu dengan dia, yela dulu masa kerja tempat lama, aku dengan dia je kehulur kehilir.Rahsia dia rahsia aku, rahsia aku rahsia dia.Dia lah tempat mengadu, dan aku jugaklah tempat dia mengadu, banyak kenangan dengan dia, susah senang semua dengan dia.Hadap stress sama-sama setiap hari, time lunch je pergi lunch tempat jauh-jauh kononnya boleh legakan stress..Hahahaha..Yang sentiasa terima buruk baik aku, yang paham perangai aku, semuanya lah..That why aku saaaayyyyang sangat Kak Zila ni, walaupon orang kata dia blur ke hape ke, No...No....aku tetap sayang dia okey.Jangan kutuk kakak aku okeyy..hahahaha..Kak Zila SINGLE lagi taw, yang berkenan mehhh2 PM aku..Aku boleh bagi "Fast Lane" kat korang untuk terus mengurat dia..heheheheheh..

Dah banyak kali jugak kitorang lunch sama-sama sepanjang aku tukar kerja ni.Yang lagi sorang dalam gambar tu, nama dia Farah.Staff baru yang menggantikan aku kat opis lama, terus jadi geng lunch sekali, kepala pun masuk air jugak.So setiap kali lunch, kalau malas nak balik umah mak, aku ajak Kak Zila & Farah lunch sekali.Boleh jugak gosip-gosip kan..hehehehe..Biasalahh perempuan kan, tak gosipp tak sah..hahahahah.


Monday, October 10, 2016

Tampil Anggun dengan La Feur Shawl dari Nur Luxury


Harini hakak nak tayang sikit shawl terbaru dari hakak, jarang hakak tayang menayang ni, kang orang cakap hakak show off plak, tapi sebab shawl ni cantik sangat dan sangat memenuhi citarasa hakak, tak salah rasanya kalau hakak share keterujaan hakak dengan korang semua.Shawl yang cantik ni diberi nama La Feur Shawl dari InstaShop, NurLuxury Couture.


Menarik tentang La Feur Shawl :
* Jenis kain : Heavy Chiffon
* Panjang shawl : 1.8 metre
* Lebar shawl : 0.8 metre
* Mudah digayakan 
* Sangat selesa
*Dihiasi manik & bunga 

Untuk La Feur Shawl ni, design nya ada manik-manik & bunga dihujung shawl, cantik sangat designnya, nampak exclusive gitu, tak begitu sarat barat.Dah lama cari shawl design macam ni, dah lah cantik, selesa plak tu bila memakainya, paling penting, sangat senang dibentuk dan digayakan.Sesuai untuk pelbagai gaya shawl taw.

Macam-macam warna menarik untuk design Shawl La Feur ni,boleh refer gambar kat bawah ni.Cantik-cantik kan?Rambang mata nak pilih, sebab semua kaler cantik, rasa nak grab semua colour je..heheheh..




Terdapat design-design lain lagi yang boleh dijadikan pilihan.Kebanyakkan nya design yang cantik-cantik adalah Limited Edition, so korang kena laju-laju grab taw kalau dah bereknan dengan sesutu design tu, La feur Shawl ni antara yang very the limited edition hokey..So cecepat lah yer..Kang ko berputih mata plak tengok hakak melaram sengsorang..hekhekhekhek


Hakak pakai warna Serenity untuk gambar selfie hakak kat atas tu..Cantik tak??Cantik kan...okey dah start puji diri sendiri..Jangan keliru plak antara hakak dengan Neelofa plak tau.Tu baru hakak yang pakai, kalau korang yang pakai, kompom macam Uqasha Senrose, paling koman pon macam Anzalna Nasir taw..Ahh sudah...dia petik nama retis plak dah...hehehehe..Harga ? La Feur Shawl ni boleh didapati dengan harga RM69 sehelai.


Berminat?


Mesti korang berminat punya lah.Okey meh tengok hakak bagi detail kat bawah ni, Pi terjah sekarang, stock terhad taw, kang stock habis, ada yang menangis tepi bucu katil plak kang..Hehhh!


Hotline : 019-293 5229
Website : http://www.nurluxury.com/
Instagram : NURLUXURY COUTURE & NURLUXURY CATALOGUE
Facebook : N.U.R Luxury
Email : nurluxurycouture@gmail.com