Friday, October 21, 2016

The Joy Of Life - 5 Variasi baru minuman sarang burung


Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Pelancaran The Joy Of Life dengan memperkenalkan 5 variasi terbaru keluaran Ecolite.Sebelum ni aku memang biasa dengar dengan khasiat sarang burung, dan kebiasaannya sarang burung itu dibuat sup, kalini dikeluarkan dalam bentuk minuman plak.Dan korang pon tau kan yang sarang burung ni terdapat collagen yang baik untuk kulit dan kesihatan.

Majlis pelancaran diadakan di Glass House, Bangsar.First time aku datang sini, cantik sangat tempat ni.Siap ada Lucky Draw lagi tapi rezeki tak menyebelahi aku semalam, kalau tak dah tentu aku melaram dengan henpon baru harini...heehhee..Tahniah pada pemenang lucky draw semalam yer..

The Joy Of Life dengan 5 variasi perisa terbaru iaitu Bird Nest Original, Bird Nest with Laici, Bird Nest with Longan, Bird Nest with Aloe Vera dan Bird Nest with Kurma Merah dan Buah Goji.


Bird Nest with Aloe Vera


Bird Nest with Kurma Merah dan Buah Goji


Bird Nest Original taste


Bird Nest with Laici


Bird Nest with Laici

Minuman collagen sarang burung ini HALAL dan selamat diminum oleh semua peringkat umur, kecuali kanak-kanak berumur dibawah 2 tahun tidak digalakkan.Antara ingredient lain yang terdapat dalam minuman ni adalah :

~ Marine Fish Collagen
~ Edible Bird's Nest
~ Natural Food Content
~ Rock Sugar
~ RO Water




Minuman berkolagen sarang burung ni dibotolkan dalam botol kaca 250ml dan boleh didapati di 7-Eleven berdekatan dan beberapa pharmacy dan hypermarket terpilih.Harga start dari RM6.50 sebotol.Minum sejuk-sejuk lagi sedap, sejuk dan segar bugar je rasa badan.


Antara 2 perisa kegemaran aku, Perisa asli dan campuran kurma.Sedapp sangat.Lagi sedap kalau minum sejuk-sejuk, best je lalu kat tekak.Kalau diamalkan hari-hari, boleh awet muda jugak tau, sebab ada colagen dalam minuman ni.Husband pon suka, sampai berebut-rebut, nak kena topap stock lagi ni.Masing-masing dah ketagih..hahahaha..

Untuk maklumat lanjut mengenai The Joy Of Life ini boleh lawati website dan facebook mereka






2 comments:

  1. Ecolite tu kilang dia dekat dengan rumah mak mila dulu mila pernah try mintak keje dkt situ tapi xpanggil2 pun.packaging lawa kan mcm losyen lak haha...

    ReplyDelete
  2. bestnya boleh gi event macam ni.. bagus tu sarang burung.. muja suka minum susu banding dengan minuman jus gini.. hehe

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)