Thursday, November 24, 2016

Kek pisang ke Goreng pisang?


Tak habis lagi kisah besday girl, ni kisah  kek pisang aku dok request sempena besday aku, saje je berseloroh, alaahhh ko ni hakak nak manja2 sikit pun tak boleh, janganlah lurus sangat, mintak kek pisang tu makna tersiratnya nak kek baskin robbin.Ehh?hahahaha..Takdelahhh tak harap pun nak berkek2 bagai masa besday haritu, family dan kawan2 wish pun dah  cukup membahagiakan aku, senyum meleret je reply ucapan satu2, gigih okey.Sebab ucapan dan doa2 kalian tu sangat bermakna untuk aku, semua aku baca satu2, dan aminnn kan..InsyaAllah moga doa2 kalian sentiasa mengiringi perjalanan hidup aku.Aku sangat hargai..


Cerita bab kek, Abi ni memang jenis yang lurus orangnya, dia baca status aku dok request kek pisang, pagi2 dia dah hangkut dak Iqy pergi kedai, rupanya beli pisang, aku rasa dia nak buat kek pisang, tapi sebab pisang tak berapa nak masak lagi, dia buat goreng pisang.Hahahaha nak tergelak pun ada.Tapi apa2 pun moment tu paling sweet bagi aku, kesungguhan dia tu.Bukan hadiah mahal yang aku harapkan dari suami, kesungguhan dia yang nampak remeh bagi orang lain, tapi sangat sweet dimata aku.Untong dapat bini yang "sentiasa mensyukuri" ni kan..kahkahkahkahkah..Goreng pisang pon sedap bang!!!Hari2 membahagiakan aku pon dah merupakan hadiah terindah dari dia.So nikmat apa lagi yang aku nak dustakan..Cewahhhh...Pikappp line wa kadang2 menjadik jugak beb..kihkihkihkih..

2 comments:

  1. Lelaki kena terus terang.. Nk kek eskrem Baskin Robbins kena ckp.. Jgn kias hehe.. Tp goreng pisang hasiltgn suami sodap gk kn hehe

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)