Tuesday, November 29, 2016

Kisah seketul jerawat


Kalau cerita bab jerawat ni kan, aku teringat zaman2 sekolah dulu, ya Allah masa tu aku dengan jerawat macam kawan baik, tak pernah nya licin kulit muka aku dulu2, dah lah aku ni jenis yang suka gentel2 jerawat sampai tinggalkan parut hitam, lepastu parut hitam tu punyalah berzaman berjinggut nak tunggu dia hilang.Bertambah plak dengan kulit muka yang hitam, kusam dan kejap kering kejap berminyak, masa tu memang macam2 produk aku guna, semua tak de maknanya bagi aku.

Tapi alhamdulillah, makin meningkat usia, kulit muka bertambah baik, jerawat makin surut dan tak tumbuh2 dah.Kalau ada pun seketul dua je tu pon time period, aku perasan tiap kali period kulit muka berminyak lain macam taw.Taktaw nape, tapi lepas piyed ok je.Normal je.Tak silap aku dalam umur 20 keatas camtu kulit muka aku start tunjuk perubahan positif, mungkin kulit dah start matang kot kan.Sampai sekarang takde masalah banyak lah kalau bab kulit muka ni.Kulit lain je sensitif macam tangan, takleh gatal sikit senang je tinggal parut.Grrrr geram..

Bila dah lama tak jumpa jerawat, baru2 ni dia boleh tumbuh seketul, besar lah jugak , kat hidung plak tu, sekali pandang macam aku tindik hidung plak.hahahaha..dari jauh pon kalau ko nampak aku, mesti ko dah nampak jerawat kat hidung aku tu yang besar seketul.Erkkkk tak boleh blah betul laaa.Mujur aku consume Dianz Vitamin sekarang, so tak bimbang sangat tinggal parut sebab Dianz Vitamin ni mampu memudarkan dan menghilangkan parut jerawat.Nanti2 lah aku share pasal kebaikan Dianz Vitamin ni,aku ada jual tau, kalau minat boleh beli dengan aku.Heee..Sempat promote lagi tu...


Nampak tu seketul jerawat, dah lah besar ,sakit plak tu kalau tersentuh.Bila sakit mula rasa nak bersin.Taktaw nape sakit dia sampai rasa nak bersin.Penat aku asyik bersin je..hukhukhuk..

1 comment:

  1. bila keluar seketul je pun kita perempuan dah huru hara..ehhe

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)