Thursday, December 8, 2016

Lama tak tengok wayang


Hari rabu minggu lepas, lepas balik kerja dah janji dengan Tasha nak tengok wayang, memandangkan aku ada 2 tiket wayang yang belum redeem lagi.Kan setiap tahun GSC bagi tiket percuma time besday cumanya tiket tu boleh redeem dalam bulan yang sama je, tu yang last minit 30hb baru terhegeh2 nak redeem.

Akibatnya, tak merasa tiket free pon sebab movie untuk redeem tu terhad dan masa aku datang tu, dah takde lagi slot untuk masa tu, dahlah masa sampai GSC Alamanda pon dah pukul 10mlm, tarikh last plak tu, esok tu dah tentu dah tak valid.


Maka terpaksalah keluar duit sendiri jugak.Terkono den.Mujur hari rabu tiket murah sikit.Tasha nak tengok citer 'Fantastic Beast'.Aku okey je asalkan dapat tengok wayang.Lama dah tak tengok wayang.Harini baru nak tengok, tu pon Abi baik hati nak jaga kan Dak Iqy kat umah, dia kasik pelepasan am untuk bininya.Tenkiuuu asben sebab memahami binimu ini, asben2 diluar sana bolehlah contohi asben hakak  ni, tak romantik takpe, as long dia tahu cara nak hargai seorang isteri pon dah cukup buat hakak wanita terbahagia kat dunia ni.Alhamdulillah..hewhewhew

Besttt jugak citer ni pasal kuasa magic.Aku berjaya tak tidur sepanjang movie ni berlangsung, nak terkucil pon aku tahan sampai movie habis okey.Pastu lintang pukang cari toilet lepas movie habis.hahahahaaa..


Lepas tgk wayang, si Tasha kebulur plak, singgah MCdonalds precint 2, ingatkan dah malam tak ramai orang, rupanya ramai jugak,sampai mengantuk beratur order.huhuhuuu..Si Tasha belanja makan, sebab aku belanja dia wayang tadi..huhuhuuu..Tenkiuuu jenlot..Lepas makan terus balik.Dak Iqy dah tido, dak asben je setia menanti kepulangan sang isteri...cewahhhh...hahahaaa..Esok tu tak pergi kerja, sila jangan contohi perangai buruk hakak yang satu ni okey..Femalas pergi kerja, bukan femalas buat kerja taw..Haaa banyak beza tu..hahahahaa

3 comments:

  1. hah rugi tk dpt redeem wyg free...tgu next year la plak..mmg kalo yg free kena tgk movie yg bertanda * je...

    ReplyDelete
  2. hahaha..nory ni lawak tau. makin malas pegi keje er babab kang.bestla dpt syarikat jenis tak kisah kita cuti janji keje siap sudahla kan.zul dulu kini dan selamanya baik. abah-abah sangat.

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)