Thursday, December 1, 2016

Minum jamu pulak


Sejak umur dah diambang 30an ni, barulah wujud kesedaran nak cantik dari dalam.Selama ni duk jaga kecantikan luaran je, walupon tak cantik mana tapi sis cuba.Sebab tak berapa nak cantik lah aku berusaha nak cantik kannn.Gituuu..~~~~

Macam2 produk skincare duk cuba nak gebu kan kulitlah, hilangkan parut jerawat lah.Tapi tang kecantikkan dalaman ni terabai.Takdelah terabai sangat.Still jaga juga cuma tak konsisten je.Sebelum ni makan jamu dalam bentuk kapsul, maajun pun aku pernah makan, manjakani pon makan yang jenis kapsul tu.Tapi ON Off makan nya, kadang tengok bajet, bajet lari tak beli tak makanlah.hahahah
Baru2 ni aku tengok kak ipar aku minum jamu.Dia buat sendiri beb, betul2 homemade punya, rasa pon memang piorrr, pekat melekat rasa dia.Bahan2 pon memang dari bahan2  herba semulajadi.Pegaga,halia, asam jawa,kunyit, manjakani dan macam2 lagi,lupa dah aku.Semua bahan2 tu baik untuk dalaman kita sebagai wanita ni, bila dah beranak ni, rahim kena selalu jaga, takleh sejuk2, bersihkan kotoran2 dalaman tu.Kasik keluar mana yang dah tak elok duduk dalam badan kite tu.

Aku suruh kak ipar buatkan untuk aku, seeloknya minum lepas period,biar dia cuci betul2 darah kotor yang ada,kebetulan baru je habis period, terus aku minum.Dapat 1 botol besar dan 1botol kecil, berjaya habiskan selama seminggu ni, minum setiap malam sebelum tidur.Perghhhh dia punya rasa ko toksah tanya lah, pahit, kelat,payau semua ada.Aku minum 1 shot je, tak rela nak minum seteguk demi seteguk.Ko bayangkan jela macam minum air oren.Rasa kelat dia tu sangat meninggalkan kesan yang mendalam buat aku tau tak, jenuh kumur mulut setiap kali lepas minum.Wellkkkk...Urghhh tapi nak cantik dan sihat punya pasal, sila hadam cukup2 yer Nory..
Beauty is pain..Ye betulll, nak cantik itu menyeksakan, tapi apakan daya, kite ni wanita dah memang fitrah wanita sukakan kecantikkan kan, Tak gituu??

Tapi kan kesan dia memang menakjubkan aku, lepas beberapa minit minum terus rasa bahagian ari-ari tu rasa sengal macam kena uli2, lagi2 kalau baring, rasa geli2 macam ada orang dok jentik2 kat dalam tu.Jamu tu sedang "bekerja" lah tu.Badan pon rasa ringan je, keputihan pon dah takde.Pasni setiap bulan nak amalkan.Tak boleh hari2, sebab ada manjakani, manjakani tak boleh amalkan berterusan takut cepat menopaus orang kata (betulkan aku kalau aku silap, aku pon orang yg bagitahu)..So setiap bulan aku amalkan selepas period je, deret seminggu gitu.Ikutlah cara dan masa masing2 nak minum camne.Macam kak ipar aku, dia minum selang 2,3 hari sekali.


Selamat berjamuuu, melekat-lekat rasa dia, urghhhh..Kenapalah tak rasa macam Mango Milkshake ke, senang aku  nak telan.huhuhuuuuu

4 comments:

  1. hahaha..dah namanya ubat. mana nak manisnya hehe

    ReplyDelete
  2. Minum jamu ni amalan orang tua2 kita zaman dulu2.
    Bagus diamalkan.

    Sekarang dh banyak produk kesihatan yang guna kapsul.
    telan aje Xde rasa pahit.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum nory. Wahh jamu buat sendiri. Bestnya.. sheila minum jamu kencur sue saleh. Sedap sikit pasal guna gula kabung. Hehehe

    ReplyDelete
  4. tengok kaler air je dah gerun nory hahaha..takpe demi mu cntik.i rela kan hihihi..

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)