Wednesday, January 11, 2017

Bos Lelaki dan Bos Perempuan | Korang selesa dengan yang mana?


Hai uollss, rasa macam dah lama tak bersiaran.Baru je berazam sempena tahun baru ni nak lebih rajin update blog, tapi nan hadoooo.Harini dah 11hb , entry baru 2,3 ketul je yang muncul.Muaahahahha...Tak boleh pakai punya azam baru.Ermm sebenarnya bukan apa, lately ni buat-buat busy sikit, sebab sejak awal tahun baru haritu, bini boss dah start kerja kat syarikat ni.Adehhhh, ko tau jelaaa bos perempuan dan boss lelaki peel nya berbeza okey.Aku ada pengalaman bekerja dengan boss lelaki dan boss perempuan sebelum ni, dan ternyata aku lebih selesa bekerja dengan boss lelaki, bagi aku lah boss lelaki ni lebih sempoi berbanding boss perempuan yang lebih complicated dan terlalu nak kan kesempurnaan.Well, biasalah perempuan kan, aku pon perempuan jugak, that why aku faham sangat peel boss perempuan ni.hehehehh..I feeeeelll u boss, gittuew

Selama setengah tahun aku kerja kat sini, kerja aku smooth n steady je, buat kerja ikut rentak sendiri, boss lelaki aku pun jenis yang tak amik kisah sangat ko nak buat kerja macam mana pun, asalkan kerja jalan sudah lah,berlainan pulak dengan boss perempuan ni, habis dia rombak nya cara-cara kerja kitorang sebelum ni, aku dengan Wendy pening kepala.Asyik kacau kerja orang je, ini tak betul itu tak betul, suruh buat tu suruh buat ni.Sebelum ni pun aku bebas nak cuti bila2 pun kan, boleh kata setiap minggu nak ponteng, sebulan berapa kali cuti deretttt je, tapi boss lelaki aku tak pernah kisah pun, janji performance kerja aku cantekkk je, siap puji lagi, aku pandai buat kerja, walau selalu tak datang kerja, tapi kerja takde yang pending, semua smooth n steady je katanya, tapi bila bini dia ni dah start kerja, aku jadi takut2 plak nak ponteng selalu.hahahahahahha...

Alhamdulillah, sempat jugak boss aku meng"konfirm" kan jawatan aku kat sini sebelum kedatangan bini dia, aku rasa kalau bini dia tengok rekod kedatangan aku, memang jangan mimpi lah dia nak  konfirm kan jawatan aku apa lagi nak bagi increment.Boss lelaki aku siap naikkan gaji aku lagi, alhamdulillah..Terus insaf nak ponteng2 lagi, walau selalu stress gaji tetiap bulan lambat, tapi bila boss dah naik kan gaji yang bagi aku agak tinggi jugak lah
Dan sekarang, aku sedang cuba untuk menyesuaikan diri kerja dengan suasana dan peel boss baru ni.Harap2 aku terus istiqomah untuk terus bekerja kat sini.Agak-agak dah stabil nanti, nak berhenti kerja jugak.Tak kira..Berapa kali dah dok berzikir nak berhenti kerja ni, harap2 masin lah mulut aku satu hari nanti.Bila lah agak nya kan...?Takde ke yang nak bagi aku pendapatan tetap setiap bulan dengan hanya duduk dirumah sahaja??hahahahhaa..Boleh lah jugak tolong suami sikit-sikit kan..Takdelah dia sorang je tanggung beban, walaupon itu tanggungjawab dia, tapi kalau bini nak tolong apa salahnya, bertuah Encik Zulkefle dapat isteri macam hakak ni kan...muahahahahah...#lempanglajulaju
So, korang...suka boss perempuan ke boss lelaki????

3 comments:

  1. Rasanya boss lelaki lagi ok kot.
    Kalau boss perempuan, ada cerewet sikit, banyak songel,
    semuanya nak tip top. Agaknya la...

    Tapi kalau nak jadi pekerja yang bagus, kena cari boss perempuan.

    ReplyDelete
  2. akak pun lg prefer keje ngan bos laki..sebab bos laki nie die jenis xnk amek pusing bende remeh..bg die, janji keje ko siap sudah..bos perempuan nie banyak songeh..jenis dendam plak tuh..belum lg yg kalau moody sebab gaduh ngan suami la, "penyakit" once a month lg..tp ade jugak bos laki yg peelnye kalah bos perempuan..even lg teruk..tp tuh kalau 10, 1 je la..heehe..

    ReplyDelete
  3. bos laki sempoi sikit. hei kalau bini bos satu company alamak huru haralah opis haha..mila baru je rasa. 3 bulan keje pastu aku cabut. cerewet nak mampus.

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)