Tuesday, January 24, 2017

Cuti panjang


Tak sabarnyaaa menghitung hari.Minggu ni kerja 3 hari je uolls, lepas tu khamis dah start cuti panjang, minggu depan cuti lagi, lepas tu baru kerja balik.Perghhhhh syoknya lahai walaupon takde plan nak pergi mana2, short vacay pon nan hadooo.Takpeee aku tetap happy bagai nak rak, well seorang Nory Zoulkefle kan memang suka dengan cuti.Hhahahaa...Dapat pergi breakfirst dengan mak setiap pagi pon dah syukur sangat dah, takde short vacay pon takpe laaa..Sebab bulan 3 nanti dah plan family short vacay, so duit bukan kepuk2 kena bajet jugak ni.Tu yang takde short vacay utk cuti panjang ni, lagipun aku kurang berminat bercuti pada musim cuti ni, pack sangat nanti, rimass..hehehehe..

Korang cuti CNY lama tak???ada tak yang cuti lama macam cuti aku..Bahahahhaa...kemain eksyen lagi ko kan Nory..Tapi kan still rasa macam tak cukup je cuti tu..Tahu2 je nanti dah habis cuti panjang tu..hurmmmm sedihhh..Kalau lah aku kaya, sepanjang cuti ni, hari2 nak shopping..Tapi apa kan daya, aku ni orang kebanyakan je, duit yang ada baik buat beli beras, buat nasi goreng pon sodap...hehehhehe..

Esok ada buffet lunch kat Hotel Bandar Puteri.Company kecik je uolls, so takde dinner2 nya, lunch pon dah bersyukur dah..Takde lahh impian nak menang lucky draw sebijik aircond macam aku dapat tahun lepas masa dinner company lama.huhuhuuu..Dapat hamper pon jadiklah dari takde langsung.
Semalam hari isnin, boss n bini dia masuk opia sekejap je, tengahari dah balik.Wahhhh aku pon lompat bintang lah, takdelahh serius sangat buat kerja.Relax- relax sudah..Serabut kepala je nak serius2 sangat ni tau.Boss takde pon kerja jalan jugak, sambil2 tengok youtube, belek blog..hehehehe..Heavennnya, dengan harapan harini pon boss balik awal atau tak masuk terus lagi bagus..heheheh..

3 comments:

  1. syok tul kj 3 hari je ye..pastu cuti lama hehe

    ReplyDelete
  2. Yang seronok cikgu cikgi dan budak2 sekolah.
    9 hari cuti CNY

    ReplyDelete
  3. wah best cuti lama.mila start cuti sabtu mayb sampai rabu.turun kl nak jenjalan di sana.

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)