Friday, January 20, 2017

Tragedi Jumaat


Phewwwww....Salam Jumaat Uolls.Dalam kegembiraan aku dihari jumaat mulia ni, hati tengah seronok sangat sebab last day kerja untuk minggu ni kan, tetiba tragedi malang menimpa aku.Alhamdulillah takde apa-apa yang serius pun, cuma tengahari tadi time lunch, ingat nak pergi Tesco jap beli stock susu Iqy, dalam perjalanan nak pergi tu aku ditimpa kemalangan kecil.Tapi bukan salah aku pun, dan bukan salah yang melanggar aku tu pun, aku pun kebetulan je berada kat tempat kejadian dan dengan secara tak sengaja aku pun terbabit sekali.

Masa tu kat traffic light, lampu merah, so aku berhenti lah tunggu lampu hijau, tetiba dengar bunyi "bumppppppp" dari arah belakang, aku pon tengok kat cermin belakang, nak tengok sape yang kena langgar, tengok belakang dah jammed dah banyak kereta, serentak dengan itu, satu lagi bunyi "bummmp" pakej dengan bergegar kereta aku, Ya Allah, !!!1kereta aku kena langgar dari bahagian  belah belakang pintu penumpang.Motor yang langgar kereta aku tu asalnya kena langar dengan van sekolah , dan jatuh lalu terkena kat kereta aku yang sedang berhenti dan tak bersalah apa2 ni...(heheeheh)..Aku pun cuak, sebab dari cermin sisi nampak motor tu dah terbalik kat tepi kereta aku, penumpang pulak masih terbaring, tak bangun2.Ahhh sudah, hidup ke mati orang tu, tu je yang ada dalam kepala aku, dalam hati dup dap dup dappp dah walau pun bukan aku yang salah, tapi sebab dia jatuh kat kereta aku, secara tak langsung aku pun dah dikira terbabit dalam kemalangan tu, yang lebih haruuuu, van sekolah yang langgar motor tu boleh cabut begitu saja, tinggallah aku terkontang-kanting.Semua tak sempat nak catit no plate van sekolah tu.huhuhuh

Laju-laju turun dari kereta, meluru ke arah mangsa yang jatuh dari motor tu, sempat lagi jeling tengok keadaan kereta, mujur takde pape kesan calar or kemek, maybe terhantuk helmet je kot, tapi sampai bergegar jugaklah kereta aku.huhuhu..Sekali tengok, laaaaa aku kenal mangsa ni, ayah kawan aku, dan juga jiran setaman dengan rumah mak aku.Aku pun lagi cemas, terus pangku dia, sambil tanya pakcik ok ke, pakcik jangan tidur, bangun pakcik, duduk pakcik..Masa tu aku sorang je, pangku dia, kemudian baru lah ada 2,3 orang penunggang motor lain berhenti dan bantu aku papah dan angkat pakcik ni ketepi jalan.Alhamdulillah , takde pape yang serius kat pakcik ni, cuma cedera ringan je di tangan dan kaki.

Oleh sebab aku kenal pakcik ni, aku offer diri untuk hantar pakcik ni balik ke rumah, nak hantar ke klinik, dia taknak, dia nak balik rumah dulu katanya, lagipon dah tak jauh pun rumahnya, aku pun patah balik dan hantar pakcik ni ke rumah dia, pastu terus aku balik rumah mak, tak jadi pergi Tesco, fobia plak aku nak jalan kat tempat kejadian tadi, sebab masuk ni dah 3 kali aku kena  kat tempat yang sama..Urghhhhh!!!

Alhamdulillah, takde apa2 yang serius pun, tapi kejadian tu cukup buat aku cemas kelam kabut taktau nak kate laaa...hahahahaha..Kemalangan ni bukan dikira time ko bawak laju ke slow, ko berhenti pun boleh kena.Tu lah kalau benda nak jadi, memang terjadi jugak, ko elak lah camne pun.Jangan lupa baca doa naik kenderaan setiap kali nak memandu yer.Berhati-hati di jalan raya, terutama yang menunggang motosikal ni, tu yang aku selalu risau takut terjadi kat ahli keluarga aku yang kebanyakkan menunggang motor macam papa, abang dan suami aku..Ya Allah lindungi lah orang2 yang aku sayang sentiasa..Biar selamat pergi dan balik..

HATI-HATI DIJALAN RAYA, KORANG!!!!!


1 comment:

  1. hei seriau lah mila baca, kalau mila kt tempat tu aku mesti gabra tak tau nak buat apa, dulu pernah jugak accident kete lain masuk line kete xbagi signal kita brek mengejut motor hentam kita. gedeganggggg bunyi terkejut beruk lps tu lampu belakang pecah yang motor tu tgn berdarah2 aku dah nak pitam hahaha...

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)