Friday, March 10, 2017

Asal plan nak cuti je, mesti busy

Haiii salam jumaat, rasa minggu ni cepat sangat masa berjalan.Sedar tak sedar dah hari jumaat dah harini.Esok pagi2 lagi nak gerak ke Cameron Highlands.Short vacay kedua untuk tahun ni, hujung tahun lepas aku booked, itu pon mak aku yang beria2 nak ke Cameron Highlands.Iolls tolong booked je.Pastu ajak family maklang aku sekali, insyaAllah esok pergi 3 kereta.Doakan semua berjalan lancar yer.

Banyak jugak dugaan  nak pergi Cameron Highlands kalini, aku beberapa kali jugak hampir men"cancel" kan diri, sebab takut bajet tak cukup..hahahahaha...Tapi mak aku pujuk suruh pergi jugak, kalau takde aku semua taknak pergi..Alahaiii rasa bersalah plak diri ni.Last minit ikut jugaklah..Memang segalanya last minit ni, harini pon lah baru gaji masuk, harini jugak lah baru nak servis kereta.Harini jugaklah baru submit leave form..muahahahaha..Baik plak aku kalini siap berform2 bagai sempena nak cuti, kalau tak selamba je cuti secara menkhinzir buta..muahahahahaha...Berani dorang reject cuti aku, aku blah terus je nanti.ahahha..nasib baik approve..

Semalam dah cuak jugak, wendy masuk gaji 8hb, so nak ikutkan semalam gaji dah masuk sebab aku guna  maybank opis guna RHB tu yang makan masa sehari tu.Aku pon dok tunggu2 gaji masuk tapi sampai ke petang tak masuk2..ahhh sudah camno nak pergi bercuti ni, petang lepas balik dari kerja, aku check lagi acc, still tak masuk, pastu masuk email kata duit dah masuk lah, aku check lagi, takde jugak...aikkk pelik biasanya tetiap bulan, gaji masuk dulu baru dapat email.Ni dah dapat email, gaji takde dalam acc.Aku cuakk dah, ingatkan Wendy salah tekan nombor account ke, hurmmmm last2 pukul 1pg check baru ada..Fuhhhh legaaaa...Kalau tak memang babai lah ko Cameron.hahahaha...


Pagi ni lak masuk opis busyy nya lahai, boss pagi2 dah masuk opis, mood tak baik plak tu, tanya pon nak marah, tapi lepas tu cakap baik2 balik, hurmmm malas aku nak layan sangat..lantak kau lahh boss..Dari semalam busy giler, semalam lagi lah sehari suntuk, tahu2 je dah nak balik.Harini pagi je busy giler, ni boss turun bawah kejap aku curik2 lah hapdet blog..hahahahahaha

Selalu macam tu, kalau kita plan nak cuti, mesti hari sebelum tu busy giler..Kenapa ntah??tapi aku suka sebenarnya kalau busy ni, takdelah bini boss tu kacau aku.Dia tahu aku banyak kerja, nak dekat dengan meja aku pun dia takut.hahahahaha..Sila main jauh2 yer madam, ai is busy ni..Lagi satu aku suka kalau busy sebab masa berjalan cepat je., tau2 je dah lunch time, tau2 je dah balik time..huhuhuuu..

Okbaiii boss dah naik dah tu....sambung kerja balik...


1 comment:

  1. akak pn slalu camtu...bila plan nk cuti pjg, ari lastday byk btul kj...mcm xleh tgu nextweek..redho je la tp kdg2 stess gk dh tau kita cuti pn nk cal2 adoi bertabah la...slamat cuti2 cameron highlands...sian tisya xsmp2 lg cameron hehe

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)