Friday, May 19, 2017

Berpantang Selepas Keguguran



Ramai yang kurang menyedari tentang kepentingan pantang selepas keguguran, aku pon baru tahu, dulu masa first gugur dulu, tak pantang pon, patut lambat lekat kot kann.Entahlah..Mak aku pon tak sure sangat, sebab tak pernah ada pengalaman.Tapi nak ikut kata orang2 tua, pantang gugur sama je macam pantang bersalin.Rahim boleh masuk angin kalau tak betul cara pantang, at least 2 minggu kena pantang.Dari tak pantang langsung kan..huhuhuuuuu

Ni antara 5 cara berpantang selepas keguguran yang perlu dititikberatkan :



Aku memang berpantang 44 hari, tapi disebabkan aku cuti dua minggu je, so aku pantang secara betul2 hanya selama 2 minggu sahaja, lepas tu aku dah start kerja dah, tapi tak bermakna aku dah langgar semua pantang, masih lagi pakai stokin, masih lagi bertungku, dan pantang makan sejuk2 lagi.Aku ingat nak cukupkan 44 hari pantang jugak..Nak sihat punya pasal kan..Ngeeee~~~~






Dari segi pemakanan pon, aku masih pantang tak makan dan minum yang sejuk2 dan tajam.Dahlah musim panas sekarang ni, geram je aku tengok ais.Pergi food review haritu tu, jeles tgk orang lain makan dan minum sedap2, aku bawak adik aku untuk tukang rasa.Kang camne nak review kalau tak tau rasa camne kan..Aku pasrah jela order air panas.Nak ikutkan dah boleh start makan macam2 dah, tapi aku nak jugak cukupkan 44 hari pantang bab makan ni, sekaligus aku boleh kurus jugak.Yang bestnya, badan dah makin mengecil, pakai baju kurung yang biasa aku pakai ketat kat pinggang, dah longgar sampai terlondeh, kalau sebelum ni aku terpaksa bukak kancing kain bagi longgar sikit, sekarang sampai kena pin nak bagi ketat sebab asyik terlondeh je..hahahah suka hakak dik non..



Setakat ni aku takde lagi buat aktiviti2 berat.Setakat kemas2 rumah tu biasa lah kan.kerja2 lain Abi banyak tolong setelkan.Kerja kat opis pon tak memerlukan aku angkat barang2 berat.Aktiviti turun naik tangga pon aku kurangkan.




Ooo yang ni memang paling dititikberatkan lah., dah nama pon pantang disebab kan dia kan.hahaha..Kena jaga dia lebih sikit lah.Mujur kak ipar pandai buat jamu sendiri, berjamu lah aku nak sihat punya pasal, moga lepas ni lekat kembar lagi..Ehhh!!Dan sampai sekarang masih lagi mandi herba dan air panas, gigih pagi2 bangun awal sikit sebelum pergi kerja nak mandi air panas dan herba ni tau..Maklumlah rumah ai takde heater, kena jerang sendirilah air, kalau abi masuk kerja lambat, dia yang readykan..hihihiii...



Ermmm yang ni belum lagi kot..Nak rehatkan rahim atleast setahun dua lagi.Lagipon pantang ehemmmm ehemmm 100 hari okey.Takmooo takmooo takmo..Mujur suami memahami..kahkahkahkahhkah.Aku nak rahim aku betul2 sihat dan mampu menampung baby yang bakal bermastautin kat situ lagi nanti.InsyaAllah,manelah tau dapat rezeki kembar lagi kan (aminnnn aminnnn aminnn) ..Kalau rezeki cepat sampai, aku terima jelaa.Yelaaa Allah sebaik2 perancang.Siapa kita nak tolak dan menidakkannya.

Ada yang konpius, pantang gugur ni boleh ke keluar rumah, Boleh jee, asalkan berstokin,berbaju lengan panjang,(baju sejuk), ibu jari kaki tu jaga jgn tersepak or tersadung benda2 keras sudahlahh (tu mak aku yang pesan lah)..Pastu janganlah keluar lama2, beria2 sangat, kang masuk angin plak.Pantang bersalin biasa orang tua tak bagi keluar rumah sebab ada baby, baby dalam pantang memang tak digalakkan keluar rumah.Harap clear yer..Jangan kecam hakak tengok hakak berjalan sakan sana sini.Hakak pantang gugur bukan pantang bersalin tau.Hakak tau jaga diri, dont worry be happy okey sayang2..I know uolls sayang hakak..Peaceee kacang peace~~~

p/s : Harini baru 19 hari berpantang, ada lagi 25 hari lagi...Yeayyyyy raya nanti nak melantak macam2, nak minum air sejuk2, first sekali nak beli air kat Starbuck...hahahahahah..Siapa nak belanja, PM ek...Ngeeeeee~~~~~~

2 comments:

  1. Moga ada rezeki lain untuk noury sekeluarga
    Janji Kita

    ReplyDelete
  2. in shaa Allah. jaga bebaik.
    akan ada rezeki utk nory.
    and kembar lagi. aminnn...

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)