Wednesday, July 5, 2017

Corat Coret Aidilfitri 2017

First of all, (perghhh kemain hakak lopa speaking), belum terlambat lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin, buat semua yang sedang membaca entry ni secara sengaja mahupon tak sengaja.Alhamdulillah dah masuk hari keberapa kite ni??sekejap je kann..Lepas seminggu raya, mesti dah start jemputan open house plak kan.Takde sape ke nak jemput hakak ni haaa...?Teringin nak makan ketupat daun palas ni, tak jumpa2 lagi..Maklumlah orang raya balik kampong, hakak balik bandar..Pasrahhhhh jelaa yang penting dapat raya bawah tiak mak..hahahahaha..Tapiii teringin nak ketupat palas jugak..hukhukhukhuk

Tahun ni turn raya sebelah family aku, sehari sebelum raya dah pikul beg balik rumah mak yang "jauuuhhhh" sangat tu.Tasha datang jemput sebab kereta aku, bagi along pinjam balik kampong mertua, kereta dia rosak.Well aku selaku adik yang baik budi mesti lah tak kedekkk bagi pinjam kereta, apalah sangat harta dunia ni kan..thats why along sayang aku lebih...kan along kan..okey along memang idokkklah nak baca blog teman ni haaa..ahahahah..Alhamdulillah "BMW" (BLM je😋) aku selamat bawa family along pergi dan balik kampong mertua beliau.Sayanggggg "BMW" hakak, walaupon nak masuk 7 tahun berbakti, masih gagah kesana kemari, tak pernah meragam bukan2.Dia tau tuan dia bukan banyak duit nak layan ragam dia tu kan..ahahahahahah..

Raya kat bandar ni tak semeriah raya dikampong, tapi rasa meriah bila dapat kumpul dengan family sekali.Walaupon tak cukup korum sebab along raya turn belah mertua.Memang kitorang takleh turn sama..Nanti mak lagiii sunyi..Adik beradik aku kan 3 ketul je.Nak harap si Tasha..Basuh pinggan pon fail..Uppss terbuka aib adik sendiri plak.ahahahaha..Seronoklah sekali sekala dapat berkumpul, masak sesama, dengar mak bebel pun rasa bahagia sangat, terasa jugaklah suasana raya tu..Mujur dapat jodoh dengan orang kampong, dapat jgak merasa 2 pengalaman berbeza, pengalaman raya dikampong dan dibandar gituuu..Okey tahun depan turn raya belah mertua, harap2 jumpa ketupat palas..ehhhh hahahahahha..

Menu raya, tiap kali raya mak memang bertuah sebab dapat menantu yang dua2 boleh masak..menantu lelaki dan menantu perempuan, kalau turn kitorang raya rumah mertua, kak ipar yang masak, kalau turn kitorang, Abi lah kena masak..ahahahahahah..kejam tak mak aii..Anak2 dia semua spesis tak berapa bijak bab masakan.Ehhh tapi aku boleh je masak, cuma kalau melibatkan kenduri, makan2 besar ni aku tak konpiden, aku masak untuk suami dan anak je..ahahahaha..Sebab tu aku cari laki pandai masak..Ehhhh...kantoii..ahahahahaha..Raya sebelum ni mak suruh Abi masak Nasi Beriyani..kemainnn mak aku kan..Mujur tahun ni dia bagi menu senang kacang goreng je kat Abi.Dia request nak laksa untuk menu utama raya..Gituuuu...Abi petik jari jelaaa..Memang kepakaran dia buat laksa ni..Anak bekas tokey laksa kot..Yang datang memang dok puji laksa abi sedappp je laa..Suka letttuwww..

Mak aku suka kalau Abi yang masak, mak aku sendiri pon salute tengok Abi masak cepat , dan cekap.Aku rasa tercabar jugaklahh..Mana boleh kalah, apa ingat anak mak ni tak pandai masak ke..Cewahhh...Aku buka peti ais tengok banyaknya telur, terus aku buat puding karamel..Taknak kalahhh weyy..Okeylah tu kan, Abi buat main menu, aku buat dessert..Mak aku siap puji aku, sejak dah kahwin, ilmu dapur aku makin improve,pandai laki kau ajar kau..wakakakakakka...Perli ke tu makkk???Puding karamel je kottt....ahahahaha

Puding karamel aku tak sempat habis raya pertama, dah liciiinnn...Pergghhhh kembang hidung sekejapp, dorang cakap sedapp..Ahahahahahhaha...Esok tu terbangun lambat sikit, papa dah nak gi sembahyang raya dah,terus tolong mak kat dapur, lap pinggan segala, time tulaaa baru nak mandikan Dak Iqy, baru nak mandikan laki..Ehhh tak tak, dia mandi sendiri..hehehehe..Nasib baik baju raya dah siap iron 2 hari awal.Semangat betul kan..

Tahun ni tak ramai budak2 datang raya, ada lah 1 group je datang, yang lain jiran2 terdekat dengan kawan2 Tasha je.Dah petang sikit, sepupu sepapat plak datang, sampailah malam melayan tetamu dirumah sahaja.Sehari suntuk okey aku sekeluarga kekal berbaju raya.Aku memang camtu,
Kalau hari raya,lebih2 lagi raya pertama mesti nak pakai baju raya sampai sehari suntuk.Walaupon duduk rumah saja layan tetamu.Laki dan anak aku pon aku paksa pakai baju melayu sampai ke malam siap dengan sampin sekali.Mujur Dak Iqy dah terbiasa, dia okey je tak rimas pon.Lagi pon dia jenis cerewet, tak suka kotorkan baju dia kalau makan pon sanggup suruh orang suapkan takut kena baju dia.Tumpah air kosong sikit  je kena baju, dia punya kecoh mintak tisu satu taman dengar.huhuhuuuu..Pastu time abah basuh tangan dia, terbasah sikit kat lengan baju dia, terus menjerit "abah ni...habislah raya Iqy" .
Raya sebulan nakkk!! ahahaha..kecoh betul mamat ni..Cerewettt sebijik ikut nenek dia..hahahahaha..Nenek yang mengaku sendiri..kahkahkahkahhh..

Okey habis dah citer raya pertama, lepas salam2 dipagi raya, mohler kite bergambar macam tak biasa plak kan..Okey janji tak tepek banyak2, dalam 5, 6 keping je nak tepek...ahahahaahhaha...Semoga tak berbulu mata ek..Gambar 1 family takde, memasing busy kate kan, dengan paip sinki bocor tetiba nya..Dugaan raya pertama...huhuhuhuu

"MAT RI YE 2K17"


4 comments:

  1. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya nory.. ika pun teringin sangat nk makan ketupat palas.

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya ..iqy nk join sama loving ke tu gmbr 1st hehe

    ReplyDelete
  4. aida and famili pun, dari yg tua hingga kanak2, berbaju raya hingga ke mlm raya pertama tu, nory.
    raya kedua pon sama. sebab raya kedua tu turn adik beradik mak abah dtg ziarah mak abah.
    mak abah aida dah tua, tu yg skang kami kena ready rumah utk org ziarah.
    takkan ke mana.
    sinsing lengan baju hingga ke siku.
    masak-memasak.
    lencun la juga tudung dan baju.
    tapi maintain berbaju raya dan bertudung raya. maintain anggun kata nyer :)

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)