Friday, August 4, 2017

Kat sini rupanya , phewwwww

Kalau semalam aku hampir meroyan sebab sangkakan beg duit aku hilang/tercicir, harini aku bersyukurrr sangat2 sebab  hati aku kuat sangat mengatakan beg duit aku tak hilang (dan sememangnya tak hilang).Terselamat lah aku dari denda seribu hengget tu..Alhamdulillah..Yeszzzaaa memang ada kat rumah, cuma ambik masa yang lama nak geledah satu rumah cari beg duit tu.

Sehari suntuk kat opis kepala otak dok fikirkan kat mana beg duit aku tu, kalau hilang, kat mane?puas aku dok flashback mana aku pergi semalam.huhuhuuu..Tapi hati aku kuat mengatakan, beg duit aku ada kat umah.Sebab tu time lunch aku siap boleh tido lagi kat umah mak, langsung tak tergerak hati nak pergi cari kat kedai last aku pergi hari sebelum tu, macam takde pape berlaku je, padahal nak ikutkan kalau betul beg duit aku hilang aku bakal berdepan dengan denda hilang ic kali ketiga sebanyak RM1,000..Macam banyak nau duit aku nak membayar kan..Macam nak bayar RM1 je..huhuhuuu..Tak senang duduk aku fikir mana nak cekau duit sebanyak tu weyyy..

Balik dari kerja, sampai je aku terus geledah satu rumah, semua bilik aku cari, bilik yang takde kena mengena pun aku cari, tetiba tergerak hati, seorang suspect dikenalpasti dalam misi kehilangan beg duit aku ni.Jeng jenggg jengg...Saspek utama adalah DAK IQY..Puas aku dok soal siasat dia, kot2 dia ada terambil dan terletak merata ke kann..Tapi biasalahhh dia aku tanya lain, lain dibebelnya.Last2 aku biar je dia membebel sengsorang..Pastu sempat tanya lagi "nape mama sedih??" Shenyum lah sikit.." adehhhh..Dalam situasi tegang camni, ko boleh plak suruh mak kau ni senyum kan.Aku mampu jongket kening je kat dia..huhhh


Playroom Dak Iqy pon aku geledah sekali, kottt lahh dia terletak sekali dalam bakul mainan dia kan.Tapi takde jugak, pastu teringat dulu pon henpon aku pernah hilang jugak dalam rumah, last2 jumpa kat dalam bonet kereta mainan Dak iqy..huhuhuu..Terus aku buka bonet kereta mainan dia, taraaaaa...Misi berjayaa...Kat sini disoroknyaaa..Sabooo jela aku..




Boleh plak disoroknya beg duit aku kat dalam bonet kereta dia ni.Dah tu bila tanya, cakap taktauu..Heyyy sakit plak hati kite tauu ..Bertuahnyaa punyaa anak.Kau tau tak mak kau ni sikit lagi je nak meroyan tau, dok pikir mana nak cari seribu bayar denda ic hilang ni..Nak jual tanah, tanah dalam pasu je yang ada, tu pon jiran punya..hahahaha..Apa pun, aku bersyukurrr sangat beg duit aku tak hilang, hilang sekejapan je..Kalau dah namanya rezeki  , insyaAllah tetap rezeki kita jugak kan..Alhamdulillah..




4 comments:

  1. Anak saya dulu suka simpan kunci kereta, kunci rumah dlm tu...bila carik tak jumpa..tempat pertama kita org serbu kat kereta mainan dia tu lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheh..nsb baik kunci2 semua letak tmpat tinggi,yg dia susah nak capai..Beg duit ni pon kebetulan keluarkan dr handbag, dia nampak terus dia simpan..tapiii tu lahh, simpan tempat yang salah..hahaha..jenuh kite mencari satu rumah..

      Delete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)