Wednesday, August 2, 2017

Konon nak buat umpan, last2 mak bapak yang terkono..Haha!!


Grrrrr, menaip sambil ketap gigi sebab geram sangat dengan seketul budak bertuah sangat niiii..Dalam minggu ni je dah beberapa kali weoll terkono dengan dia.Asalnya kitorang nak umpan dia nak bawak pergi kedai gunting rambut.So kitorang rasuah lah dia dengan mainan.Dia ni mulut manissss sangat weyyy..Abah dia konon2 nak berkeras hati taknak belikan dia mainan selagi dia taknak gunting rambut kat kedai.Last2 kalah jugak dengan budak ni..ahahahahaha..Sudahlahh abah..


Situasi kat kedai mainan 

Dak Iqy : Abah, Iqy nak ni..Satuuuuu je..Tak mahal..

Abah : Kalau nak mainan, kena gunting rambut dulu baru abah beli.

Dak Iqy : Alaaaa, Iqy nak satu je..Pastu Iqy unting ambuttt..(hahahahaha, percubaan membongakkan abah dia)

Abah : Okey, pomissss tau, abah beli ni kite gi potong rambut ek kat kedai ada kereta tu..(percubaan membonggakkan si anak plak,hahahaha)

Dak Iqy : Okey abah!!! (seronokkkkk dapat mainan dan berjaya memperdayakan abah)



Situasi selepas beli mainan dan menuju ke kedai gunting rambut

Dak Iqy : Abah, kedai ambutt ada ironman tak?hulk ada tak?

Abah : macam2 ada, besttt..ada keretaa..Iqy jangan nangis tau gunting rambut nanti, kalau Iqy tak nangis abah beli mainan lagi.

Dak Iqy : Iqy tak nangis pon, Iqy dah besyarrr kannn..(poyooo giler kalau bercakap, ayat manisss je)



Sampai je kat kedai gunting rambut, kedai tutup break time  sekejapp..aduyaiiii...


Dak Iqy : Eh takde orang pun, tak payah lah potong rambut, kita balik je laa abah..Iqy nak makan aiskrim ..(dan2 ajak balik)

Abah : okey kite gi beli aiskrim dulu, nanti kita datang balik.


Lepas makan aiskrim, datang balik kedai tu tutup terus...siottt betul..Dak Iqy punya lah suka tapi buat2 cover, 

Dak Iqy : Abah, kedai tutup kan, kita datang esok ke? takde orang , orang dah balik..(spesis budak yang banyak cakappp)

Abah : haaah yelaa tutup, jom kita pergi kedai lain..

Dak Iqy : Tak nak lah, dah malam.Jom balik abahh (padahal dia bukan jenis yang semudah itu ajak balik kalau keluar yer, drama pukul tujuh sangat dia ni tau)



Singgah Tesco plak, pon kedai tutup..Dan dia berjaya dapat mainan lagi sebijik.Terkonooo lagi abah dia..Rambut tak potong lagi, dah dua kali kena beli mainan.Kau rasa..???



Esok tu datang Tesco lagi, dalam kereta beria2 dia nak potong rambut, nak buat rambut pacak macam "hey guys", hey guys ni budak yang fofular kat youtube tu, setiap kali video mula dia mesti sebut "Hey Guys", terus lekat nama dia Dak Iqy panggil..hahahahaha..Tapi sampai je kat depan kedai gunting, dia punya meraung taknak masuk gunting rambut.aku taktau lah nape takut sangat dia nak gunting rambut..Abah dia je potong rambut dia selama 3 tahun ni tauuu..Aku teringin jugak nak set up rambut dia kat kedai, tapi dia taknakkk..Grrrrr geramnya aku..


Terus masuk Tesco beli barang dapur, tengah beli2 dua beranak tu hilang lagi, hurm mesti sangkut kat tempat mainan ni, dannnn abah dia terkono buat kali ketiga sepanjang percubaan nak bawak dia pergi gunting rambut..Nampak takkk dari taknak beli mainan selagi tak gunting rambut, last2 rambut tak gunting, mainan je dah 3 kali repeat beli dalam masa 2 hari...Kau rasaaaa???Dan kesimpulannya, tiada sehelai rambut pon yang berjaya digunting dari kepala Dak Iqy..Sekiaannnn..Mak is gerammm rasa nak telan2 je budak ni..hahahahahah




Hari berikutnya, turn aku plak terkonoooo...Lepak kat umah nenek dia, ajak balik taknakk..Dia cakap kalau nak balik, nak mainan..Urmmm..Nak taknak bawak jugak pergi pasar malam, Dak Iqy memang minat mainan berbentuk karakter figure macam ni..Dia suka susun2, pastu kalau dia dah penat2 susun, then jatuh, kau bayangkanlah dia punya mengamuk camne..Kipas aku plak disalahkannya..Habis semua kipas ditutupnya..Urghhhh...




Nasib baik mainan kat pasar malam murah..Daripada kat Tesco..Phewwwww..Berpeluh setiap hari fikir nak beli mainan dia je..Ke memang salah aku laki bini yang dok manjakan dia dengan mainan ni.Urmmm nak sedapkan hati, takpelaahh anak baru sorang banggg..Tu jela seketull yang ada, sape lagi nak mintak mainan selain dia kan..Layann jelaa selagi dia masih memegang takhta "anak tunggal" ni..InsyaAllah rezeki untuk dia tu ada..Rezeki untuk beli mainan dia..hahahahaha..Sabooo jelaaa..






Layan video Dak Iqy dengan mainan terbarunyaaaa...Tapi percaya bukan yang terbaru..esok tu ada yang baru lagiii..hahahahaa..Lantaklah kau nakk..Asalkan kau bahagiaa..Aku ni memang suka membebel rumah sepah2 sebabkan mainan dia, tapi hakikatnya aku yang rajinnn sangat belii.Tu yang jadi banyakk tu..So bila rasa nak membebel masa rumah bersepah dengan mainan, sila salahkan diri sendiri yer Noryy..hahahaha







2 comments:

  1. Replies
    1. Tu separuhhh je...ada 18 keturunan lagi kat dlm playroom dia..hahahaha

      Delete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)