Monday, September 18, 2017

Update terkini

Ekceli hakak banyak cerita nak share kat blog, tapi bila takde feel nak  start mukadimah, tu yang buat blog sunyi sepi tanpa khabar berita tu.Banyak perkara yang dilalui sepanjang aku berdiam diri ni.Macam2 dugaan..Tapi alhamdulillah, bila kita redha dengan setiap ujianNya, Allah sentiasa bersama kita, bantu kita tunjukkan jalan..Syukurrr..Takmau berkongsi pasal kesusahan diri, yuppp bukan sejenis yg suka meluah pasal kesusahan diri, sebab aku tahu tak semua orang akan faham dan semua orang akan buat spekulasi sendiri .Dan aku selalu motivated diri sendiri, kau rasa kau susah, tapi ada orang lagi susah dari kau Nory...Ingatt lah wahai Noryy..gituuu..So dalam susah2 aku, aku masih boleh berlagak takde pape, boleh senyum huha huha sana sini..Aku cuba untuk kuat..Yer Nory seorang yang kuat...Muhasabah diri..

Sekarang ni dah ok sikit dah, dah boleh tarik nafas lega sikit..Walaupon tak berapa nak lega lagi..Eh takpee, aku tetap bersyukur..Syukur dikurniakan suami yang banyak mengajar aku erti kesabaran, erti redha, dan erti tenang menghadapi masalah..Seorang Nory ni adalah seorang yang cepat stress dan menggelabah babun bila ada masalah..Tapi macam yg aku cakap, suami banyak mendorong aku, banyak ajar aku cara  bersabar, cara kawal emosi dengan aku sampai lah aku dah jadi seperti sekarang, seorang Nory yang lembut hatinya.cewahhh..Tenang macam suami..Aku sebenarnya kagum dengan perwatakan Abi yang setenang ini.Tak macam aku yang suka sangat ikut perasaan bila ditimpa masalah, pastu mulalah cakap yg bukan2, haishhhh...Perempuannn kan, biasalah tu..hahaha..

Ok2 update terbaru dari aku, Jumaat aritu balik kerja terus rushing balik kg, sebab mak mertua tak sihat.Mulanya Abi call cakap nak balik kampong sorang2 naik motor lepas balik kerja.Tapi masa call tu, suara Abi tersekat2 dan teresak2, Abi seorang yang mudah menangis kalau hal2 melibatkan orang tersayang ni..So tetiba aku jadi berat hati nak lepas dia balik kg sorang2..Risau dia lost control bawak motor dalam keadaan hati dia tak tenteram dan risau atleast kalau aku ada, aku boleh redakan kekusutan dia, aku kan badut sarkas kepala dongga ..hahahaha..Lagipun aku nak jugak jenguk keadaan mertua aku., tak sedap plak hati kalau tak ikut sekali kan..Aku cakap aku nak ikut, Abi kata okeylah dia balik rumah dulu amik aku n Iqy.Aku mintak balik keje awal sikit sebab nak kemas beg, dah kemas2 terus shoot balik kampung tapi singgah Batang Kali jap, jemput abg ipar sekali..

Sampai kampung pukul 10 lebih kot camtu..Nampak mak dah boleh bangun berjalan dari dapur..Legaaa sikit tengok mak dah boleh jalan..Sebab sebelum tu dah 3 hari adik ipar cakap, mak baring je makan pon sikit je..Mak ngadu pinggang dia sakit effect batu karang.Dulu pernah buang sekali, pastu lama dah tak sakit, sekarang ni datang balik sakit tu..Esok tu Abi dan abang2 nya bawak mak berubat cara kampung kat Malim Nawar..Cuba ikhtiar mana yang patut..Sebab nak harap ubat hospital, macam tak de pape perubahan pon.Kalau boleh taknak mak operate sebab faktor usia mak sekarang.Thats why adik beradik Abi cuba ikhtiar cara lain, dengan harapan mak kembali sihat.

Pengajaran yang aku dapat dalam situasi ni, walau susah macam mana pon kite, bila kita berbakti pada orang tua, rezeki tu datang tanpa kita duga.MasyaAllah...Dalam kitorang sesak2 tengah bulan ni, kitorang redah je, dengan duit minyak tol yang cukup2 pada mulanya, dalam hati, asalkan dapat balik jenguk mak jadiklah, nak balik nanti pepandailah kami ..Tapi kuasa Allah tu kan, dalam pada tu rezeki datang dari Hamba Allah ni, nama dirahsiakan..(hihi)..Ya Allah besarnya rahmatmu..Lepas lah kitorang balik kampong, dan buat belanja bawak mak pergi berubat..Terima kasih Ya Allah dan hamba Allah tersebut..Tuhan je mampu balas semua kebaikan2 tu..Allahuuu sebakkk~~~~~

Sungguh...!!! Banyak yang aku belajar dari suami.Suami banyak sedarkan aku, pentingnya jaga hubungan dengan ibu bapa..terngiang2 sentiasa kat telinga ni pesan Abi..Selagi masih ada ibu bapa, berbakti lah kat dorang sebaik mungkin.Jaga hati dorang baik2..Aku terus persoalkan diri "cukup kah bakti aku pada orang tua aku???"...urmmmm...Semoga aku dapat bahagiakan mereka sebelum aku atau mereka menutup mata..aminnn....InsyaAllah


4 comments:

  1. Betol tu. Kita selalu risau takut xcukup tu xcukup ni tp tahu2 dah cukup sebulan semuanya cukup
    Allah maha mengetahui ..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah. Selain dari berbakti kepada ibu bapa, cuba banyakkan sedekah. InsyaAllah, rezeki akan datang bergolek-golek. Mungkin bukan dalam bentuk wang ringgit tapi dalam bentuk anak-anak yang soleh, kereta tak pernah buat hal, tayar motor tak pernah pancit dan sebagainya.

    ReplyDelete
  3. Hai Nory, mila doakan semoga nory dan zul sentiasa dimurahkan rezeki, jodoh kita rahsia Allah memg dah ditetapkan nory dgn zul jodoh bersama sbb zul tenang nory clumsy, Nory kena igt pada ayat ni, takkan kita miskin kerana berbakti pada ibu bapa.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Semoga rezeki kita terua melimpah ruah.

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)