Friday, November 10, 2017

First Time ke Pusat Sains Negara


First time beb aku menjejakkan kaki aku ke Pusat Sains Negara ni, masa zaman sekolah dulu teringin sangat nak pergi, pernah sekolah buat trip pergi sini tapi masa tu mak aku tak bagi pergi..Maklumlah iolss kan anak bongsu masa tu, parent risau takut aku hilang ke hape nanti.Tapi mak abah aku pon lupa kot nak bawak aku pergi sini, lagipon masa aku kecik dulu, kitorang takde kereta susah nak kesana kemari,..

Pusat Sains Negara sekarang tengah offer sampai hujung tahun ni (sepanjang cuti sekolah), masuk adalah percuma.Aku pergi pon kebetulan along aku nak bawak anak2 dia, so aku pon follow sekali, sebab masa tu Abi kerja, aku naik sekereta jela dengan along aku.Kitorang pergi 2 minggu lepas, ramaiiiinya orang, biasalah benda tengah free kan, kalau taknak bersesak2 pergi time weekdays, takdelah sesak sangat..Mujur jalan dalam tempat beraircond, takdelah peluh2 ketiak..Tapi penat jugaklah sebab banyak bediri kan.

Nak cari parking pun punyalah hazabedah, last2 along drop kitorang semua kat depan pintu masuk, dan dia pergi cari parking, ingatkan dekat, punyalah jauh giler dia parking kat atas bukit sana..huhuhu..Baik parking kat rumah, pastu jalan kaki..okey tak kelakar..


Tempat pertama yang kitorang singgah sementara tunggu along cari parking..Dak Iqy teruja jumpa dinasour ni, dia berangan jadi ultraman, aku perhati je, nak tergelak pon ada, bila perasan aku ushar dia, terus malu2..hahahahah...Suka berangan macam mama dia jugak..Takpelahhh nak berangn tu free je, tak kena bayar pon...Berangan lah kauuu..










Dah setel tangkap gambar kat sini, kitorang pon bergerak masuk ke pusat sains negara, jauh sikitlah nak berjalan ke dalam tu, sebelum sampai entrance Pusat Sains Negara, akan lalu Taman Rama-Rama dulu, tapi kitorang tak singgah pun, waterpark pun ada kat sini rupanya, aku baru tahu, kalau tahu boleh bawak baju mandi, dah 2 ketul ni dok berzikir nak mandi kolam ..Lain kali lah jawabnya..

Kat pintu masuk je, mula akan jumpa hidupan air, dah macam aquaria pon ada cuma kecil sikit , tapi tetap ada ikan-ikan besar macam kat aquaria tu, berbaloiii lah kalau kau rasa nak pergi aquaria, takat nak tengok2 ikan, kau datang sini jela, dah tentu freee...hehehehe...Tapi tak sempat tangkap gambar, video je ada, mana nak pegang tangan anak lagi, nak pegang kamera lagi, dah lah Abi takde..Aku risau betul kalau terlepas tangan Dak iqy, sekejap je dah menggagau aku cari..Risauuu aih, alih2 dia kat belakang aku je...Haishhhh...

Menangis nak naik gelongsor tinggi, sikit lagiii mak ko nak jadi Hulk masa ni..-urut dada-




Sampai plak kat bahagian Kids World, bebudak ni dah terkinja2 nak main..Kasik can dorang main puas2 dulu, haus giler tekak aku masa ni, dah lah tak bawak air, nak beli air kena keluar balik, malas plak..Nasib baik Kak Ipar bawak bekal air..huhuh







Bakal-bakal ahli sains sedang beraksi, semua benda nak diusiknya..Dia belum tahu pape lagi, nak terang pun dorang bukan faham apa lagi, biarlah dorang berimaginasi sendiri..Kotlah sel-sel otak boleh berhubung kannn...heeeee



Boleh jumpa "pak sedara" dia kat sini...Hulk kaler merah plak dia..ooo yelaa, sebab mama dah bertukar kaler hijau, so Hulk pilih kaler merah plak lah..hahhhaha




Mencabar betul nak tangkap gambar kat sini, nak tunggu orang betul2 clear memang susah lah..Pose pon ntah pape ntah Dak Iqy ni haaa...



Tak sangka berani plak mamat ni bergambar kat situ...Tengah berani tu layankan ajeee.....


Memasing dah penat, nampak kerusi memasing keletihan..Tetiba staff PSN datang nak buat eksperimen robot..Rezeki Dak Iqy & Dicha lah sebab kebetulan duduk kat meja dorang buat eksperimen tu, tu yang Dak Iqy duduk depan2 tu...Dicha maluuu dah blah dulu lari kat ibu dia..Dak Iqy apsal ntah dah hilang malu plak dia sekarang, confident level dia tinggi sejak dua menjak ni..Aku biar kan jela, sebab nampak dia berminat kan, kemain duduk depan lagi..




Masa ni belum giliran Iqy lagi, lepas tu kakak tu offer dia nak buat tak eksperimen tu, dia nak weyyy...Aku ingat dia taknakk...Wahhh kemainn mentang kakak yang ajak, terus hilang malu kau yer..Staff tu tanya umur berapa, dia jawab tiga tahun tapi jari tunjuk dua..hahahha..Pastu semua dok haaa haaaa...betul ke 3 tahun??? Tengok badan macam dah sekolah je budak ni, tapi umur kecikk lagi...hahahha...



Bersungguh-sungguh dia tengok eksperimen tu sampai habis..Sementara melayan Dak Iqy tengok eksperimen ni, along dan 2 anak buah aku tu pergi masuk bahagian bilik gelap tu, lupa lah nama dia, yang tu je masuk kena bayar, tak silap aku RM 5 seorang..

Masa nak balik, kitorang melepak kat depan pintu masuk sambil makan aiskrim..Haussnyaa tuhan je tahu..Dah lah jual aiskrim je, air dah habis...huhuhu..Bertabahlahhh tunggu sampai rumah baru minum...hahaha..Dak Iqy dah bising mintak air lychee..Mana nak cekaunya air lychee kat situ...Adoiii...saboo jelah akuu..







2 comments:

  1. Mcm best je nory..nnt nk bawak aisyah g sini la..

    ReplyDelete
  2. Salam singgah dan follow sini :)

    btw jom join GA saya

    http://www.akuseorangtraveler.com/2017/11/give-away-hadiah-misteri-dari-astraveler.html

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)