Tuesday, November 7, 2017

Our weekend house

Kemain lagi "weekend house", rumah sendiri pon tak mampu nak beli lagi, ada hati nak ada house weekend macam Dato Aliff Syukri tu..Mimpi lah kau Nory.Weekend House yang aku maksudkan ni adalah rumah sepupu aku yang baru kahwin haritu.Asal weekend je, mesti kat sini jela tempat melepak kitorang.Wife sepupu aku tu lah, rajin betul dia jemput orang setiap minggu, tak datang siap ugut2 lagi..Hahahah hadoii..Mujur dapat yang sekepala macam ni kan, dah rasa rapat sangat dah dengan dorang ni.Macam adik beradik plak.





Rumah sepupu ni dekat je dengan rumah aku, walaupon rumah apartment tapi rumah dia tingkat bawah sekali, pastu yg syoknya, depan rumah dorang tu ada kawasan lapang, boleh lah lepak main takraw ke main badminton kat situ.Dak Iqy & Dicha pon seronok lah tiap kali datang sini paklong dia bukak kolam, haa berendam lah korang berdua sampai kecut.Kat dapur plak, memasing sibuk sorang masak tu sorang masak ni..Berlaga2 punggung kat dapur comel tu haa...hahahaha..Dah setel masak, kitorang plak main badminton, berpeluh2 kauu..Harap kurus dengan cepat lah hendaknya..hahahaha harapan..



Semalam Dak Yaya ( wife sepupu), masak spaghetti bolognese, perghhh sedapp gak.Aku datang bawak keropok goreng je..Buat kudap2, tolong goreng nugget dan fries..Kenyang kitorang makan malam tu..Dah kenyang landing berjemaah depan tv layan Gegar Vaganza..Sebelum start Gegar Vaganza kitorang sempat karokk dulu 4, 5 ketul buah lagu..Berjasa okey micropon ai tu..Tak payah buang duit pergi tempat karoke..hahahahhaha..


No comments:

Post a Comment

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)