Friday, November 3, 2017

Tetiba muncul


Hallluuuu im back..takde lah lama sangat tinggalkan blog, tapi serious rindu giler nak rajin update macam zaman dulu2..Sampai tahap beli gula-gula 20sen kat kedai kaka pon nak buat entry..Sape nak kisah kannn? Sekarang ni bukan tak rajin, cuma kena ikut mood,tetiba sampai mood rajin, hahhh berderet hari2 ada entry baru.Tiba takde mood, lama menyepi.Tapi aku terharu sangat pada yang selalu PM kat FB mahupon kat IG yang selalu ingatkan aku untuk selalu update blog.Time kasih korang..Atleast aku tahu, aku tak menulis secara syok sendiri, macehhh korang sudi baca cerita aku yang kadang banyak merapu dari merepek.Eh bukan sama je ke...hahaha...


Tak lama lagi besday aku..Selamat tinggal zaman 2 series..Nak masuk 3 series dah weyy..Nape aku rasa macam baru je habis sekolah ek, tau2 je dah nak masuk 30 tahun..Tahun 2017 pon dah nak melabuhkan tirainya.Dah siap sedia azam tahun depan?Aku macam biasa azam recycle je..Tahun depan teringin nak travel naik kapal terbang laaa..Dak Iqy dah banyak kali cakap nak naik kapal terbang..Tak sampai hati plak aku..hahahahaha...(anak jadi mangsa).Tahun ni punya azam hurm banyak yg pending..Konon berazam nak khatam quran tahun ni..Tapi since awal tahun sampai laaa ni, baru juzuk 8 je weyyy...Iman aku masih rapuh lagi..Banyak perlu baiki lagi ni..hukhukhukhukk..Harap sangat boleh habiskan sebelum tahun baru nanti..Boleh renew azam baru plak.Kalau boleh tiap2 tahun nak khatam quran sekali..Ada orang sebulan sekali khatam kan, aku nak khatam setahun sekali pon payah (alasan je banyak dia ni)..Jeles aku..Aku banyak main lagi ni..Nak kena sebat agaknya ...Biasa dia niii..

Cerita bab kerjaya, ceh kerjaya lah sangat..Dah lama kan tak dengar aku meroyan pasal kerja, haaa tu maknanya aku dah mula belajar erti redha, dengan erti kata lain, aku dah 'move on' gituuuew..Malaslah nak fikir sangat, kalau fikir sangat benda tu jadi makin serabut, watlek watpis je, its gonna be okey bebeh..Perghhh tetiba dah pandai speaking london dia nih tauu..hahaha..Aku masih bekerja kat opis sebelum ni, kes gaji lambat tu aku dah boleh hadam dah..Tak sangka jugak aku boleh bertahan kerja situ sampai setahun lebih, padahal masa dapat kerja situ, aku rasa nak keje kejap je, 2, 3 bulan camtu nak cawww cari keje lain, tapi bila fikir2 balik, malas plak nak cari kerja baru, nak sesuaikan diri lagi, ermmm malas sebenarnya..Lagipon kerja sini ok dah, cuma problem gaji lembab je, problem lain tu still under control lagi.Ada masa rasa nak telan2 je boss aku tu, ada masa kang rasa happy plak..Eh ntahlahh perasaan ni..Dan paling penting kerja sini dekat sangat dengan rumah.Tak perlu nak hadap jammed.Waktu kerja pon tak tight sangat.Masuk pukul 8.30 tapi hari2 aku tibai masuk 8.45 - 9.00, kadang boss sampai dulu dari aku..hahahahahaha...Tu jelaaa antara faktor yang buat aku masih kekal kerja kat sini.Mak aku cakap, aku kerja main2 je kat sini..hahahha..Rasa malas keje, cuti..Rasa rajin pergi..hahaha.

Haaa pasal lady boss aku yang baru start masuk opis awal tahun aritu..Awalnya aku rasa tak selesa dengan dia.Tak dinafikan dia memang cerewet tapiiii ada terselit juga nilai murni dalam diri dia tu tauu sebenarnya..hahahaha..Suka dengar masalah orang.Pastu jenis yang cepat simpati.Haritu masa Dak Iqy masuk wad, dia tak dapat melawat kat hospital sebab bercuti kat oversea, masa kat opis dia hulur duit kat aku.Dia cakap dia saje nak bagi atas dasar sumbangan peribadi.Perghhhh terharu plak aku rasa.Boss aku plak, nak kata okey sangat pon tak jugak, tiba hangin kuss2 dia sampai, aku rasa nak lempang2 je, tapi tulaaa dia cepat sejuk, bila dah marah tu, jap lagi dia berlembut balik, tetiba buat lawak hambar.Pon aku sakit hati gak kadang2, eh tadi ko marah2 aku, tetiba ko nak buat lawak plak, ko ingat kelakar?..Aku pon gelak hambar jelaaa...urmmm...Satu je aku set kat kepala otak aku, boss tetap boss, dia je yang betul..So kena amalkan konsep "kau redha jelaaa"...walau hati kau sakit giler ..tapi sekarang hati aku dah kering dah..kena marah buat bodoh je..Kalau tempat kerja lama, aku kememeh sikit mudah sangat menangis..Kat sini aku dah kuat sikit lah..Faktor usia maybe..hahahaha


Ok lahhh nanti sembang lagi...

No comments:

Post a Comment

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)