Saturday, December 2, 2017

Booking tadika Dak Iqy untuk tahun depan

Cepat betul masa berlalu, aku ingat lagi masa Dak Iqy baru lahir aku dah siap2 fikir dah camne lah Dak Iqy sekolah nanti, tak sabar nak ready kan kelengkapan sekolah dia, excitednya sama macam aku prepare kelengkapan untuk bersalin.Teruja beb..Aku yakin semua mak2 pon sama macam aku kan , teruja bila anak nak masuk sekolah.Cuma anak aku tu je tak berapa happy nak pergi sekolah.Budak lain semua tak sabar2 nak pergi sekolah, dia cakap taknak takut cikgu besar marah..Pengaruh citer Upin Ipin lah ni..hahahhah..Aku cakap lah , cikgu Iqy baik lah macam cikgu Jasmin, bukan cikgu besar..Kalau Iqy baik, cikgu takdelah marah. 

Aku buat keputusan nak masukkan Iqy sekolah (playschool) pon last minit.Mulanya rasa macam terlalu awal lagi nak hantar dia pergi sekolah, tapi tetiba rasa macam "why not" hantar dia bagi dia pengalaman baru, bermain sambil belajar, jumpa kawan2 (dia kan anak tunggal, huhuhuh).Lagipon dia suka berkawan, cepat mesra, kadang2 terlebih ramah pon yer jugakk..Asal nampak budak sebaya2 dia yang dia tak kenal, selamba je tegur, "haii kawan, saya Iqy, jom main nakk?" ..hahahahha..Dan paling penting dia dah bebas diapers 100% sejak awal tahun haritu lagi..Gud job anak mama abah!!!
Aku ambil masa seminggu jugak survey2 tadika yang sesuai.Aku taklah memilih sangat, sebab untuk 4 tahun je kan, memang aku nak bagi dia pergi sekolah untuk bermain pon, tapi nak yang selit sekali pembelajaran lah sikit2.Sebab Dak Iqy ni dalam noty2 dan manja gedik2 dia tu, ada kelebihan dia jugak, dia budak yang cepat belajar.

Aku nak cari tadika yang paaaling murah yuran dia, sebab playschool je kann..Biarlah yang mesra poket aku, hahahah..Bagi aku semua sekolah sama je, ikut pada anak2 kite sndiri sama ada cepat dapat atau tak.Semoga dipermudahkanlah segala urusan.aminnn..

First sekali, aku aim Tadika Kemas kat area rumah mak aku, tu jela satu2nya Tadika Kemas yang paling dekat.Yang lain kebanyakannya swasta, yuran dah tentu mahal, cecah ribu woiii..Mak tak mampuu nak..Tapi sayangnya tadika tu tak ambik pelajar umur 4 tahun sebab katanya tahun 2018 ni pelajar 5 dan 6 tahun terlalu ramai, so dia terpaksa batalkan pengambilan pelajar 4 tahun.

Aku survey2 lagi tadika yang berdekatan area rumah aku plak , macam2 tadika ada , nak dengan taknak je , aku masih mencari yang mesra poket aku..haahhahaha..Bukan kedekutt, cuma kite kena ukur kemampuan diri kite.Dan diakhir pencarian aku, aku terjumpalah satu tadika ni.

Tadika Seri Kiambang, mula sekali aku tertarik dengan uniform dia, cute sangat design dia.Kaler hitam kuning..Aku dah bayang dah kalau Dak Iqy pakai mesti hensem ni..Ehhh..hahahaha..Terus whatsapp penyelia tadika Puan Nazreen, tanya ada kosong lagi tak untuk pelajar 4 tahun, katanya tinggal 2 je lagi kekosongan, sebab dia tak ambil ramai untuk 4 tahun ni dalam 11 orang je..Ok lah kann..Cepat2 booking sebab takut penuh..Dan yang bestnya yuran adalah yang paling rendah berbanding hasil survey aku sebelum ni.Next entry aku bentangkan total yuran yang perlu dibayar untuk permulaan.

Haritu aku pergi isi borang booking je, tadika ni dekat je dengan rumah aku, so aku boleh hantar dan ambil Dak Iqy setiap hari.Tadika ni ada beberapa cawangan lagi sekitar Taman Putra Perdana ni, setiap cawangan dibahagi untuk nursery, tadika dan transit.Kalau kata nak tadika dan taska sekali pon boleh.Baby seawal usia 2 bulan pon dorang ambil.Macam aku takde baby lagi, yang ada baby tua je tu pon dah tadika dah tahun depan..Huhuhuuuu...Tak caya mama anak mama dah besar..

Dak Iqy ambil tadika sahaja, balik dari tadika hantar rumah pengasuh plak.Aku taknak dia bosan plak dari pagi tadika tempat yang sama je kann..Nak bagi dia hint2 suasana persekolahan tu je..So biar dia setengah hari je kat tadika tu..hehehhehe..

Nervous plak anak dah nak start sekolah.Aku memang excited nak sediakan kelengkapan dia.Anak to'ang2 lah katakann..Mak dia garang macam singa, tapi hati baik mcm Cinderella tau..hahahahhah..Dah siap list nak beli beg, kasut, botol air, alat tulis..Haishhhh mak kau plak yang lebih2..


2 comments:

  1. mesti rasa kejap je kan anak dah nak bersekolah dah walaupun baru nak ke tadika

    ReplyDelete
  2. wah..dah nak sekolah dak iqy..:)

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)