Thursday, July 19, 2018

Hari sukan Tadika Seri Kiambang 2018



Alang2 tengah free ni, nak update sikit lah buat kenang-kenangan, first time  join hari sukan tadika anak.Opkos lah teruja , excited segala..Mama siap beli kasut sukan baru okeyy...Semangat lain machiam, macam mak dia ni plak yang nak bersukan, hahaha..Bukan apa, teacher iqy yang pesan, kalau boleh parent yang datang pakai pakaian sukan, sebab ada acara khas untuk ibu dan bapa juga.3 acara jugaklah aku join..hahaha..Ikutkan nak join keenam2 acara untuk ibu bapa tu, tapi macam aku sorang je yang beria2,, segan plak.. Berbulu plak orang nengok asyik muka mak dia ni je yang masuk acara..hahahah..Yang bestnya kalah ke mennag tetap dapat hadiah..Bukan anak je dapat tau, parents pon dapat..Seronok kannn..
Dak Iqy plak, memang excited lah kemain beria suruh aku datang tengok dia bersukan. Abah Iqy sepatutnya kerja hari tu, sanggup amik cuti last minit. Excited jugak nak tengok anak bersukan. Dah lah sepanjang latihan minggu sebelum2 tu, asal balik sekolah je, sibuk buat latihan kat rumah jugak, senamrobik lagu Panama Dance..Kemain lagi dok hafal step..


Tq dicha datang bagi support...siap "bakar" line suruh Dicha sekolah kat sekolah dia..Dia kata sekolah dia besttt....hahaha..

Bukan aku dengan Abi je yang excited, mak aku ngan along aku satu family pon datang bagi support kat Dak Iqy..Rasanya Dak Iqy sorang je yang datang bawak kaum kerabat,yang lain bawak parent je, kihkihkihkihhhh...Meriahhh betul..Lokasi hari sukan diadakan di padang tepi sekolah je, start pukul 8 pagi. Sampai2 je Dak Iqy terus bersiap untuk perbarisan lintas hormat.. Dak Iqy mewakili rumah biru , sama macam mama masa zaman sekolah dulu..
Acara bermula dengan ucapan perasmian dan bacaan doa, lepas tu acara perbarisan beramai2 campur sekali dengan pelajar 4 tahun , 5 tahun dan 6 tahun..Alaaaa comeyy2 je semua dok berkawad, terus teringat lagu Didi & Friends tu, semut berkawad satu2 horaaa horeyy..muahahhaa..Lepas perbarisan, acara senamrobik lagu panama dance, aduiiii lagi kelakar, macam2 gaya, budak 4 tahun step berterabur pon tetap nampak comey dan mencuit hati..heheheh..

turn Dak iqy.. masa ni dia dapat tamatkan game dulu, dan biru pun juara...yeayyyyy!!!!


saat2 mama hampir kalah...dan finally kalah jugak...hahahahahambar..

game Bapak vs anak... game ni, awek Iqy yang menang, Aleesya..hahaha

Setiap pelajar 4, 5, dan 6 tahun join 3 acara sukan pada hari tu..Maksudnya 3 round lah mengikut rumah sukan masing. Baju biru (4tahun), Baju kuning (5 tahun), Baju hitam (6 tahun), kaler rumah sukan mengkiut kain yang dilekat pada baju masing2...haaaa jangan keliruu..hehehe
Selesai acara sukan pelajar2 tadika, giliran mak apak plak bersukan..hahhaha..Seronok kau ehh.. Ada 6 acara kalau tak silap..tapi aku join 3 acara je, "kerusi bermuzik" (mama dan teacher) , "tisu mumia" (Iqy & abah) , "belon beracun" ( mama dan abah), takde satu pon yang aku menang..Tapi semua acara dapat hadiah..yeayyy...Mak plak excited nokkk...!!!hahhaha..Atlest Dak iqy dah menebus kekalahan mama..ahhahaa..Kak ipar yang datang bagi support menang cabutan bertuah..Nombor aku pon bertuah masa hari tu.. berapa banyak hadiah arrr bawak balik..Dah lah datang naik motor, jenuh nak hangkut hadiah bawak balik..


happy dapat hadiah...muka bangga giler masa tu..hehehe

Juara keseluruhan ...Tahniah rumah biruuuuu..

Acara penyampaian hadiah..Dak Iqy berjaya merangkul 3 biji medal, 2 emas 1 perak.. Bolehlah start kumpul medal, harap dimasa hadapan, terus aktif dalam sukan lagi yer.. Kalau boleh sukan dan akademik biar seimbang lagi baguss...amiiinnn..Mama dulu pon aktif sukan time sekolah rendah, tapi zaman dulu, kalau menang dapat tupperware tak dapat lah nak buat kenangan..hukhukhuk..Masuk je sekolah menengah, langsung tak aktif sukan, konon takmo kena panas, takut hitam..hahahaha..Tapi join kawad, hitam jugak citer dia..hahaha..Time form 6 baru berani tunjuk bakat menyanyi, sebab masa tu dah jadi senior kan, takde lah malu sangat, masa tu muka aku jelaa kat atas pentas tiap kali acara kat sekolah. Feeling retiss lah time tu, cikgu pon gelar "Siti nohalijaaa sekolah" ..hahahaha..



Ok dah bolot banyak hadiah....Jom balikkkkk!!!!! Lama tak mem"blog", kekok plak kite rasa, doakan aku terus rajin berblog, sebab banyak cerita nak share kat sini, buat kenangann diri sendiri jugak sebenarnya, tak harap orang baca pun, tapi yang rajin baca tu, aku hargai sangat2 sebab sudi baca blog aku yang makin hari makin sendu ni tau...sayang korang...muah ciked...byeee

No comments:

Post a Comment

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)