Friday, October 19, 2018

Setahun peram



Ini betul2 tau, bukan cobaan.. Hasil peraman hampir setahun.. Bukan sebab terlupa ke apa, tapi spesis sayang nya duit nak pegi renew...kahkahkahkahkahh...Teruk betul perangai minah sorang nii..Dan aku rasa ni baru kali ke berapa je aku pergi renew sendiri lesen aku, kalau tak tu Abi je yang tolong renew kan..Since dia dah berhijrah ke tempat kerja baru ni, takde masa terluang lagi lah nak lari2 pergi pejabat pos..Aku lagiiii lah pemalas ya rabbiii nak pergi pos laju..Tu pasal lah dok peram benda expired sampai setahun.Selamba je drive pergi kerja hari2, macam takde perasaan je..Kalau time bawak mak aku, tetiba terserempak road block, mak aku mesti cakap, 

"Dik, kau takde rasa takut ke, rasa bersalah ke seram sejuk keee lesen dah mati?"

hahahahha...Aku mampu gelak jelaaaa..Setakat ni, tiap kali road block, polis belum pernah mintak lesen lagi lah, dia check road tax je, ok lepasss...Dan aku sempat belanja abam polis senyuman yang paaaalllling manis sekali..Sampai dia lupa nak mintak lesen aku yang dah setahun mampus tu..hahahaha...

Ni pon kebetulan bawak mak aku pergi pejabat pos, kebetulan pulak orang tak ramai, terus alang2 renew sekali,nak tunggu aku sendiri saja suka nak pergi pejabat pos memang idoklaaa kan, sampai 2, 3 kali adik kaunter tu tanya, baru nak renew ke? lupa ke camne? aku sengih jelaaa...hehehehe...Aku renew 2 tahun, burn setahun, so tinggal lah setahun..Kena bayar Rm62.00 sahaja..Lesen dah hidup, harini roadtax pulak kojol...Haishhh sabo jela hakuuu... Tapi roadtax ni kena renew cepat2 takleh peram lam2 macam lesen...Bahaya...Takut tak sempat senyum kat abam polis, abam polis dah senyum lebar dulu sambil hulur "surat cinta"...tak memasal je kang...


1 comment:

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)