Thursday, July 4, 2013

Percutian ke Krabi Island - Part 3 (Emerald Pool)



*sambungan dari entry sebelum ni Percutian ke Krabi - Part 2 (Elephant Trekking)

Time ni masing-masing tak larat nak melompat kecuali aku n eida je.Sebab tengahhh lapar weyy..Aku pon lapar teruk time tu...hukhukhukhuk
We all berlima Mila, Yaya, Sheila, Eida dan aku.

Lepas je sessi beramas mesra dengan gajah dalam entry sebelum ni, kitorang ( Aku, Mila, Eida, Yaya dan Sheila) gerak ke destinasi kedua plak, destinasi kali ni termasuk dalam pakej sekali.Ingatkan dekat je perjalanan dari Elephant Trekking ke Emerald Pool, rupanya jauhh giler, sempat jugak tido dalam van, tu pon tido2 ayam je.Pejam celik pejam celik, tak sampai-sampai jugak, tak lama pastu baru lah nampak Emerald Pool ni.Emerald Pool ni tempat mandi-mandi macam mandi kat kolam renang je, tapi air dia cantik kaler hijau.Tapi jangan terpedaya dengan kecantikan luaran je, time menyelam baru taw yang air dia tu kotor giler, berkeladak.Tapi tak taw plak kan, mungkin nasib kitorang yang tak baik kebetulan datang time air berkeladak.Tapi memang frust jugak lah, sebab mula2 teruja je tengok air kaler hijau, sekali masuk ,haishhh spoill terus, nak tangkap gambar pon tak nampak muka..heheheh..

berjalan kaki dari pintu masuk ke Emerald Pool, jauhhh beb jauhhh...sob..sob...sob..
gambar atas kanan tu, air sungai tu jernih sangattt...terujaaaanya tengok...subhanALLAH.
Di Emerald Pool
Aktiviti kat sini, hanyalah berendam dan mandi manda saje, takde aktiviti apa pon selain tu, kalau datang berdua je, mesti bosan jugak, nasib baik datang bawak geng, tempat tak best pon jadik best..hikhikhikhik..
Amboiii kemain Eida dengan air kelapakkk nyer..
Jumpa kucing lagiii, rinduuu Laura...sobb...sob..sobb..
Masa baru sampai tu, turun je dari van, masing2 dah kelaparan.Driver van yang bawak kitorang tu bagi masa 2 jam kalau tak silap untuk habiskan masa kat Emerald Pool ni, dari pintu masuk nak ke kolam Emerald Pool tu ingatkan dekat, rupanya jauh ke dalam, heyy penat jugak jalan kaki dengan perut kosong nya.huhu..

Nampak tak kaler air dia, memang jernih dari permukaan, tapi cer selam tengok,, ayoyoyyo manyak keladakk okay..Tapi air yang kat tepi-tepi tu sumpah jernih , itu aku tak nafikan lah..Maybe kolam ni dah ramai sangat orang mandi tu yang dah keladak kot..



Buat aksi ala-ala Pandalela Rinong, yang terseksa Abi kat bawah nun, nasiblah dapat binik berat macam gajah kan...hahaha


Ada pon sekeping gambar dalam air, tenkiuuu Eida.Tanpa kamera dia , takdelah gambar we all berjimba dalam air ni..Kamera aku harap besarrr je boleh harap, tapi macam kambing, takleh kena air..Abiiii, nak kamera GO Proo satu!!! (kompom pengsan laki aku.hehe )


Lunch kami yang hurmmm..Ibarat gajah makan semut je, tak hilang lapar pon..huhuhu..Tapi okaylah dari takde kan...
Dah puas berendam, kitorang pon gerak ke van, sementara tunggu lunch, nasib baik ada gerai-gerai jual makanan kat luar pintu masuk tu, masing-masing beli makanan untuk alas perut, driver van kitorang tu tak faham cakap English, cakap melayu apatah lagi kan.hahaha..Tu yang leceh nak mintak lunch tu, last2 sebelum nak naik van , baru lah terhegeh-hegeh bagi makanan untuk kitorang.Lunch ni memang termasuk sekali dalam pakej, tapi yang siottt nya, dia punya bekas polisterin punyalah besar, masing2 dah dok bayang makanan yang banyak dan penuh satu polisterin tu, maklumlah masing-masing tengah lapar, sekali buka alahaiiii se"coit" je nasi nya..hahahah..lawakk betui lah..Dalam semua aktiviti yang beserta dengan lunch sekali, lunch untuk pakej ni lah yang paling tak berapa nak sedap sangat..Yang lain semua sedappp...Tapi tengah lapar kan, bedall aje..Jangan nak banyak bunyik plak kan..hohoho


Minah ni kalau tak jakun memang tak sah, tiap kali nampak sign board je nak bergambar.Jakun sangat tengok tulisan Thai tu, macamlah paham apa dia tulis..huhuh..


Abi pon sama jakun macam binik dia..hehe


Macam-macam ada kat Emerald Pool ni , tapi disebabkan kesuntukan masa and penat berjalan, kitorang hanya habiskan masa di Emerald Pool aje memandangkan perut pon dah berbunyi kruk krikkk krukk..huhuhu


Sempat jugak pose ala-ala manja, kata honeymooon kan...hikhikhik



Mentang-mentang baru lepas naik gajah, tahap kejakunan terhadap gajah tetap ada..Aummm...Eh acaner bunyi gajahh??Uikkkkksss...heheheehh



Video dirakam semasa berjalan kaki menuju ke Emerald Pool..Chillll babe!!


-----------------------------------------------------------------
Total perbelanjaan :
Beli air oren fanta : THB20 / RM2.00
Entrance Fee : Free (termasuk dalam pakej sekali)
----------------------------------------------------------------------------
TOTAL : THB20 / RM2.00




18 comments:

  1. wah..syiok..tertaik tgk gmbr akk usap kucing..pasti rindu laura..hihi..

    beshnya jalan2 sblm pose..hihi

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum nory. adoyyy kantoi gambar hadi angkat sheila... hahaha malu babe kalau mertua tengok. hihihi kat mana ada kucing, kat situ nory ada. kan.. hehehhee sheila nyaris je nak beli wantan goreng kat situ, tapi was-was. telan air liur pastu ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. nory=kucing. memang! kat phi phi tu pun sameee.. hahahahahhahaha

      Delete
  3. uwaaa bestnyaa..
    kita mmg nk sgt g honeymoon kat krabi. mueueueueue

    ReplyDelete
  4. wah.. bestnya.. meriah tuuuuu.. under self ke.. or pakej ni?

    ReplyDelete
  5. wahhh bestnyaaaaa. under ur self ke pakej?

    ReplyDelete
  6. bunyi gajah mcm tu ke nory.. bukan kap kap kap?.. hahahah

    ReplyDelete
  7. wowww best nyer...akak family orang sana pun lom lg penah jejak kaki kat krabi tu tau huhu....maybe next time kalo akak balik sana leh kot gi kan...hihi...anyway tgk pic2 ney pun mmg dah kompom tahu yg nory happy giler kan..somyom sapai telinge gituw kan hahaha....

    ReplyDelete
  8. npk cam jernih je air kolam tu...

    ReplyDelete
  9. seronoknya dapat ke sana.. best tengok air tu.. jernih je...

    ReplyDelete
  10. adoiyai.. bestnya.. nak pergi krabi jugak lah lepas ni.hehe

    ReplyDelete
  11. wow!!!!krabi lah pulak!!!!!best giler arrr!!!

    ReplyDelete
  12. keladakkkkkkkkkkkkknyaaa,tapi bestkan :D

    ReplyDelete
  13. aku dh plik, nape gambar mila masam je.. xsuka ke gi krabi? hahaha..

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)