Wednesday, July 3, 2013

Percutian ke Krabi Island - Part 2 (Elephant Trekking)

*Sambungan dari entry ini Percutian ke Krabi Island - Part 1 (Honeymoon Berjemaah).

Sheila & Hadi, Yaya & Syafiq, Eida & Andi , Mila & Mcdee dan Mus (adik Yaya)
Hari pertama sampai Krabi, lepas je check in hotel and tukar baju, kitorang terus booked aktiviti pertama kat kaunter hotel, kitorang dah plan harini nak buat tiga aktiviti iaitu Elephant Trekking, Emerald Pool dan Hot Stream Waterfall, ekceli ketiga-tiga aktiviti ni dalam satu pakej, kita boleh pilih nak aktiviti apa, tak semestinya kena pilih aktiviti yang kami pilih ni, sepatutnya pakej ni sekali dengan aktiviti ke Tiger cave, tapi we all sepakat taknak ke Tiger Cave sebab tu tempat ibadat diorang,tak sesuai kot kita pergi tempat2 camtu, takut plak ada yang lemah semangat ke hape nanti kan.So, kitorang pilih 3 aktiviti tu aje..Lepas deal baekk punya dengan Ning Nong (staff hotel), kitorang dapat harga THB1000/per person include lunch and transport.Maknanya aku n Abi kena bayar THB2000, selamba je mintak kat Abi,

                                                                "Abang,,nak 2 ribuu.."
                                                                " 2 ribu je, cukup ke? nak lebih pun boleh"

hahahahah, kemain lagi mintak 2 ribu sekali syiottt je dapat, padahal kalau convert duit Malaysia ,RM200 je kot, kompom ketar2 tangan nak bagi..hahahaha..

Lepas dah deal semua, kitorang pon berkumpul kat lobby tunggu transport datang ambik, aktiviti pertama kitorang akan di bawa ke Elephant Trekking.Aktiviti beramas mesra bersama gajah.Teruja gilerr nak jumpa gajah, bapakk jakun gilerr.Selama ni tengok gajah kat zoo dari jauh je, kalini merasa menunggang gajah.Perjalanan dari hotel ke Elephant Trekking ni makan masa lama jugak, aku pon tak ingat, lebih kurang sejam jugaklah.

Sampai-sampai je, kitorang terus pilih gajah masing2.Gajah aku nama dia Noi, eh macam nak dekat dengan nama aku je kan.hikhikhik, Noi ni baby lagi tak sampai setahun lagi umur dia, patutlah laju je dia jalan, tak macam gajah eida dah tua 40 tahun, jalan sikit asyik ngular je, tapi kesian gajah eida, yang tukang bawak tu kejam giler asyik melibasss je kerja nya,kesian Sanglek (nama gajah Eida).


Abi and Andi bergambar dengan gajah Yaya.Apa ek nama gajah Yaya ni..??Lupa sudahh..Comeyy gajah2 kat sini, bijak plak tu, ucap terima kasih siap buat aksi lagi.Comeyyy gilerr...Nak train Laura macam ni lah..hahaha..



Perjalanan merentasi hutan pun bermula, teruja giler, masa baru- baru macam kekok sikit sebab pestaim kan, terliuk lentok badan ikut gerak geri gajah tu.Kat sini jugak kitorang belajar perkataan baru, "Uuuiiikkk""..Haaa tu bukan bunyi gajah, tapi tukang bawak gajah tu yang bunyi macam tu, biler dorang sebut "uiiikkk" tu, gajah tu macam paham je and ikut arahann.Yang pelik tu, gajah ni hafal jalan , pastu elok je beratur jalan sama2..Pastu gajah aku ni nakal sikit, time dia jalan laju, kawan dia kat depan jalan slow, dia sondol nya bontot kawan dia..hahahah...Nottyy taw Noi ni..Biasaaa dia tu..


Separuh perjalanan, Dein (tukang bawak gajah aku) offer kitorang suruh ganti dia duduk atas kepala gajah tu, mulanya aku suruh Abi, tapi Dein tu tak bagi, dia cakap dia nak aku yang duduk kat atas kepala gajah tu (heyy mengadaa2 betul), Abi mula2 tak bagi, sebab risau aku jatuh lagipon kawan2 yang lain semua suami yang duduk kat kepala gajah, dah aku sorang yang berani sangat ni dah kenapa kan..hahaha..Tapi dalam hati memang nak sangat duduk kat kepala gajah tu, aku pon mengensot dari kerusi terus duduk atas kepala gajah tu, alahaaiii mula2 geli giler, sebab badan gajah tu dah lah kasar, kesat, ada bulu keras menegak plak tu..Heyyy, masa baru-baru duduk, aku geli nak pegang badan gajah tu, puas lah aku duk imbang badan, Abi siap pegangkan bahu lagi, sebab aku belum stabil lagi time ni..




Weee sempat lagi buat "peace", padahal baru nak belajar imbang badan lagi tu..Abi pon gigih duk pegang bahu, takut bini dia jatuh bedebukk lettew..hahah


Haaa time ni dah berani dah, kemain eksyen suruh Abi jangan pegang bahu lagi, sebab aku dah tak geli pegang badan gajah tu..heheee..Tapi geli geleman jugak bila tengok bulu keras gajah tu..Heyyy dah macam entry lucah plak entry aku ni..kahakahkahakah



Haa masa ni Abi pon dah berani turun and duduk sekali atas kepala gajah, siap polok2 lagi.Auwww...Maluu lah dengan gajah tu..Tenkiuu Dein (tukang bawak gajah kami) sebab tolong tangkapkan gambar we all..Comeyy kan gajah kitorang.."Haiiii saya Noi, from Krabi "kata si gajah.


Okey ni saat mendebarkan, time untuk mandi bersama gajah.Ahhh aku tak senang duduk dah.Dah lah nak hilangkan rasa geli pegang badan gajah tu pon ambil masa, inikan plak nak mandi sesama ngan gajah, buatnya gajah tu sembur aku ngan air dari hidung panjang (belalai) dia tu, heyyy geliii siott..
Nasib baik dia masuk separuh je, tak main sembur2 pun,,gud jobb Noi..Ailebiuuuu...


Haaa jaga-jaga cik salmah, eyyy risau aku time ni..Abi dah selamatkan diri dia dulu, dah naik kerusi awal2...Uwaaaaa...



Nasib baik lah kau main rendam-rendam kaki je Noi oii...Kalau tidak, habiss lah aku mandi dengan air hidung panjang kau tu...hahaha


Yeayyy!!! Dah habis main rendam-rendam kaki, Noi bawak kitorang naik darat semula..Sayaanggg Noi sangat2, kalau lah boleh bawak balik Malaysia, dah lama aku angkut Noi ni kasi kawan ngan Laura..Tapi acaner nak hangkut bawak naik felait plak kan...???hahaha

 Time ni si Dein (tukang bawak gajah kami), bagi aku pegang benda alah macam sabit tu, konon2 nak tangkap gambar macam aku ni pengembala gajah lah gamaknya, Aku ikutkan aje..huhuhu..Mula-mula gambar sopan dulu..

Sudahnya, tak boleh nak sopan sangat dah..Keluar dah habit nganga2 mulut bila depan kamera..hahahah..Siap dengan aksi lagi...Kemaiiinnn ko kan Noryy...



Bila dah lama2, dah pandai balancekan badan atas kepala gajah tu, mula lah tak reti nak duduk diam2 kat atas kepala gajah tu, aku rasa dah berbuih dah mulut Abi duk ingatkan "sayangg, duduk diam2 kang jatuh kang"..huhuhu..Seminit je aku duk diam, pastu buat lagiii..hikhikhikhik...Dasaaarrrrr...

Perkenalkan ini dia tarzan malaya bersama gajah-gajahnya,, eh tu Abi titeww lah..heheheh..Alaa nape aku takde gambar macam ni...Tak aciiii...


Percubaan mencium gajah, tapi takut-takut sebab si Noi ni tak reti duk diam, kite dekat dengan dia, dia pon menonong2 jalan laju ke arah kita, serammm weyy, buat nya dia pijakk aku, nayaa je..hehehe..


Berani-berani takut namanya ni, cuba lah kau duduk diam2, senang aku nak ciom kau..Main hulur-hulur tangan dulu lah, kot lah dia boleh jinak ngan aku.Noiii , please come to mama!!.hikhikhik


Akhirnya cium jugak sambil tahan nafasss, idoklah teman nak cium kulit gajah yang berbulu tegak keras tu..Siap lapik ngan tangan lagiii,, alaa janji aku dah ciumm..Aku ikhlass taw..hahahah..Kalau aku yang bela gajah ni, hari-hari aku scrub badan dia...


U snap me, i snap u back..heheh..

Kemain beria lagi Abi pegang tali, takut jatuhh ye bangg??hehehe..Si bini..macam biasa excited terlebih, tak main arr pegang2 tali (poyyooo tak?)....kuikuikuikui..


Dah sampai di barisan penamat,tenkiu Noi & Dein sebab bawak kami jalan2..Pengalaman yang sangat2 takleh dilupakan, pengalaman pertama naik gajah, haruslahhh wa jakun lebih beb...kuikuikuikui..Oh yer, disebabkan Dein ni dah tolong kitorang tangkap gambar, dia dengan muka tak malu nya mintak tip dari kitorang siap paww rokok Abi 3 batang ..hahaha..Abi bagi THB60 bersamaan RM6 sebab tu je duit kecik yang ada.Tapi Dein ni tak kisah pon berapa kita nak bagi, bagi singgit pon dorang lompat bintang dah.Kesian plak, kalau aku bawak duit banyak, boleh bagi lebih sikit, nak buat acaner kitorang pon bawak duit cukup2 je..hehehe

Entry pasal gajah je dah penuh satu entry, takdan nak selit ketiga-tiga aktiviti sekali harung, maafkan hamba penunggu gua.Aku sambung next entry yer...Permissiii ya bukk..Kapp Kunn Kapp..


----------------------------------------------------
Total perbelanjaan :
Pakej 3 Aktiviti : THB2000 per couple / RM200 per couple
Tip untuk tukang bawak gajah :  THB60 / RM6.00
----------------------------------------------------
TOTAL : THB2060 / RM206



21 comments:

  1. best jugak..tak penah naik gajah..

    ReplyDelete
  2. sedih ida Sanglekk asik kene pukul je... hukhukhukk

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum nory, wahhh sheila pulak tak dan nak buh gambar gajah semata2. tak larat nak upload. hihi. ok, dah boleh proceed next entry, yeayyyyyy >____<

    ReplyDelete
  4. hohohoho.. bestnya dapat naik gajah.. akak pun jakun jap.. banyak btl gambar naik gajah ni ..

    ReplyDelete
  5. haii mya baru follow sini tp mcm pernah tgk muka awk ingt2 balik yer lah baca kat blog kak mila....hehheee...bestnyaaa rs mcm nk masuk je dlm gambar,....nnt next trip nk ikut honeymoon berjemaah ni boleh x??? hhehee
    jemput lah singgah blog myaa yerr
    http://myaleo.blogspot.com/2013/07/assalammualaikum.html

    ReplyDelete
  6. bestnya naik gajah..tak pernah naik gajah..huhu

    ReplyDelete
  7. haha..best tgok akak naik gajah tu..hahahaa..adeh...boleh bukak zoo dhni.. :)
    tpi amik gajah mcm noi la..hehehehe

    ReplyDelete
  8. takut dan teruja kalau aku dapat naik gajah nie....huhu...hehe

    ReplyDelete
  9. eh...gayat la...takut jatuh..huhuhu..

    ReplyDelete
  10. jalan sambil goyang tu yang fobia tu.. camne ek.. hope 1 day dapat la gi sana..

    ReplyDelete
  11. bestnyaaa naik gajah.. tapi kesian sy tengok gajah2 tu XD.. kedut seribu...

    ReplyDelete
  12. hahahaha.. comelnya nama gajah tu noi..hehehe

    ReplyDelete
  13. As Salam..bestnya Nory naik gajah...kita pun teringin juga tau..tapi belum ada kesempatan lagi

    ReplyDelete
  14. Excellent. Nice experience. Hope to have this kind of experience too in the future. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  15. hubby nory takut2...nory plak berani tak hengat..hehehe...

    nory, cam best je polok2 atas kepala gajah..haha..

    ReplyDelete
  16. abes balik trip neh laura kene latih kaw-kaw!!!!hakhakhak!!!!

    ReplyDelete
  17. bestnyaa sis pergi krabi.. teringin sgt nak pergi..
    huu tp naik gajah tu mmg nmpk best.. beraninye ;)

    ReplyDelete
  18. zul xleh thn tgk nory dok kpla gajah sorg2.. tu yg dia turun nk peluk.. kohkoh..

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)