Monday, July 1, 2013

TSDayOut - DEMC Make Over


Ni pengalaman kedua aku join event anjuran Tourism Selangor ni ataupon lebih dikenali sebagai TSDayOut.Sebelum ni kan aku join event yang kat Skypark Terminal Subang tu,tak sangka kali pertama join aku menang plak, alhamdulillah mungkin dah tertulis rezeki aku kat situ, padahal yang lain2 pon hebat-hebat jugak.Mungkin nasibb aku je lebih sikit time tu kot.hehehe..

Kalini event diadakan di DEMC Specialist ,Shah Alam, sebelum ni biasa dengar je nama tu, tak pernah sampai pun, boleh kata ni first time lah aku jejak kaki kat hospital swasta yang super grand tu.Kenapalah aku baru taw tentang ke"best"an hospital ni..hikhikhik..
Masa diumukan tentang event ni, aku tak terpikir pun nak join sebab masa tu busy sikit pasal apa ntah, so, aku just intai2 gitu je pasal event ni, tapi lepas dapat taw pasal berita kemenangan aku tu, aku dijemput ke event ni untuk sessi penyampaian hadiah, orang dah ajak, aku On je lah kan, nasib baik free tarikh tu, kebetulan Kak Amy (blogger) pun join jugak, so, ada lah geng, sebab geng yang lain busyy time tu.

Pukul 8pg aku gerak dari rumah,, event start pukul 9pg, nasib baik tak sesat, aku tak biasa sangat area Shah Alam, main redah je, nasib baik jumpa.Sampai2 je, terus jumpa Kak Amy pastu terus naik ke tingkat 1 untuk sessi pendaftaran, macam biasa setiap kali event, tiap kali pendaftaran setiap orang akan diberi sehelai t-shirt dan button untuk tulis nama.T-shirt untuk event kalini kaler hijau pucuk pisang, sweet gituu..hehe..

Lepas sessi pendaftran,semua peserta masuk ke dalam bilik untuk sessi taklimat dan ucapan aluan dari orang2 kuat DEMC.Lepas taklimat , kitorang dibawa ke Sutera Lounge untuk menikmati jamuan yang cedapp-cedapp belaka.Alamak sampai sekarang teringat2 rasa Brownies dia..Perghh meleleh air liur.Macam-macam makanan kitorang melantak masa kat sini..hehe..Sutera Lounge tempat beristirehat bagi pesakit-pesakit, kira macam ruang menunggu sambil layan makan sedap2 gituu..Sambil amik darah, boleh relax2 kat sofa loren..Haaa syiokkk kan..hewhewhewewhew





Dr Bunny





Lepas dah kenyang, kitorang semua dibawa melawat ke seluruh bangunan DEMC, dari 1 tingkat ke satu tingkat, setiap tingkat berlainan tema, kalau untuk kanak2, deko di reka mengikut citarasa kanak2, dengan kartun animasi yang menghiasi dinding bangunan tersebut, bila masuk kawasan tu tak rasa macam kat hospital plak, rasa macam kat nursery je..hehe..kalau aku jadi budak2, dah sihat pon aku pura2 buat sakit, sebab nak tinggal kat situ lama2..hehe


mesin ni dugunakan untuk ujian mengesan kanser payudara.
Kemudian kitorang dibawa ke bahagian Phisiotheraphy and Rehabiltation, kat sini macam Gym plak, padahal ni tempat untuk pesakit2 untuk melatih otot2 mereka, misalnya nak belajar jalan semua ke, kat sinilah dorang berlatih..Kitorang pon dibawa ke bilik Mamogram, mamogram ni mesin khas untuk ujian mengesan kanser payudara.


Di bahagian Pengimejan Diagnostic ni plak , terdapat satu mesin khas untuk ujian x-ray ke atas seluruh badan.Dengan mesin ni, sekali imbasan je dah boleh taw kat bahagian mana yang bermasalah..




Dr.Shirley sedang membuat rawatan laser ..
Lepas rawatan, kulit muka akan disapu dengan sunblock.
Dan akhir sekali kitorang dibawa ke Dew Wellness ni, kat sini boleh buat treatment untuk muka, nak hilangkan pigmentation, kedut, nak buang taik lalat pon boleh,semua boleh hanya dengan menggunakan teknik laser.First time tengok live depan mata, cuma aku tak berkesempatan nak buat, sebab masa sangat mencemburui.Aku sempat buat medical check-up je, ni pun first time aku buat,hahaha..Mula2 kena check mata, sah mata aku rabun teruk, tapi tak sedar diri takmau buat spek mata jugak..hahahah..Pastu kena amik darah, perghh part ni aku dah dup dap dup dap dah..Bukan takut tapi nervous,kuikuikui..Padahal cucuk hujung jari je kot..hahahahah..Nervous punya pasal, sekali check darah, hamikkk kau, tinggi tuuuu..Tapi doktor tu cakap, tinggi sebab aku nervous kot.Huhuh..Tapi aku memang ada keturunan darah tinggi pon, hurmm redha jela..
Mesin ajaib ni,apa yang ada dalam badan semua dia boleh detect...Hebakkk!!
Check tekanan darah
euwww drama queen sangattt.


Auwww amik darah plak..

Yeayyy!!!! Berjaya...tak nangis pon....heheheh

Dengar penerangan dari doktor, doktor cakap kawal pemakanan...adehhhh....
Didepan pintu masuk Dew Wellnes ..
Pastu check berat, naik je atas mesin penimbang , semua yang ada dalam badan kita, dia boleh detect, hebakkk giler..Dari penjelasan doktor, doktor cakap, berat aku okay lagi, air dalam badan pun cukup, tekanan darah pon okay, gula pon okay, yang tak okay kolesterollll je..Lebih dari tahap normal..Gilerrr arrr...mana tak nya, mencekikkkk je tak hengatt dunia...huhuhuhuhu...
Bagi aku lah kan, DEMC ni selesa untuk pesaki-pesakit, banyak kemudahan yang disediakan kat sini untuk kemudahan pesakit, dari golongan tua sampai golongan kanak2, pihak DEMC sangat prihatin dengan kemudahan yang dikehendaki oleh pesakit.Aku rasa , kalau aku jadi pesakit kat sini, mau aku berbulan-bulan duduk sini, silap2 time sihat walafiat pon aku check in kat hospital ni, teringinnn nak check-in kat wad executif kat tingkat 6 tu..huhuhuhu...Kot lah nanti aku nak bersalin kan, nak "POW" Abi lah, nak beranak kat sini...hikhikhikhikhik..








Wad Kanak Kanak

Wad Kanak-kanak

Wad Kanak-kanak

Wad Kanak-kanak











Lepas dah setel medical check-up semua, kitorang di jamu lagi dengan makanan yang sedap2, kalini rasa macam makan kat Kenny Rogers plak, sedappp giler nasi dia..Selesai makan, sessi penyampaian hadiah pun diadakan.Pastu berakhir dengan sessi photohoot beramai-ramai..


TSDayOut diadakan setiap bulan kecuali bulan puasa, so, kalau korang nak join apa kata, LIKE Facebook Tourism Selangor, senang nak taw bila dorang buat event, sebab dorang sentiasa update kat situ, senang korang boleh dapat info.Manalah tau, event pasni kita boleh jumpa..Kan besttt boleh beramas mesra..hikhikhik


Like Facebook Tourism Selangor
Website TSDayOut



10 comments:

  1. nak suh sis jaga pemakanan tuh!!!kang jadik maskot cam kat sbelah tuh!!!hakhakhak!!!nak yeeeeaaahhhh skalik!!!!hakhakhak!!!!

    ReplyDelete
  2. kene cucuk hujung jari masa HIV test dulu ida nangis ouhhh nory... hhahahahhaha

    ReplyDelete
  3. Banyak juga kemudahan di DEMC..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum nory, sheila tengok gambor makanan je dah terliur. adoiiiii. heeeeeeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  5. Bestnyer...banyak kemudahan...agaknyer berapa la bayaran nyer...huhuhu...lap peluh

    ReplyDelete
  6. alal.. bab cucuk jarum tu mmg ngerilah huhuhuhu ...

    ReplyDelete
  7. wad kanak-kanak tu la selalu onie pegi bila anak yang umi jaga masuk wad....

    ReplyDelete
  8. hoho.. lawak bc komen ida.. hbs r.. pregnant nanti tiap bulan check drh.. huhu..

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)