Monday, September 30, 2013

Check up 11w3d


Pejam celik pejam celik tiba lah hari yang di nanti, untuk next check up ni, aku continue check up kat Klinik Sofea jugak, tak pergi KK lagi sebab entahlah, dalam hati ni berbelah bahagi, nak check kat KK ke taknak, orang kata better check up kat KK, ada plak yang kata kalau taknak check up kat KK pon takpe, tapi ramai yang nasihatkan check up dua2 sekali lagi ok.Tapi masalah problem lah nak amik cuti banyak2 ,aku nak jimat cuti untuk hujung2 bulan kelahiran nanti, dapatlah lama sikit gomol2 baby sebelum masuk kerja.Yela anak sulung kan, kalau boleh rasa nak berhenti kerja je duk umah jaga anak, tapiii demi nak kan yang terbaik untuk anak, aku kena bantu Abi untuk tingkatkan ekonomi rumah tangga.Besar pahala taw bantu suami cari rezeki..hikhikhik..

10hb September 2013 haritu, lepas tunggu Abi balik kerja, kitorang terus shoot ke Klinik Sofea, dalam hati tak sabar nak scan nak tengok tumbesaran baby, teruja giler nak tengok baby dah besar mana..Tapi dalam hati dup dap jugak nak amik darah, sebab last derma darah masa form 6 dulu, dah lupa dah sakit ke tak..hahaha..


Masuk je bilik doktor, doktor Norliana still ingat lagi kat kitorang..hikhik..Terharuu taw..Dia pon tengok gambar scan aku yang pertama haritu, pastu dia suruh aku baring untuk scan..Happynya time ni, tak sabar2 nak skodeng baby yang kuat makan ni tengah buat apa..Sekali teropong, wahhh dah besar dah anak mama ngan abah ni, dah nampak kepala, dah nampak tangan, dah nampak kaki, kemain lagi masa mula2 scan, tangan angkat2 lagi, ooo dah gerak rupanya, patutlah kadang2 perut rasa kena cuit2 manja gitu..hihihii..Tak sangka dalam masa sebulan dari scan yang pertama dah jadi besar macam ni, cepat betul proses nya kan..SubhanaALLAH..Tak terucap dengan kata2 bila tengok ada nyawa lain dalam perut ni..Perasaan yang tak taw nak cakap camne.
baby dah besarr...tak sabar nak sekodeng baby lagi bulan depan..Cepat membesar yer, baby...Mama n Abah love you angat2 taw..mmmhmuuahh mmhmuahh

Lepas scan, aku bagitaw doktor aku nak buka buku terus, dia pon terus buatkan buku untuk aku, tapi bukunya bukan kaler pink macam yang KK tu, ni kaler kuning, tak cantik lahh..Nak kaler pink...Cmni kena check up kat KK jugaklah semata2 nak dapatkan buku pink tu..hahaha..bolehhh??Pastu doktor cakap nak amik darah, aku dah cuak..Abi dah senyum2 kat aku, dia taw aku nervous dari kat rumah lagi pasal kes cucuk2 ni..hahaha..Tapi, heroinn malaya kan, saje je berlakon takut2, tak takut pon sebenarnya, tapi masa nak cucuk aku pandang tempat lain, hahaha..Taw2 je doktor cakap dah siap dah..Aikk sekejappnya, tak rasa pape pon..hahaha..Eleh berlagakk ko kan nory..Tunggu time veranakk nanti,camne hahahaha...
Lepas amik darah doktor suruh kencing untuk ujian seterusnya, then timbang berat badan..Mak oiii 62Kg kawwwww!!!!Sesak nafas tetiba..Dari 58kg naik 4 kilo..Tapi doktor tak cakap apa pon, kira ok lah tu..Gula dalam darah pon ok doktor cakap,so tunggu next check up plak..Ok baby, kite boleh makan macam2 lagi.

Bil untuk check up kalini RM120 termasuk scan, amik darah, timbang berat, urine test, consultation, check darah,obimin dan ubat loya..Murah ke mahal?? hurmm ok lah tu kot..Nanti nak check up kat KK jugaklah..Tapii kena korbankan cuti lah jawab nya ek..

Balik dari check up, terus baby paww abah dia makan chicken chop kat Lokas Makana..heheeheh..Kelasss ko Nakk,, request western je ek, koyak poket abah kau macam ni..hehehehe


10 comments:

  1. wahhhh nory & husband mesti teruja gler kan... take care yer...

    akak p kinik kesihatan, maka rege FOC ekekekkeee...

    ReplyDelete
  2. jaga diri baik2 tau...
    baby duduk baik2 dalam perut mama...
    kluar bila cukup tarikhnya....

    ReplyDelete
  3. selamat menempoh alam hamil... byk lg yg akan buat nory teruja nnt...

    ReplyDelete
  4. biasanye anak pertama digalakkan checkup kat KK tp mana2 y selesa la kan..y penting xde masalah..klu x..kena g KK..
    jaga diri baik2

    ReplyDelete
  5. congrats dear :) smoga baby dgn awk sihat :)

    ReplyDelete
  6. jelas nampak kepalanya nory hihihihi... mesti terujakan.. nanti dia dah mula tendang² lg teruja tau...

    ReplyDelete
  7. waah, congratulations! bentuk da nampak da. :D

    ReplyDelete
  8. saya pula yang tumpang excited..hehe..
    tak sabar nak tengok bby live.. ;)

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)