Saturday, September 28, 2013

Pengalaman pertama check up kehamilan 7w4d


Bersambung dari entry ni "Kronology cerita tentang kehadiran orang baru" ..., lepas je dapat tau diri ni pregnant hasil dari ujian upt yang aku buat sendiri kat rumah, ambil masa jugak aku nak ke klinik untuk buat confirmition dengan doktor.Sebabnya time tu raya, rata-rata semua klinik tutup.Cuti raya katanyaaa..Jenuhlah cari klinik yang buka, satu pon takde..Last-last hari Selasa 13hb August 2013, barulah aku ke klinik untuk buat confirmation, dalam hati dup dap dup dap nak jmpa doktor, takut doktor check kata aku tak mengandung plak..Haishh,,Abi paaling teruja, masa doktor cakap aku sah pregnant 7week ++ , and dah boleh scan, Abi lah paaaling excited sekali..Masa nak scan lagi lah berdebar-debar, takut scan2 baby takde plak..

Aku pun baring atas katil, sambil doktor sapu gel kat perut aku pastu dia pun lorotkan scanner kat atas perut aku, aku memang tahan kencing time ni sebab aku google kalau nak scan lebih jelas, kena pastikan rahim penuh dengan air dengan cara menahan kencing, perghh doktor dahlah scan betul2 kat ari2 aku, nasib baik tak terkincit aku dibuatnya..hahahah..

Sekali syiottt je, jelas terpampang kat screen depan aku, dah nampak kantung baby,alololo comeyynya baby , tecikkk je dia..Tapi ukuran dia lagi besar dari tarikh LMP aku, doktor kata baby aku sihatt, mybe aku takde alahan muntah2 kot, so apa yang aku bedal, semua serapp ke baby.Tu yang baby cepat membesar kot..Mama baby makin bulatt, baby pon kat dalam makin sihattt..hehehe,,

Dan yang paling syioknya, doktor cakap "eh baby awak dah ada heartbeat lah, nak dengar tak??" Teruja kitorang nak dengar, doktor siap buat loudspeaker lagi, jelas bunyi lajuuu giler degupan jantung baby..Abi kat sebelah senyum sampaii meleleh air mata,merah2 mata dia, terharuu mungkin..Abi cakap " Baby abah dah ada jantung yerr.." hehehee..Perasaan aku time tu, speechless..Dalam hati still rasa eh betulke aku pregnant ni, rasa macam mimpi sampai muka nampak macam takde perasaan je, padahal tuhan je taw betapa happynya aku masa tu sampai tak terluah dengan kata-kata dan tak terzahir dengan perlakuan..heeee...

Masa scan Abi sempat buat lawak bodoh dengan doktor, ada ke dia tanya doktor, dah boleh nampak ke anak lelaki ke anak pompuan..?doktor tu senyummm je sambil cakap, sabarrlah dulu tunggu besor sikit lagii..heheh..Sebelum balik, doktor ucap tahniah kat kitorang dan yang kelakarnya siap tanya aku lagi "awak ada makan apa2 ke sampai berjaya pregnant ni? hahaha...Eh dia doktor ke aku yang doktor..Nanti aku share kat entry lain yer, usaha yang buat sehingga berjaya pregnant.Aku takkan peram sorang-sorang, benda baik mesti aku akan share kat semua.InsyaALLAH.

Ramai yang tanya aku, aku takde alahan ke awal2 peknen ni, setakat ni alhamdulillah, aku takde sebarang alahan, tapi setakat ni lah, esok lusa taktaw lah camne kan, cuma aku cepat rasa penat, pagi aku segar bugar, tapi lepas lunch,masuk je waktu petang sampai ke malam, aku jadi lembik macam biskut marie rendam milo panas..huhu, balik kerja je,aku cari sofa dulu, mentidooooo...Pastu malam kang baru bangun makan, tekak loya je memanjang, tapi keluar nya tak.Ke aku yang tak reti nak muntah?Sebab sebelum ni aku selalu kena migrain sampai rasa nak muntah tapi aku terer tahan muntah, mybe sebab tu aku tak muntah2 sepanjang peknen ni, cuma ada sekali je haritu aku muntah.Tu jela sekali aku muntah, tu pon Abi suruh aku paksa diri untuk muntah, sebab time tu aku kena pedih hulu hati,dada rasa penuh je, nak bernafas pon susah..huhu, sekalii dah keluar muntah, legaa rasa, masa tu baru aku percaya aku mengandung...hahahaha...Lepas tu sampailah ke hari ni, aku tak muntah2 lagi..

Untuk first time check-up ni, aku buat kat Klinik Sofea,Puchong Utama.Mulanya aku nak pergi Poliklinik Medi Nur, tapiii ramaii giler orang, so aku pergi kat Klinik Sofea, sama je macam Medi-Nur, servise pon ok, memang Klinik khas untuk ibu-ibu mengandung,ada scan 2d/3d/4d pon ada, yang bestnya doktor dia perempuan, sebab Abi memang suruh cari doktor perempuan untuk urusan check-up hinggalah ke proses bersalin nanti, kalau terpaksa baru dia izinkan doktor lelaki yang ambil alih.Tapi seboleh2nya dia taknak doktor lelaki...Bil untuk pertama kalinya berjumlah RM60 termasuk scan + consultation + vitamin B complex + Acid Folic.Second check-up 10hb September ni, euwww tak sabarnya..Hari-hari Abi kira hari, aku pon tumpang kira sekali..hehehe


Ni dia gambar scan pertama, baby masa ni baru berusia 7 minggu 4 hari..Estimated due date tahun depan , 29/03/2014..Huhuhuhu...Rasa macam tak lama je lagi...dup dap dup dap..Nampak tak kat anak patah tu, kecikk je kan..Tapii comell..Ada ke mak yang cakap anak dia tak comel..hikhikhik

5 comments:

  1. bestnye yunk..im hepi for u..doakan turn kite pulak eh..hehe..eh dok puchong ea..bejiran ke..kite dok puchong prima..nt bole jln tgok bebi mummy nory =)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah semoga membesar dgn sihat ye baby :)

    ReplyDelete
  3. Ya Allah.... hihihihi I pun tumpang terharu hokeh. Perasaan first dengar jantung baby is marvellous, macam baru tersedar rupanya ada benda bernyawa duk membesar dalam perut kita ni, indahnya kan. HUhuhu awat I lak yg lebih emo ni hahahaa. Its good u tak alahan, tak payah risau kalau awal2 tak banyak alahan, lepas ni lagi la takkan ada apa langsung, u are among those lucky ones ;)

    ReplyDelete
  4. nory update slalu tau perkembangan baby...

    ReplyDelete
  5. wah... tahniah pregnant!!! happy dgr kengkawan sorg2 pregnant ni..

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)