Tuesday, September 23, 2014

Majlis Kesyukuran Bunga


Harini baru nak up citer pasal Majlis Kesyukuran Bunga ( anak Yaya). Majlis ni diadakan seminggu lepas, time cuti Hari Malaysia.Kebetulan cuti, dapatlah menghadirkan diri dengan mak n adik aku, Abi macam biasalah, kerojeee mencari sesuap chicken chop eh sesuap nasik lah..hehehe..So, Abi tinggal, padan muka tak dapat makan kambing.Nasib baik Yaya siap tapaukan taw.Takdelah kempunan sangat kan..Gambar dengan pengantin kecik Si Bunga takde, so kite bergambar dengan gambar dia jela, sebab Bunga demam time ni, maybe sebab nerves terlebih kot..Hihihi..


Aku sampai rumah Yaya lewat sikit sebab biasalah dah ada anak kecik ni, leceh sikit nak datang awal2, nak kena bagi dia makan dulu, sebelum bagi makan, kena masak dulu, masak plak bukan kejap2, masak bubur kott, memang remeh sikit, tapi aku suka dengan new hobby aku ni, padahal aku sebelum ni jenis yang susah nak ke dapur nak memasak bagaii..Memang takkk arr kan..Tapi bila dah ada anak ni, dah matang sikit agaknya, segalanya demimu anak, dari malas jadik rajin..Hope berterusan rajin cenggini sampai bebila, memang dah niat nak bagi iqy makan hasil air tangan mama dia sendiri..Sambil masak, sambil zikir, sambil doa, moga dilembutkan hati sang anak supaya mudah menerima segala ilmu.InsyaALLAH, setakat ni belum pernah lagi bagi Iqy makan nestum..Aku cuba untuk elak dari makan nestum, kecuali kalau travel kemana2 yang menyukarkan aku untuk masak bubur anak, baru aku bagi..Aku tak kata nestum tu tak baik, cuma aku nak cuba elak je, nak bagi Iqy makan masakan mama dia je, biar dah besar nanti, kemana pon dia pergi dia akan ingat masakan mama dia walau hanya telur gentel dengan nasi panas je..hewhewhew..

Ok2, sorry cerita meleret-leret, ni entry pasal majlis kesyukuran Bunga laa, yang aku dok merapu meraban segala ni dah kenapa, hentammlah labu..Dah memang peel semulajadi, suka bebenor lari tajuk ..Cikgu BM aku dulu pon pening tiap kali semak ujian karangan aku..hahahaha,,
Haaa ko tengok, dah meleret merapu lagi..Okay2..Sambung cerita..

Mak aku teruja nak datang rumah Yaya ni, sebab nak tengok rumah Yaya yang cantekk tu, mak aku dengan deko rumah memang takleh dipisahkan, aku minat tu ada, tapi duit je takde, so, terpaksa pendam dulu keinginan nak rumah cantik2, hias ikut kemampuan je dulu.Hee..

Tasha plak teruja nak ikut sebab nak makan Chocolate Fountain Ida..Lama dah dia dok ngidam cekelat Ida tu..Makan lah ko sampai lebam.Ngehngehngehngeh..

Sesampai je rumah Yaya, dah tak ramai dah tetamu, yela aku datang kan dah lambat, tapi sempatlah jugak jumpa a few kawan blogger yang datang macam Nanie dan Alyza..Iqy kena gomoll gegiler dengan hakak Nanie, hurmm hakaklah sangat kann..heheheh..Time kasih Nanie tolong jaga Iqy, dapatlah iolls makan dengan tenang hingga menjilat jari..Nyammnyam, ikut hati nak jilat ibu jari kaki sekali, nasib baik pikir ooo kat rumah orang...hahaha...


Lepas dah makan, ko macam tak biasa plak kan, dah tentu2 lah sessi bergambar..Gigih Yaya dok sediakan prop2 untuk bergambar, rugi lah kalau tak guna kan..hihihi..


Kembar kepala tiga..Macam biasa tak cukup korum #GengKeretaPutih ni..Sorang tak sampai lagi, yang lagi sorang outstation ke Manila..So, yang mana ade jela ek..


Ni hampir cukup korum, sebab Ieza dah sampai..Yang kiri sekali yang comey tu, blogger Alyza Fisol ...Mila je takde..sob..sob..sob...Well, busy like Rosmah, bak kata Ieda..hahaha


Ni je yang ada, pose ni khas untuk Milo yang jauh di Manila masa ni..hehehe


Dah hujung2 baru teringat gambar dengan Iqy takde lah...hahahaha...Ok2, kite welfie togede2 yer..


Iqy pon nak jugak bergambar dengan Chocolate Fountain mama Ida..Aikkk gigi mana gigi???


Bunga dicelahan bunga2 ...Suweeettt gitu..Selamat Pengantin Baru Bunga...eheheheh..

8 comments:

  1. Selamat pengantin baru bunga... Sedap nama dia

    ReplyDelete
  2. selamat pengantin baru bunga pok kang !!!! HHAHAHHAHAH

    ReplyDelete
  3. sedap nye mane bunge tuu..esok iqy boleh la ngorat bunge ye..:)

    ReplyDelete
  4. happy2 je semua dlm gmbar tu hehee :) meriah!

    ReplyDelete
  5. meriahh..selamat pengantin baru bunga..hihi

    ReplyDelete
  6. Confuse gambar bunga xde ... Gambar mama iqy je bnyk hahaha... Xpe bunga x sihat yer, bile ade ank kecik mmg kena ikut jadual ank klu nak kemana drpd dia meragam ... Kan.

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)