Thursday, September 25, 2014

Rizqy check-up 6 bulan


Gini lah rutin mak orang tetiap bulan.Bawak Anje ketipak payung pegi cucuk montot kat KK Pulau Meranti.Ni cerita semalam, biasanya aku amik half day kalau pegi check-up Iqy, tapi bulan ni punya check-up saje amik cuti sehari, padahal appoitment pukul 3 petang, Abi kerja petang tak dapat ikut pegi klinik, siap sentap lagi kenapa tak bagitaw dia yang harini (semalam) ada check-up Iqy, aku sengaja taknak bagitaw Abi, sebab aku sayangkan cuti Abi tu, setakat pergi check-up ni, aku boleh pergi sendiri bawak Iqy, tapi adik aku Tasha teman sekali la..heheeh..Kalau tak, Abi bising pot pet pot pet nanti, pergi sendiri2, sekarang ni macam2 kes culik budak lah apa lah, so Abi memang risau kalau aku pergi berdua je dengan Iqy..Atleast kena bawak Tasha..Kalau tak, dia cuti emergency pon dia sanggup..Hurmmm gitulah sayangnya seorang abah kat anak tunggal dia ni..Tapi biasanya aku pilih tarikh appoitment yang kena time Abi kerja balik tengahari, so, Abi boleh ikut sekali, tapi aritu aku tersilap pilih tarikh, kena time Abi kerja petang lah plak..Adoiyaiii, my bad, my bad.

Seronokk oii cuti sehari, bangun pagi Abi siapkan brekpes nasi goreng pattaya, dan tolong masak bubur nasi carrot kegemaran Iqy..Dia jeles Iqy makan masakan aku je, tu yang dia pon nak tunjuk skill masak kat Iqy jugak tu..hahaha..Hentamlah labu..Iqy makan je tak banyak bunyi, tak tanya pon sape yang masak..hahaha..Lepas dah setel bagi iqy makan semua, Abi pon pergi kerja, aku plak siap2 nak pergi lepak rumah mak aku, ada banyak masa lagi sebelum pukul 3 ni, tunggu Tasha balik sekolah lagi, pukul 3 baru gerak dari rumah ke Klinik Kesihatan (KK).

Lega tengok klinik tak ramai patient semalam, boleh duduk bawah kipas, kalau tak mau berjurai2 peluh dak Iqy..Dah lah budak tu kuat berpeluh..Mujur lah Tasha ikut, ada jugak kawan berborak, boleh jugak gilir2 pegang Iqy, ko ingat aku larat sangat ke dukung Iqy, lagi2 sejak dah pandai melompat2 time berdukung ni, makk aii rasa nak terputus urat kentut taw tak..hahaah..

Tak lama pastu nama Iqy dipanggil, macam biasa kena bogel sambil tunjuk bibird kat nurse..Maluuu la Iqy,ma..Dah pandai tegur orang, nurse tu cair terus tengok dia senyum gatai camtu..Suka laa tu nurse2 semua panggil dia budak hensemm..Lagi gataii lah dia senyum, tapi bila orang tegur dia, hareemmm susah nak senyum, dia tenungg tak berkelip mata..hurmm urmm,.

Update check-up 6 bulan :

Weight : 9.8kg
Height : 73cm

Hampir 10kg, tak banyak naik berat dia bulan ni, naik 500gram je, nurse kata normal sebab dia dah mula melasak sekarang kan..Memang ponn..Dah pandai sepah2 rumah ni taw, tak lama lagi mama ko jadi tarzan la..huhu.,.Palinggg suka main dengan karpet, puas aku cover carpet bulu aku tu dengan tikar evamatik 10 hengget, dia pandai selak tikar tu cari karpet, digentel2nya bulu karpet tu ..adoiyaiii..Apalah suka sangat dengan karpet tu, kang tak pasal2 dapat nama gelaran baru.."Majeebur"..hahahaha..

Time kena cucuk, Tasha kata nak ikut masuk bilik suntikan nak tengok Iqy kena cucuk..Dia ngeri nak tengok, konon nak tengok dari jauh je, last2 nurse suruh dia pegangkan kaki Iqy sebab iqy tak reti dok diam, Iqy ni kuat drama, belum kena inject dah nangis, bukan nangis sebab kena inject tapi nangis sebab pegang dia tak bagi bergerak, ngamuk lah dia..Masa nurse inject, elok je dia tak nangis..Haishh pelikk lah Iqy ni taw, orang kena cucuk lah menangis, ni buat muka innocent je,,,Menangis tak bagi orang pegang kaki tangan dia..Abih dah tak reti dok diam, acaner...huhu..

Sejam jugaklah amik masa kat KK tu walau pon tak ramai patient..Balik dari KK, sambung lepak rumah mak lagi, petik mangga muda celet dengan kuah kicap gula...Perghhh perghh...Hujan plak tu, lepas makan, tidooo..Mana tak gemokkk macam tong drumm..wakakakaak...Lepas maghrib, pergi pasar malam dengan Tasha jalan kaki je, nak bawak Iqy , atok dia suruh tinggal sebab nak main dengan dia..So, tinggallah dia, Nasib baik dia jenis nak dengan orang, tapi bahaya sebenarnya budak tak takut orang ni, tu yang kena extra carrefull..Abi n mak aku selalu pesan kalau pegi mana2, jangan sesenang je bagi orang dukung anak kite..Tapi kadang serba salah jugak, sebab kalau pergi mana2 mesti orang mintak nak dukung Iqy, kang tak bagi orang kata kedekut plak kan,dahlah yang mintak dukung tu orang yang aku tak kenal,kalau kenal, aku tak kesah pon sesiapa nak dukung, so aku bagi jela tapi aku tengok orang jugaklah, dan pastikan orang tu tak bawak Iqy jauh dari pandangan aku..Sekarang ni macam2 kes kan..Haishhh giler tak risauuu..Anak aku tu jela sorang weyyy...Jangan kata aku bajett plak, macam aku anak ku tu HOT sangat..Dia takdelah HOT sangat, tapi HOT&SPICY je...Eh dah macam KFC plak....laparrrr....hurmm hurmm..



Belanja satu gambar sempena montot kena cucuk ni..hehehe...

6 comments:

  1. comel ya amat. eiiii gerammmmmmmmmm

    ReplyDelete
  2. comelnya rizqy
    moga sihat selalu :)

    ReplyDelete
  3. iqy ni memang... baby comel yang ensem..2 in 1

    ReplyDelete
  4. adoiii iqy semangat sunguh..anak sya dah sethun 6 bulan baru 7kg lebih..tu pun dah lenguh dukung..tak dapat bayangkan macm mna mama iqy dukung iqy yg dah nk 10kg ni..

    ReplyDelete
  5. Abam iqyyyy mok mok ..... rindu mama ida takkkkmm

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)