Friday, October 17, 2014

7 bulan


Alhamdulillah..Genap 7 bulan putera chenta hati mama abah..5 bulan lagi nak cecah umur setahun jagung..Alahai kenapa cepat nau membeso ni anak..Mama pon makin tua.. Abah lagi lah tua...Ngehngehngheh...(taknak kalah mak ko ni kan?heheh)

7 bulan ni banyak perkara baru yang Iqy mula tunjuk..Dalam hati terdetik, ooo camni seronoknyer dapat tengok perkembangan anak membesar dari tak tahu apa-apa, sampai dah tau macam-macam..Sepanjang meniti hari nak cecah usia 7 bulan ni, Iqy dah mula start berlatih untuk merangkak.Walaupon abah dia belikan walker, tapi penggunaan walker tu kami hadkan, sebab taknak dia ter"skip" alam merangkak, sebabnya merangkak ni antara proses yang paling baik dalam perkembangan dan pembesaran bayi sebab ianya melatih sel-sel otak berhubung..Aku tak reti nak cerita lebih-lebih, sebab aku bukan pakar kanak-kanak pon, tapi aku terbaca artikle pasal merangkak ni kat majalah dulu..Nak taw lebih lanjut, google jela...hihihi..

Pastu dah pandai tiru gaya apa yang orang buat, contohnya dari dulu aku suka buat "bubbling"  gune mulut kan..Sekarang ni dia dah pandai buat, tapi dia guna lidah, then dia bubbling, bila aku cakap, mama tak guna lidah pon, mama guna bibir je macam ni sambil tunjuk..Then dia cuba buat , tapi tak boleh, pastu dia cuba pegang bibir dia n buat..Comell je..hahaha

dah pandai minum guna botol air ber"straw"..aku tak pernah cuba lagi sebab aku ingat dia tak reti, dan mungkin awal lagi kot nak ajar bagi botol ber"straw" tu..Tapi ibu dia try bagi kat rumah, ibu dia cakap, dia dah pandai sedut guna straw..Sekali ajar je..Ibu dia cakap, Iqy ni cepat "tangkap" kalau ajar apa-apa kat dia, so kena hati-hati  lah jugak, kot-kot ter"ajar" benda lain kan...Takleh lah nak korek hidung depan dia, kang dia dok korekk hidung je 24 jam..ahhh parahh kalau gitu..haha..

Pantang nampak orang pegang kamera, dia paksa suruh tangkap gambar dia..Haaa ni mama dia punya kerja lah ni, dari lahir dah biasakan dia dengan kamera je, sampai sekarang dia dah jadik taksub dengan kamera...Ashu dia selalu kena, nampak je ashu dia tengah main henpon, tetiba dia merengek, bila ashu dia tala kemera henpon kat muka dia, dia senyum...Haaa kemain sangat kan..Giler kamera betol..

Dan terbaru, semakin "sombong" dengan gigi baru dia..Asyiklah dok sentil-sentil lidah kat gigi dia tu..Gataii agaknya...huhu


Kalau nak tulis satu-satu perkembangan Iqy ni, memang tak tertulis..Cukuplah mama dia tau yang Iqy sedang dalam proses membesar, dan hari-hari Iqy bagi seperais kat mama abah tunjuk kepandaian dia satu-satu...SubhanaALLAH...Tulis ni pon sebak rasa nak nangiss..Terlalu indah perasaan jadi seorang mama ni..-speechlesss-


HAPPY 7TH MONTHSARY , ANAK MAMA

-RIZQY HAFIY AISH-

8 comments:

  1. Happy 7mo iqy :)..ank kita sebaya. Tp ank sue girl.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, nory jangan sebak. kang mama mila sebak jugak.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum nory, yeayyy iqy budak pandai... tak lama lagi dah besar, mesti rindu saat dia masih baby, masih perlukan kita T___________T"

    ReplyDelete
  4. sama la ngan ank buah saya dh 7 bulan dh...
    tapi belum tumbuh gigi lagi la..

    ReplyDelete
  5. best sangat bila dapat tengok sendiri perkembangan anak...hoho..

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)