Thursday, October 16, 2014

Fenomena tumbuh gigi

Aku pon tak pernah terpikir yang Iqy akan tumbuh gigi secepat ni..Aku agak-agak mungkin gigi dia  tumbuh lambat sikit dalam umur 8-9 bulan nanti.Lagi haru dan rasa bangang giler bila diri sendiri pon tak tahu yang anak dah tumbuh gigi..Adehhh rasa macam, mama spesis apa lah aku ni..Yang dapat notice Iqy tumbuh gigi pon Ibu (babyitter) dia..Macam busyy sangat je mama dia sampai tak sedar perkembangan diri anak.Sorry sayang...Doakan mama cepat-cepat berhenti kerja dan dapat tumpukan sepenuh perhatian dekat Iqy yer..Urmmm...

Tapi memang sejak kebelakangan ni Iqy suka gigit-gigit, bak kata orang "fenomena gatal gusi" namanya..huhu..Mingu lepas, balik je dari kerja terus amik Iqy, tu yang ibu dia bagitaw tu, eh Iqy dah tumbuh gigi lah kat belah bawah, cuba rasa ni, dah rasa tajam dan keras..Jelas nampak bayang putih gigi kat gusi dia, tapi sebatang jela..Aloololoo comeyynya gigi dia kecikk je.Walau hanya sebatang je tumbuh , tetap rasa teruja ok..Jiwa mak-mak sangat kan..Ibarat ayam bertelur riuh sekampong..Perghhh dasyattt "peribahasa" kau kann..ahahaha..Proses pertumbuhan gigi sulung ni smoth n steady je sampai aku sendiri pon tak sedar sebab Iqy takde demam or merengek di malam hari..Dalam hati terdetik jugak, eh kuatnya Iqy tak demam pon tumbuh gigi sulung.Tapi tu gigi sulung, gigi kedua Iqy kalah, tetiba pukul 4 pagi semalam, aku tersedar sebab nak terkucil, sempatlah raba-raba Iqy kat sebelah, tetiba terkejut sebab badan dia panas giler, eh demam ni budak ni..aPasal panas sangat ni, terus menggelupur amik kain tuam kat kepala dia dan lap satu badan dia.Tapi dia...sedap je mentido.Langsung tak merengek ke hape,yang mak dia ni yang risau tahap gaban memang dia pesyen gitu, dia kalau tak sihat ke hape ke, tido tetap tido, dia bukan jenis yang merengek waktu malam kalau tak sihat, kalau merengek pon waktu siang je, tu pon jarang sangat.Tapi aku risau jugak la, memang lah orang cakap, untunglah anak demam tak merengek malam, tapi sebagai mak-mak, bila anak baik sangat pon sampai tahap demam pon taknak merengek, tu dah boleh timbulkan rasa tak sedap hati dalam hati mak-mak ni taw.Dia tak merengek pon, aku tetap berjaga jugak nak pastikan suhu badan dia tak terlalu tinggi.Risau weyy tengok dia tido sampai senyap je..Sekarang ni dah lah macam-macam penyakit.Haishhh mintak jauh lah.

Pagi tu aku pergi kerja, rasa tak sedap hati lak nak tinggalkan dia kat babysitter, rasa nak cepat-cepat bawak pergi hospital.Ingatkan nak pergi petang lepas balik kerja, tapi kat tempat kerja hati ni teringat-ingat je..Pukul 10.30 pg, aku mintak izin bos nak balik sebab nak bawak anak pergi hospital, memang aku kalut sangat time tu, sebab ni first time Iqy demam macam tu..Walaupon mak aku cakap, demam sikit je Iqy ni, mak rasa takdelah panas sangat, tapi kenapa aku rasa macam panas sangat tak tahu lah..huhu..Abi kerja, so aku suruh je dia tunggu kat Hospital..Mulanya ingat nak pergi sorang je bawak Iqy dari rumah, tapi Abi suruh ajak mak aku jugak suruh temankan..Kalau mak aku tak boleh ikut, Abi nak balik amik kitorang, dah satu kerja nak main pegi balik plak kan,Nasib baik mak nak ikut..Sampai hospital Assunta, nasib baik tak ramai patient, sekejap je dah dapat jumpa doktor.Check berat dah naik 10.4kg..Perghhh demam-demam pon berat mencanak naik sama naik dengan berat badan mama ko kan..hahaha..Check suhu plak, 37 darjah celsius..Doktor kata demam sikit je ni, aku tak puas hati plak dengan suhu tu, sebab aku rasa badan Iqy panas sangat.Ke perasaan aku je?.ermmm..Doktor kasi ubat demam dan antibiotik je..Check paru-paru semua ok, sebab dia ada batuk sikit sebelum ni, alhamdulilah tak kena neb macam aritu..huhuhu.. 

Lega sikit hati bila dah bawak Iqy jumpa doktor, lepas tu lepak makan kat cafe sementara Abi bawak Iqy jumpa kawan-kawan department dia..Balik rumah terus bagi Iqy makan ubat, lepas makan ubat, makan bubur semua, dia pon lalok dan terus tido..Bangun dari tido je, alhamdulillah dah sejuk dah badan dia.Dia pon dah mula senyum..Sebelum ni nak senyum pon tak larat..kesiann anak mama.. Harini dia kembali sihat seperti sedia kala..Demam nak tambah akal pon yer jugak ni..Mulut pon dah makin riuh..Suka menyanyi ni...Suara macam Anuar Zain ni...muahahahaah,,,




Taraaa!!! Nampak tak gigi kecik saya...Ni masa hari pertama aku sedar akan kewujudan gigi dia, kemain kedekut lagi tak bagi tengok gigi dia.Elehh cabot kang baru taw...ahhah


Besorrr dah dia ni..Seronok tengok perkembangan anak, dari sekecik tapak tangan sampai dah sebesar mesin basuh.Ehh??hahha..Kelakar giler bile teringat time nak timbang berat dia masa kat hospital tu, mesin penimbang tu dah tak muat untuk Iqy..Nurse tu kemain gelak..siap pam-pam lemak-lemak kat badan Iqy..Dia pandang "kerek" je kat nurse tu ejek dia sebab tak muat duduk atas penimbang.haha...sabo lah Nak...Kalau boleh sepak, mama dah sepak dah nurse tu..Tapi betul jugak cakap nurse tu, memang mesin tu tak muat untuk Iqy pon..Pasrahh lah nak oii.Kan mama suruh diet,,,hahahaha..mama bukan nak back up nurse tu taw,,tapi kenyataann..kukuikuikuikui..


acaner tak bam-bam..kuat makan ashikk ni, dah pandai demand mintak nasi tambah koooo!!pfffttt..Lebih - lebih lagi sejak dah tumbuh gigi ni, makin berselera lah dia..Siaplah pasni dia jadi"pirana" gigit semua orang...hohohoho..

"Selamat Tumbuh Gigi,, Anje mama"

9 comments:

  1. alaalaaa anje2 mama bucuk debob bam bam ni, pandai ke tu suap makan sendiri.cepat besar tau tolong mama dgn abah sepahkan rumah hahaha..

    ReplyDelete
  2. ooo, iqy demam nak tumbuh gigi la mama..cptnye iqy timbuh gigi..mek xtumbuh2 lagik..hehe

    ReplyDelete
  3. Alah comeinya dia...
    Naluri sorg IBU kan...

    ReplyDelete
  4. comel gigi iqy...Thaqif pun macam nak tumbuh gigi dah. dok geram gigit semua benda.menyusu pun kadang gigit jugak.huaaaa...

    ReplyDelete
  5. Alahai so cute...iqy dah pandai minta tmbh nadi...huhuhu patut gebu.

    www.sihatitunikmat.com (sue)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum nory, wahhh iqy dah ada gigi. pasni jadi pirana gigit semua orang. hihiiii

    ReplyDelete
  7. anyonyonyonyo anje mama ida ni tumbuh gigi.. pls gigit mama ida pls pls plsssss

    ReplyDelete
  8. Demam nak tumbuh gigi yer iqy. Sian dia.

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)