Thursday, October 9, 2014

Cerita Raya Haji 2014

Alhamdulillah, tahun ni macam raya aidilfitri lepas jugak, kalau raya aidilfitri lepas merupakan raya pertama sebagai mak orang, raya haji tahun ni pon merupakan raya haji pertama sebagai mak orang dan julung2 kalinya buat Rizqy.Mesti Iqy pelik, baru je habis raya, dah raya balik, mama...dalam setahun berapa kali raya ek??hehehe..

Raya haji tahun ni giliran beraya dengan family aku sebab aidilfitri aritu kan turn family  belah Abi, ekceli tak kisah pon raya mana, tak penah lagi berebut/ bergaduh nak balik raya kat rumah family sape2, sebab masing2 dah tau turn atau giliran masing2..So, takde masalah disitu..hehe..Yang bestnya, walau jarak rumah aku dengan rumah mak dekat je, tetap rasa teruja dalam perjalanan nak ke rumah mak yang tak sampai 5 minit tu..Siap ikut jalan jauh lagi, hahaha...

Raya kalini ingat nak buat kelainan sikit, biasanya mak je yang masak lauk-lauk untuk menu dipagi raya, tapi taun ni rasa nak buat menu spesial sikit.Ting!!!Tetiba teringat aritu ada mak sebut nak makan nasi beriani, siap request nak Abi yang masak..Okeyy terus usulkan kat Abi, Abi okey jee,.Maka ke Tesco lah kami beli bahan-bahan untuk masak Nasi Beriani.Mulanya nak seperais kat mak, tapi takleh tahan nak bagitau mak jugak..Hhaahaha..Makk!!Esok kite buat nasi beriani ek, adik dah beli bahan-bahan..Mak senyum sampai telinga lah..Pastu along datang cakap Kak yati nak masak Nasi Minyak dan Ayam Masak Merah..Wahhh kemainn, raya haji je kot, juadahh kemain ngalahkan raya aidilfitri, dah macam nk buat kenduri plak, padahal ahli keluarga takde lah ramai mana..Mujur ada sedara mara dekat2 ajak makan ramai-ramai sekali..Baru syiokk..


Ni antara bahan-bahan untuk buat Nasi Beriani, jangan tanya resipi sebab aku tak ingat..Ni semua Abi yang setelkan..Aku taw makan je..huhuhu..Mungkin gambar ni boleh membantu..Kalau tak membantu, ko google je la ek..hehe


Malam raya , mak dah start masak rendang..Mak memang biasa masak rendang malam raya, korang biasa masak rendang bila?Malam raya ke pagi raya..?..Lepas mak masak rendang dan pulut kuning, papa request nak makan nasi beriani dengan kari kambing..Abi punya feberet jugak tu, gigihlah dia ke Hero cari daging kambing, mujur ada..Dapatlah buat kari kambing malam tu..Aku plak taknak tunjuk kalah jugak di dapur, so aku buat menu paling simple dan paling senang kacang goreng nak buat, tapi remeh jugak nak buat..Nampak jugaklah aku terer kat dapur kan, padahal berger mini je pon, Iqy pon pandai buat..hahhaah,Jadiklahh...buat kudap2 sambil tengok tv dan sambil masak..heee


Ni antara juadah di pagi raya, ni je yang sempat snap..Penuh meja kalau nak ikutkan ni..huhu..Lupa nak citer, masa dalam perjalanan nak ke rumah mak, kitorang kena tahan polis dan kena saman sebab tak pakai tali pinggang..Huhuhu terkorban RM60,,Tu pon dapat diskaun, kalau tak lagi mahal kena, rm300..Oiii RM60 lepas beli susu anak 2 kampit tau...Grrrr....Sajeee je buat roadblock time-time raya ni, gerammm geram...Malas cakap banyak..Sakit hati..


Asyik gambar makanan je, meh tepek gambar raya plak,,Gambar ramai-ramai dengan family takde, sebab memasing busy, beria aku bawak kamera gedabak aku tu siap dengan tripod lagi, last2 gune Iphone Tasha je tangkap gambar...hahahahah.,,


Nak jugak gambar berdua, bukan selalu nak dapat gambar berdua macam ni sejak bertiga..hehehehe


Gambar syiok sendiri sorang-sorang pon nak tepek jugak...Lama tuu tak selfie..


Dengan bopren kecik pon tak lupa jugak nak bergambar...Dia yang semakin hari semakin mesra kamera...Sampai tahap takleh nampak kamera, dia paksa suruh tangkap gambar dia jugak...Huh!!! Saboo jela aku..Ko ingat ko comel??Huhh!




Last sekali, bergambar dengan si Genjos sorang ni..Kalau 2 beradik ni berjumpa mula lah datang giler sawan memasing..So, tunjuk gambar yang sopan ala amboi-amboi je,,gambar yang buat jelak orang tengok, simpan jela buat kenangan..hehehe


Anak pak arab mana plak ni??Eh anak sendiri pon tak kenal..hehehe...Macam biasa, kalau tak kena buli dengan mama, memang tak sah..Bertabahlah Iqy oii..


Selamat Hari Raya AidilAdha semuaaa....

11 comments:

  1. Alololo iqy sgt cute pakai serban^^
    Salam kenal dr sue. www.sihatitunikmat.com.

    ReplyDelete
  2. Alahaiiii!! Anak ngan mak sama comellll!!
    Xmacam mak ngn anak.. macam kakak ngan adik.. hehe
    Gebu sungguh rizqy.. geramm unty tgok!

    ReplyDelete
  3. hahahaha.selfie yg penting.nape makin berseri2 muka nory ni!

    ReplyDelete
  4. comel btul Rizqy ni. Geram tengoknya. Maknya pon comel hehe

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya nory .. kemahin iqy raya haji pun bergaya dia...

    ReplyDelete
  6. Comeinya pakai serban...
    Sis mcm mana buat mini burger Tue...

    ReplyDelete
  7. Makin comey plk sejak jadi mak mak ni...#ikhlas tau

    ReplyDelete
  8. iqy pergi solat aidiladha takk? pakai kupiah dah sokay sesuai sangattt tuuu kekekkee

    ReplyDelete
  9. banyaknya juadah raya..sedap2 belaka..
    kalo mak say masak rendang malam2..kalo saya yg masak pepagi buta sinsing lengan sensorang kat dapur..

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)