Thursday, October 2, 2014

Toncet



Ginilah rambut Iqy terkini, panjang dan lebat, kalau tengok rambut belakang dia dah cecah bahu dah..Iqy memang dilahirkan dengan rambut yang lebat sempurna, alhamdulillah..Siap pakej sideburn kiri kanan lagi masa baru lahir, tu yang dapat gelaran "baby hensem" masa kat hospital dulu..Jejaka hot ni masa kat hospital, sampai sekarang masih "Hot & Spicy" lagi..kehkehkehkehkeh..

Lepas pantang dan lepas kenduri majlis kesyukuran, rambut Iqy digondolkan botak licinnn aummm gitu.Nak ikutkan sayang nak botakkan, tapi demi kebaikan aku pasrah je, tapi alhamdulillah harini cukur, esok dah rasa tajam2 dah kat kepala dia, cepat betul tumbuh.Dalam masa seminggu dah nampak naik je rambut dia macam baldu.Legaa bila tengok rambut dia tumbuh sihat semula,.Dan sampailah sekarang, rambut Iqy dibiarkan begitu saje, sekali je abah dia pernah trim sikit rambut kat tepi telinga dia sebab dia asyik garu telinga dia sampai luka, geli rambut masuk telinga kot..



Ni paling latest hari Ahad aritu aku ikat toncet kat rambut dia..Alololo dah macam gigirl lah plak..Elok plak dia tak tarik, suka agaknya rambut kena ikat, rasa legaa je agaknya..Plan nak biar panjang rambut belakang dia tu..Nak kasi nampak rock kapak sikit, sebab muka dia "jambu" sangat kan..hewhewhewewhew..



4 comments:

  1. buat pacak2 la...dari toncet tu he3

    ReplyDelete
  2. eh2..ada toncet pulak iqy...kenapalah iqy ni comel sangat..buat auntie geram je..

    ReplyDelete
  3. Mcm isyraf dulu..muka jambu jer..buat pacak pun jambu..

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)