Wednesday, April 29, 2015

Produk Momma sebagai Milk Booster

 
Aku nak share kan satu produk yang berkesan dalam membantu menghasilkan lebih banyak susu badan.Walaupon aku tak menyusukan lagi, tapi insyaALLAH kalau ada rezeki dapat adik Iqy nanti, aku nak try amalkan produk MOMMA ni untuk tambahkan susu sebab ramai yang mencuba dan terbukti sangat berkesan.Aku sertakan detail serta kelebihan produk MOMMA ni kat bawah ni yer, jemput baca.
 
MOMMA adalah produk susu bernutrisi yang dapat membantu ibu mengandung atau menyusu untuk kekal sihat dan cergas dan dapat membekalkan nutrisi yang lengkap buat anak
dalam kandungan atau anak yang disusui. Di samping meningkatkan penghasilan susu ibu. Tidak seperti produk lain yang berada di pasaran, MOMMA adalah Susu Kesihatan & Kecantikan 4 dalam 1 + milkbooster yang PERTAMA di Malaysia yang merangkumi 4 aspek penting bagi setiap wanita yang bergelar isteri dan ibu:-

 1. Cantik : Membantu menghalus, melicinkan dan mencantikkan kulit ibu dan bayi.

 2. Sihat : Membantu memberi kesihatan yang baik dan merawat stress.

 3. Bertenaga : Membantu memberi tenaga segera buat ibu-ibu yang sering keletihan.
4. Bijak : Mengandungi EPA & DHA yang dapat membantu meningkatkan perkembangan otak bayi

Diperbuat daripada Formulasi RAHSIA dan TERKINI daripada campuran 12 bahan SEMULAJADI termasuk bahan-bahan sunnah yang berfungsi membekalkan nutrisi yang lengkap bagi memenuhi keperluan ibu dan bayi.

5 dari 12 bahan semulajadi yang digunakan telah TERBUKTI BERKESAN dapat membantu meningkatkan kuantiti dan menambah kepekatan susu ibu.

Kesan semulajadi dapat dirasakan jika diamalkan berterusan selama 7 hari. Selain diperkaya dengan pelbagai nutrisi dan rasa susu coklat yang sedap, tidak berbau hamis,

Halal Jakim. dan lulus KKM.
 
Memahami keperluan dan masalah yang sering dihadapi oleh wanita yang ingin hamil, ibu mengandung dan menyusu, susu dari formula gabungan bahan ektraks semulajadi iaitu
Zaitun, Kismis, Omega 3, Delima, Buah Tin, Habatus Sauda, Susu Kambing, Kurma, Madu, Safron, Inulin (prebiotic) dan Coklat dihasilkan bagi memastikan para ibu mendapat khasiat semulajadi.

Kelebihan MOMMA:
1. Meningkatkan kuantiti susu ibu (milk booster)
2. Memekatkan susu ibu (bayi lebih kenyang dan tidur lena)
3. Mencantik dan menghaluskan kulit ibu dan bayi.
4. Memberi tenaga kepada ibu
5. Baik untuk perkembangan otak bayi.
6. Meningkatkan kesihatan ibu dan mengurangkan stress.
 
 
 
Antara testimony pelanggan yang telah  mencuba MOMMA:
 


 
Untuk maklumat lebih lanjut boleh lihat detail-detail dibawah:
 
                                           Website: http://shop.momma-nutrition.com
Alamat Kedai: MOMMA, No 6-25-3, Tingkat 2, Jalan Medan Pusat Bandar 8A, Bangi Sentral, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
 
                   Untuk pembelian: SMS/WhatsApp 'MOMMA' ke 012-4746962  

 Agen diperlukan: Untuk menjadi agen : SMS/WhatsApp 'AGEN MOMMA' ke 012-4746962
 

 

11 April besday mak kite lah

 
Comey tak mak titew?comeyy kan..Tengok lah anak dia plak kan..ehhh..hahaha..Walaupon dah terlambat cerita pasal besday mak ni, tapi tetap nak update jugak sebab nanti mak merajuk plak, besday papa aritu aku update, so nak bagi adil dan saksama aku update jugak citer pasal besday mak, mak takmo ngajuk2 taw..Muah ciked..hikhikhik..
 
11 April aritu adalah tarikh besday girl kesayangan aku ni..Happy Birthday Mak!!Selamat Hari Muda..Mak makin hari makin nampak muda taw taw taw..Tapi besday celebration diawalkan sehari, sebab kebetulan hari jumaat 10 april tu mak aku keluar berjimba ria dengan maklang aku, so Papa aku terus ajak celebrate terus sebab mak takde kat rumah senang lah nak buat seperais kan, Papa balik kerja siap-siap terus beli kek, sweet kan..hehehe..
 
Sebelum maghrib mak n maklang pon sampai rumah , macam taw2 je nak celebrate besday dia, siap beli satay siap2..hahaha..Memang langkah kanan sangat lah tu..Memang berderet besday celeberation sepanjang bulan march,april ni.Bulan May nanti pon ade, bulan 6 pon ade..Meriah lah makan kek je..huhu
 
 
 
Sweet angat papa siap tulis "love you forever"..kikki..
 
Happy birthday Mak!!
Semoga mak sentiasa diberi kesihatan yang baik,semoga sentiasa ceria hari-hari,terima kasih sebab jadi mak yang baik, kawan yang baik, serta kawan gossip yang baik..Ehh!!hahahaha.. Lebiuuu so much,mak.
 

Tuesday, April 28, 2015

Abam sado main masak-masak

Kat mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, ye dak..?Ni haa dak bertuah sorang ni betul-betul menurun ikut abah dia.Dalam banyak-banyak permainan dia, set memasak ni jugak yang dia suka dan minat nak main.Kalau dia dapat set masak ni, kemain khusyuk dia main, kalau mainan lain tu cepat je dah bosan, pastu campak gitu je.Kadang penat jugak dok ngemas umah, perghh dah pandai sepah-sepah rumah budak bujang sorang ni.Aku kemas buku dia sepah bakul mainan, aku kemas bakul mainan, dia sepah tempat buku.Belom part dia koyak-koyak buku plak, jenuh aku mengutip kertas sehelai demi sehelai, pasrahhh lah nakkk..Paling bikin panas bila dia pergi dapur, jatuhkan satu persatu Fridge Magnet aku, perghhhh panas weyy panasss...Kecik beso kecik beso je aku tengok dia taw.Grrrr..
Set mainan masak-masak ni salah satu hadiah yang Iqy terima masa birthday party dia haritu.Antara hadiah yang paling "rare" untuk abam sado macam dak Iqy ni..hahaha..Eh jangan ingat abam sado tak reti masak taw, hahahaa, Nampak tu,nampak tu, kemain khusyuk memasak tu.
 
 
Kuat betul 'GEN' abah dia menyerap masuk dalam diri dak Iqy ni, dah besor nak jadi tukang masak jugak ke??hahaah..Pandai plak tu dia main, amik sudip masuk dalam periuk pastu kacau-kacau..Tak pernah plak aku ajar dia sebelum ni..Tetiba je dia taw sendiri bila aku hulur mainan tu, saje nak tengok respon dia, eh2 teruja jugaklah aku kan.. Macam dia taw plak fungsi setiap satu mainan tu. lagi satu kan, dia ni cukup gemar pergi dapur..Aku memang selalu menyinga je kalau dia pergi dapur, yela dapur aku tu sempit, bila dia masuk kang, semua benda dia nak usik, geramm lah..Kadang-kadang tu dia selalu je acah-acah nak gi dapur, dia saje suruh aku marah dia, pastu dia sengih-sengih..eiii saje je cari pasal kan..Nama pon kawan gaduh kan..hahah..Tak kelakorr yer Iqy, tolong jangan buat selalu yer, boleh naik darah ni..huhuhu..

Monday, April 27, 2015

Part 3 | Rizqy Turns 1 - Guest Book Corner

 
Ekceli "Guest Book Corner" tak termasuk pon dalam senarai wajib buat dalam birthday party Iqy ni tapi ada lah terdetik dalam hati nak buat Guest Book sahaja guna buku scrap konon nak buat sendiri lah.Tapi disebabkan kekangan waktu, aku buat yang mana termampu je, sampailah sehari sebelum majlis, Ida datang rumah malam tu konon nak hantar mesin Chocolate Fountain je, last-last kena paksa rela tolong aku deko-deko rumah, Andi pon tak pasal-pasal turun dapur tolong Abi masak laksa..hahaha..Bila dah ada Ida ni, macam-macam idea lah keluar, Ida kan penuh dengan idea-idea dalam otak 8gb dia tu..hahaha..Sampai ke pagi lah kitorang dok lipat-lipat kertas buat kipas, tampal sana tampal sini, tiup belon..Ohhh thank you korang..Sayangg angat2..
 
Dalam dok mamai-mamai tu, ida ni makin mamai makin bernas idea-idea dia, hahaha, maka terhasillah guest book mini tu, colourfull gitu, kena sangat dengan tema majlis dan kek besday Iqy nanti.hihkhihkihk..Tenkiuuu Ida..Jasamu dikenang..Guest book Corner tu hasil sentuhan Ida lah tu..Iqy...sila sayang mama ida lebih sikitt..tapi jangan lebih-lebih dari mama plak ek.Sentap mama nanti..HUkhukhukhuk..Tenkiuu to apak Andi jugekk..
 
Guest book ni untuk para-para tetamu menitipkan ucapan ringkas serta doa untuk Besday Boy nanti..Tapi kebanyakkan yang tulis semua buat karangan bahasa melayu SPM..hahaha..Gasak ko lahh.Nanti Iqy dah pandai baca, aku suruh dia baca semua ucapan-ucapan tu..
 
 
Frame ala-ala 3D lah kengkononnya ni, konon nak letak kat Guest Book Corner sekali, tapi macam semak sangat , mana nak letak kek lagi, kang kek ke mana, guest book kemana, ahh sudah, last-last alih ke "Chocolate Fountain Corner"..Tungggu nanti kite citer share pasal "Chocolate Fountain Corner" plak yer..

Friday, April 24, 2015

Rizqy 13 bulan

 
17 April 2015 lepas my bobot is genap 13 bulan.Dah bujang dah anak mama ni.Makin besar ni makin banyak cekadak.Mama ko urut dada je tahan sabar..Pikir positif "anak sedang membesar tu kan" huhuhu..Bila dah besar-besar ni alahai rindu plak masa dia baby-baby dulu, memang camni ek sindrom mak-mak..Adoii..Tengok gambar dia masa baby, rinduuu sangat, rindu bau dia, sekarang bau masham kepam dah..hahahaha.. 
 
Perkembangan terkini, mulut dia makin becok, bercakappp je, macam-macam bahasa keluar..Dah pandai sebut beberapa perkataan, dah pandai sebut "shushu" kalau dia nak menyusu.Makin besar makin garang macam mak dia.Ehh?hahaha..Makin manja kuat meleset..Grrr geramm je kekadang..Kalau dapat berjalan, pegang tangan pon tak bagi, eksyenn kemain.Dah pandai panggil orang, dia panggil adik aku "cha cha " je selamber badak je dia panggil nama, padahal puas dok ajar panggil Ashu..Kalau si Tasha duduk dalam bilik, dia ketuk pintu sambil jerit2 panggil "cha cha", "cha cha"...hahhaa..Hentamlah labu..
 
Paling pandai sekarang ni, pandaiii sangat sepah-sepah rumah..Ahhhh ni paling haru..Nasib baik rumah kecik je, tu pon penat nak mengemas, aku kemas sana, dia sepah sini..Hoiii mula rasa nak bertukar jadi singa kekadang tu..
 
Macam-macam kerenah, walau terkadang rasa nak marah, rasa stress, tapi kalau takde dia, sunyi rumah ni..Iqy je la penghibur mama n abah kat rumah..Syukur Ya Allah untuk anugerah ini..Iqy, kalau mama marah-marah tu anggap jela mama tengah menyanyi ek..Jangan simpan dalam hati taw, mama mengaku mama kuat membebel sekarang ni, tapi mama membebel sebab apa??semuanya sebab sayangg lah..huhuhu

Part 2 | Rizqy Turns 1 - DIY Goodies Pack

Macam tak lengkap sesebuah majlis tanpa goodies pack kan, untuk goodies pack birthday party Iqy ni aku memang dah planning nak buat sendiri lah kengkononnya, rajin tak rajin tak??hihihi..Biasanya apa yang ada dalam goodies pack ni? Oh aku buat ikut termampu je, yang biasa-biasa orang selalu buat lah, cuma aku try letak dalam bekas tippuware dan d.i.y sendiri, kengkonon gigih lah sangat kenn.hekhekhek.
 
 Aku beli bekas tu dekat Happy Home ada diskaun masa tu, satu bekas dalam rm0.40sen camtu.Aku beli 50 pcs je, cadangnya nak bagi kat budak-budak je, tapi kalau mak budak nak pon boleh je..hehe.
 
 
Ni beberapa hari sebelum majlis, merangkak-rangkak aku buat sengsorang, potong kertas, tampal kat penutup, tampal sticker, bubuh jajan , sumi, belon semua dalam bekas, buat sorang-sorang je, Abi tolong tidurkan Iqy dalam bilik, baru boleh aku buat kerja dengan aman, kalau tak, kompom dak Iqy "tolong" menyibuk sama, huhu.. 
 
 
Sticker yang ada gambar Iqy tu kakak ipar aku yang printkan kat opis dia, kebetulan dia memang kerja kat syarikat printing buku, so tiada kos yang keluar pon dalam pembikinan sticker tu, jimatt..Buat sendiri pon boleh, cuma kat rumah aku takde printer plak.
 
 
Ni je antara yang ada dalam bekas goodies pack tu, oh lupa sumi tu sepatutnya 2 ketul, dalam gambar kurang satu, sebab aku yang ngap..hehehehe.. 
 
 
Ni dia projek malam-malam buta, demimu anak bujang toang2, mama sanggup walau terpaksa menahan mata dan pergi kerja dengan bermata panda..Pasrahh..Ni baru majlis hari jadi, majlis kahwin nanti camne lah agaknya..Please jangan kahwin cepat sangat eh Iqy..Kan dah janji nak jaga mama bila tua nanti..kehkehkehkehkehkeh.. 
 

Thursday, April 16, 2015

iprice | Tips jimat shopping online dengan iprice

 
Berita baik bagi pengidap penyakit "suka shopping online", biasanya pengidap penyakit ni terdiri daripada golongan yang bekerja dengan alasan takde masa or terlampau busy dengan kerja sampai tak menyempat nak singgah mana-mana shopping complex mahupon kedai cik bedah belakang rumah.Kemain busy katekoo..So, jalan terbaik atau omputih kate . the solutionnya is "shopping online" lah kan, sambil ngadap PC kengkonon buat kerja, relax-relax dulu ushar lah web Zalora ke, Lazada ke, cuci-cuci mata..pastu eh..eh..eh..terclick plak, eh..eh..eh..terbeli pulak..Betul tak ,betul tak..Jangan tipu..Sebab aku pon spesis macam tu jugak..Kikiki..Bagi wanita, shopping is terapi stress..
 
 
So disebabkan itulah wujudnya iprice ni.Apa itu iprice??Haaaa nak citer lah ni.Iprice ni merupakan sebuah perniagaan baru atau startup yang mengeluarkan kupon percuma dan diskaun untuk "online shopping" berdasarkan promosi syarikat-syarikat lain Zalora dan Lazada, serta menyediakan maklumat tentang jenama yang berbeza.
 
Macam mana nak dapatkan kupon tersebut??Senang je, korang hanya perlu click je link ni Voucher Code iprice (click). Bila dah dapat kod kupon tersebut, korang dah boleh serang laman web Lazada or Zalora dan tebus kupon tersebut,senang kan.
 

contoh kupon


 
 
 
Untuk maklumat lanjut tentang iprice boleh layari laman web yang tertera yer..
 
 
OkBaiii..
 
 
 
Happy Shopping Online with iprice..!!
 
 
 

Wednesday, April 15, 2015

Tips anak minat baca buku

 
Takde lah tips hebat sangat pon, cuma nak kongsi pengalaman aku , cara aku terapkan minat membaca buku dalam diri Rizqy.Seawal iqy dalam perut lagi aku dah biasakan dengan bacaan al-quran, walaupon tak sempat nak khatam satu Quran, tapi syukur dapat amalkan surah-surah tertentu seperti surah Maryam, Yusof, Lukman, Yunos dan Al-Baqarah serta surah Yassin.Alhamdulillah, aku biasakan membaca setiap kali lepas solat, walaupon sebelum pregnant,aku takdelah segigih tu, tapi bila dah pregnant, memang aku gigihkan juga diri ni membaca surah-surah tersebut.
 
Bila Iqy dah lahir, ternyata dia mudah sebati dengan alunan zikir-zikir dan bacaan alquran, setiap kali azan kat TV, dia akan focus sambil mulut terkumat-kamit, taktaw apa yang dia baca..hihih..Asmaul husna dah memang wajib didengar sebelum dia tidur, selang seli dengan Doa Dhuha, memang dia akan focus bila dengar (kengkadang selit jugak selingan lagu dangdut,kikikiki).Sejuk perut tengok dia bila dia betul-betul menghayati setiap bait-bait alunan ayat suci tu.
 
Seawal Iqy 3 bulan aku dah kenalkan dia dengan flash card, walaupon berhadapan dengan cabaran, dengan laki aku yang suka gelak-gelak kan aku sebab macam aku syiok sendiri je baca dan tunjuk seketul-seketul flash card tu kat iqy, yang dak Iqy buat dekk je.Tapi aku tetap kentalkan hati, aku tunjuk je flash card tu hari-hari kat Iqy, dengan harapan one sweet day dia mesti akan faham dan akan respon.Alhamdulillah ,ianya berhasil..#abisenyumkambingjehikhokhikhok
 
Semakin dia membesar, aku mula start belikan buku-buku yang sesuai dengan dia, biar dia mesra dengan buku.Dan percayalah, ianya turut berhasil..Di usia Iqy sekarang yang nak masuk usia Setahun 1 bulan ni, dia dah mula pandai pilih buku sendiri untuk dibacakan, tapi bukan dia lah yang baca, aku lah yang kena baca, dia dah ade buku feberet dia sendiri, yang mana kalau aku tukar baca buku lain, dia akan mengamuk sakan,buku feberet dia tu pon dah jadi macam belacan dah, dah dia duk kepit je buku tu kehulu kehilir.Aku ni sampai sakit-sakit tekak bacakan buku untuk dia, pernah cuba pass kat Abi suruh baca kan, tapi ko tau jela laki aku tu suka main-main, alih-alih Iqy panggil mama jugak suruh bacakan.Intonasi mama dengan abah memang berbeza lah, mama macam cikgu-cikgu sikit kan Iqy kan..hikhikhik
 
 
Kalau time weekend tu, lepas dia main puas-puas, aku try cakap dengan dia "Iqy, ambik book baca ABC"..Dia pon terkedek-kedek pergi rak buku dan selerakkan semua buku-buku dia, then dia akan amik buku feberet dia yang macam belacan tu, aku dah naik hafal dah tetiap hari baca benda yang sama...layannkan ajeee..Dia pandai tunjuk dan sebut ikut bahasa dia,siap sebut "ni ape?" hihi..Seronok tengok dia minat dengan buku,hope sampai ke besar lah minat dia tu.InsyaALLAH..
 
 

Friday, April 10, 2015

Teaser #RizqyTurns1

 
Kasik teaser lah dulu, terlaksana jugak niat nak buat majlis hari jadi pertama buat satu-satunya zuriat kami.Alhamdulillah..Next entry tak lama lagi yer... 

Thursday, April 9, 2015

Sejak dah dapat "kaki"

 
Kemain lagi anak bujang aku tu, sejak dah pandai jalan sendiri ni, kemain eksyen pergi mana-mana pegang tangan pon tak kasi, grrrr..Geram betul.Kalau pergi supermarket memang mencabar bawak dia, takmo berpegang langsung, nak lepas je, nak bebas berjalan kesana kemari, kalau setakat berjalan je takpe, ni tangan dia tu "banyak" kerja nau nau..Aritu pergi Tesco, mak oii mencabarnya lahaii, buas kemain, sempat lagi tangan dia mencapai tomato, alahai anak..Tak sempat dia nak baling aku dah rupa penjaga gol tangkap tomato tu dulu..kahkahkah..Tu yang aku sempat tangkap, masa pergi supermarket Hero plak, aku tak sempat nak halang, dah berdebuk ketepek , dia dengan muka tak bersalahnya telahpon mencampak sebijik bawang besar, bergolek2...aduhaiii anak..Pening kepala mama.Belum aku citer macam mana dia mengamuk mintak lepas masa aku dukung dia ajak balik, dia punya tantrum maha dasyatt sekarang ni..Pffftttt...
 
 
Ni masa pergi Hero untuk beli barang masak untuk besday party Iqy..Abi busy beli barang, aku lah yang kena handle Iqy, kalau aku pandai beli barang dapur, memang aku je yang beli, suruh abi je jaga Iqy, disebabkan diri ni tak reti pilih dan beli barang apa, nak pilih ikan pon tak reti, so aku kenalah hadap kerenah dak Iqy yang tak reti dok diam tu.hukhukhuk..Dah macam Hero tu abah dia yang punya je.
 
Staff baru .ketott je..Busy susun barang..huhu
 

Wednesday, April 1, 2015

Mama Iqy Homemade : Macaroni Cheese

 
Dak iqy ni bukan jenis yang "pemakan" sangat.Dia kalau makan just buat lapik-lapik perut je, takde nya makan beriya2, kau bagilah makanan apa pon, reaksi dia biasa je.Yang aku ni jenuhlah piker nak masak menu apa setiap hari untuk bekal dia ke rumah baby sitter, ada sekali tu, tetiba rasa nak try buat macaroni cheese, kotlah dia berselera ke kan..Tapi nan hadooo, maybe dia tak suka cheese kot..Urmm..Tapi kalau korang nak try test kat anak korang boleh jugak, ni aku share ilmu tak seberapa aku ni haa, bukan pandai sangat masak memasak ni, sejak ada anak ni je rajin ke dapur..kalau tak, toksah mimpi minah ni nak singgah kat dapur tu, tempat laluan persinggahan bila nak ke toilet je..hahahaha..Melampauu betoi kan..kuikuikui..
 
Bahan-bahan nya simple je
- MACARONI
-CHEDDAR CHEESE
-CARROT
-TOMATO (potong kecik2)
-AYAM CINCANG
-SEULAS BAWANG PUTIH
-SEBIJI BAWANG MERAH
 
Cara-caranya:
 
-->tumis bawang putih dan bawang merah sampai naik bau
-->masukkan isi ayam cincang,kacau sekejap
-->masukkan kentang dan tomato
-->masukkan semangkuk kecil air
-->bila dah menggelegak, masukkan sekeping cheddar cheese
-->tambah sedikit perasa,takyah banyak, buat rasa-rasa je.
-->kacau rata, bila kuah dah pekat tutup api
-->rebus macaroni 20 minit
--> toskan dan siram dengan air  sejuk
-->tuangkan kuah tadi diatas macaroni,
-->guntinglah kecik-kecik macaroni tu kalau takut anak tercekik makan besar2 camtu..hihihi..
 
Siap untuk dimakan, time weekend aritu aku try masak lagi sekali, eh makan plak dak iqy.Walau tak banyak mana, tapi lebih 10 kali suap jugaklah..huhuh.. 
 
 
SELAMAT MENCUBA.!!!