Thursday, May 7, 2015

Lasertag | Pernah main tembak-tembak tak?

 
 
Ekceli ni pengalaman kedua aku menjerumuskan diri ke kancah "gelanggang lasertag" ni, pengalaman pertama aku masa join blogger gathering Redmummy (klik sini), bezanya kalini aku join under blogger Nadia Farahida, thanks Yaya sudi menjemput diri ini.sumpah terharu..Muah cikedd pliss..Hikhikhik..Dan bezanya kalini aku bawak 2 pakwe aku sekaligus, Abi n Iqy.Bawak bodyguard katekoo..Dan last minit, aku hangkut adik aku sekali, Tasha.Jauh okeyy dari Puchong nak ke Wangsa Walk ni, nasib baik naik kereta, kalau merangkak naya je..#oktakkelakor ..
 
 
 
 
Berbeza dengan pengalaman pertama, pengalaman kedua ni lebih teruja sebab dah ade pengalaman kan, so bajet tererr lah kengkonon, walaupon team aku kalah tempat keempat tapi nak bangga diri jugak lah sebab berjaya ranking best player walau hanya dalam team,manelah taw pengalaman seterusnya nanti boleh merampas takhta as a "sharpshooter"..Ehh tinggi bebenor cita-cita kau ni..hikhikhikhik
 
Bagi yang tak taw camne cara permainan lasertag ni, aku ceritakan secara ringkas lah yer, lasertag ni hampir sama dengan game Paintball bezanya paintball berpelurukan cat dan lasertag berpelurukan laser, dimana terbahagi kepada 2 team yang akan berlawan, dan diberikan vest berlampu LED mengikut kaler, katakanlah ko dapat team lampu kaler merah, so musuh ko adalah yang memakai vest berlampu kaler biru, ada 4 sasaran ko boleh tembak , paling banyak point dibahagian depan dapat 100point sekali tembak.sasaran lain adalah bahu kiri, bahu kanan, dan bahagian belakang badan, setiap kali ko dapat tembak pihak musuh, point ko akan tertera pada skrin senapang masing-masing, dan setiap kali ko yang kena tembak, ko akan "mati" selama 5 saat sebelum ko boleh start menembak musuh semula.Setiap game berlangsung selama 7 minit, dengar macam sekejap je kan.Tapi percayalah penat giler, pancitt wey.Pantang larang permainan ni adalah tidak boleh sama sekali menyentuh pihak lawan,apatah lagi melakukan keganasan or kekasaran mahupon pencabulan..nehi..nehi..nehi..
 
ciann Abi kite masuk grup lain, terpisah sekejap.
 
antara blogger-blogger yang hadir.
 
Okey masa hari kejadian kitorang terbahagi kepada 6 kumpulan, aku dapat kumpulan 6 yang terdiri daripada 5 perempuan dan seorang lelaki, hahaha takyah nak gelak sangat, sebab dah taw memang tak akan menang, so kitorang main manja-manja je..hahah..Paling tak boleh blah bila lawan team Mila, team dia handal-handal weyy ramai kaum adam gagah perkasa, so dia ni macam umpan je dalam kumpulan tu,hahahaha.. bila kitorang tembak dia, dia akan lari sambil angkat tangan dan jerit, uwaa uwaaa syafiq, syafiq, tolonggg tolongg..hahaha..Mengong..Masa tu teruk dia kena ligan dengan aku n Ida..Ieza plak sempat ngadu dengan kitorang dia dah rasa nak pitam, sampai duduk terselit dia kat celah tong..hehehe..
 
Paling rasa tergugat masa lawan team yang ada abang Jamar..Sampai hati abang Jamar mengkhianati team purplelicious taw..hahaha..Punyalah payah nak tembak dia, asyik dia je tembak orang..adehhh..Aku poyo-poyo lah kejar sampai naik atas jambatan tu, last-last aku kena tembak sekali 2 orang tembak aku, mencicit aku lari menyorok celah tong..hahahaha..Paling main-main, masa last game nak tentukan sape tempat ketiga dan tempat keempat, oii ni lagi takleh blah, dah taw dah memang kompom tak leh menang,dah lah dorang import para-para shooter handalan, pasrah jela tempat keempat pon.So kite main tembak-tembak je, ai tembak u, u tembak I, boleh??hahaha..Tapi tetap nak poyo diri jugak, sebab kite high score lagii..kikikikiki..
 
 
 
 
Oklah ,ekceli aku nak cerita panjang lagi, tapi takot orang jemu je bace yang aku asyik high score je memanjang padahal tak menang pon kan..muahahahaa, So, aku nak bagitaw pasal pakej dan harga plak, disarankan korang amik Party Pakej sebab lebih happening bila bermain secara berjemaah ni, dah nama pon pakej kan, dia siap sekali dengan bilik khas untuk berkumpul, siap pakej dengan makan dan minuman sekali sepanjang permainan. Percayalah wahai korang, main ramai-ramai lebih happening, kalau nak plan buat gathering ke, reunion sekolah ke, memang sesuai buat kat sini.Unutk Party Pakej ni paling minimum kena ada 15 orang, dan setiap sorang dikenakan bayaran sebanyak RM50 sahaja.Kalau untuk 15 orang ini akan ada 4 kali perlawanan.Semua akan diuruskan oleh pihak Lasertag Warzone.Contohnya korang takmo amik Party pakej ni korang boleh jugak amik 1 game sahaja dengan bayaran RM202 game untuk RM32 ,3 game untuk RM42 dan Unlimited game untuk RM60 sahaja..Dan berita baik untuk para pelajar, diskaun akan diberikan, untonglahhh kan.huhu.
 
 
Ada 3 lokasi dimana terdapatnya Lasertag Warzone ni iaitu 2nd floor Ecurve Damansara, 2nd floor Wangsa Walk Mall dan di 4th floor Gurney Plaza Penang.Setakat ni 2 lokasi dah berjaya diterjah, Ecurve dan Wangsa Walk..Yang Gurney Mall macam jauh sangat plak kan..hagak-hagak lahh..hohoho..
 
 
Dan pemenangnya adalah,,,the bobot yang menang tanpa bertanding...hihihhihi..
 
 
FACEBOOK
www.facebook.com/laserwarzone
 
CALL
03-4131 0006

 
 
 *Hasil rembatan gambar-gambar kredit pada blogger Jamar, Boni, Yaya, Ida, Mila, Tasha dan Ieza..Mintak halal yer...-peace-


 


 

4 comments:

  1. kaknoor singgah follow nory #673
    syok nyeee

    ReplyDelete
  2. Kalau selalu main ni boleh kurus Noury.
    Kena kakak mahu mengah main separuh jalan:)

    ReplyDelete
  3. Assalam nory
    waaaaa
    abam iqy juara bertocang uols he3

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)