Friday, July 31, 2015

16 Monthsary , abam Iqy dah besar

 
Raya pertama haritu, 17 July 2015 genaplah dak Iqy 16 bulan bersamaan 1 tahun 4 bulan..Haah baru setahun jagung, tapi perangai n tingkah laku macam budak 2,3 tahun..Susah orang nak percaya umur dia 1 tahun 4 bulan, dengan mulut petah dia, yang tak reti lagi cakap tapi sibuk nak cakap. Hahahah..
 
Pencapaian dia sekarang ni, banyak sangat, sampai tak taw nak citer mana satu dulu.Sebab otak dia tengah berkembang pesat, tengah meresapp macam span, dia serap semua, so pandai-pandai lah mak bapak dia mengontrol tunjuk yang mana baik untuk diikut, mana tak baik kasi buang.hihi
 
Alhamdulillah, aku bangga dengan pencapaian Iqy setakat ni, tak lah kata anak aku bijak sangat, anak orang lain pun bijak jugak, cuma anak aku kan kat depan mata, so aku citer pasal perkembangan dia jela, takkan nak citer pasal perkembangan anak orang lain plak, kang jeles plak dak Iqy..hihihihi.
 
Setakat ni, dah pandai berlari dah pon, walaupon jalan pon bersepah lagi, biasalah kelam kabut macam mama dia..hahaha..Asal excited lebih je, tetiba menonong lari, kesudahaannya terpeleot jatuh, pastu mengeluh "aduuhh, aduhhh,aduuhh, jatuhh"pastu bangun sambung lari balik, drama sangattt budak ni.Haahh dia adalah seorang "attention seeker"...hurmm hurmm hurmm..
 
Dah mula kenal a,b,c,...tapi sebut tak lancar semua lagi, tapi kalau tunjuk dia sebut ikut bahasa dia,asal aku dan dia paham sudahlah kan..Kalau buku bergambar tu, dia rajin baca, sebut je ikut bahasa dia, bunyi tu kadang2 ada lah kena sikit..heheh..Tapi yang kelakar bila tunjuk gambar "door" (pintu), dia mesti sebut "tacaaaa"..aku mula2 pelik kenapa dia sebut pintu "tacaa", rupanya baru teringat, kalau kat umah mak aku dia suka ketuk pintu bilik adik aku, sambil panggil "tacaaa" (Tasha), dah sekarang asal jumpa pintu je dia sebut "tacaa",ahh gasakkk..Tulaa aku cakap otak dia macam span, dia serapp banyak sangat,kadang-kadang dia yang buat aku kena berfikir balik..Dia lagi bijak dari aku ke camne ni..hahaha..Iqy ...Iqyy..
 
 
Dah makin bujang ni, badan pon makin slim, melasakk je tak kira waktu, yang pelik mama dia tak slim-slim pon.Haishh stresss..Time ni lah rindu dia masa baby2 dulu, bila tengok Bunga (anak Yaya), rinduu Iqy yang dulu, yang behave, kuat tidoo, pergi mana-mana mesti tido, ingat lagi pernah lepak ngan geng-geng kat Mcd sampai 2 pagi, dak Iqy time tu behave je tido dalam stroller.Alaahhhai suweetnya.Sekaranggg, aku rasa kalau gi melepak, mau terbalik meja kerusi semua,muahahahaha...Tak makan saman dak Iqy ni, kalau dia cakap dia nak, trylah halang, jawapannya bingit lah telinga kau dengar jeritan dia yang nyaring tuu, ehh aku tengok anak orang lain jerit slow motion je, apsal anak aku asal jerit je terus high pitch haaa (penangan pergi karokk time pregnant kot)...hahahahhahahadoiiii...Sakit kepala weeyyy kekadang, abah dia je yang boleh senyum time dia terjerit-jerit, kalau aku dah surrender dah, bile aku dah start mengeluh tu laki aku dah faham dah..hekhekhek..Iqy ni ikut aku kot, hot temper..hurmmm..No Komennnn...#senyumsenget 
 
 
Dulu kan orang selalu tanya, bile nak dapat anak ??Bila dah dapat anak, anak baru setahun jagung, orang dah tanya bile nak tambah lagi,eh aku tak marah pon orang nak tanya, biasalah manusia tak lepas dari pertanyaan, tapi jawapan aku masih samar-samar..Perancangan tu ada, tapi rezeki tu bukan aku yang tentukan, biarlah ade rezeki nanti ada lah, sekarang ni aku tak rasa Iqy dah sedia nak jadi abang, dia belum sedia nak berkongsi kasih sayang lagi kot, dia nak bolot sorang-sorang dulu, dah lah lama "tunggu" dia ni..So nak sayangg dia sorangg-sorang dulu, takmo bahagi-bahagi kasih sayang lagi, tunggulah dia dah 3,4 tahun ke, haaa time tu ok sikit kot..Sekarang ni nak peluk abah dia pon kena curi2, kalau tak.. mau dia jerittt kat telinga aku ni haaaa..Grrrr...uiiii sakit kepala aku taw takk..
 
 
Suka bergaya dan pandai pilih baju sendiri, masa shopping raya, aku saje try kopiah kat kepala dia, dia ngamuk, campak kopiah tu, geleng-geleng kepala takmo pakai, tangan plak asyik tunjuk "tu..tu..tu" kat songkok, pandaiii ko memilih ek, kopiah taknak, nak pakai songkok,konon hensemlah tuu..hahaha,raya pertama dia berjaya pakai baju melayu sampai ke petang,siap samping segala, tak habis-habis sebut "atekk..atekk" (cantik) kat baju dia..Euwww gedik sangat..
 
Ada jugak yang tanya, baju melayu Iqy tu tempah ke?Takde maknanya nak tempah bagai, aku beli siap je, size budak 2 tahun, ngam-ngam je terletak kat badan dia, seluar pon tak payah alter,lipat sikit je kat pinggang, elok je terletak.Dahlah aku gamble habis beli main pakai agak-agak je, tak try pon, main acu-acu kat badan gitu je,nasib baiklah muat..huhu
 
 
Dan yang membuatkan sejuk perut mama dia mengandungkan dia adalah, dia dah pandai ikut solat, aku n Abi tak pernah lagi ajar dia secara detail macam mana cara solat sebab rasa macam terlalu awal lagi kot dia nak faham, taw-taw je dia tunjuk sendiri depan kitorang, kitorang laki bini pon tercengang, cuma dia memang selalu je bertenggek , terlompat-lompat depan abah dia time tengah solat.Cuma tak sangka plak dia boleh hafal setiap inci gerak geri dan rukun dalam solat tu..Alhamdulillahh, sejuk perut mama nakkk..Moga jadik anak soleh kebanggan mama abah yer bobotku sayangg..seawal setahun empat bulan, kebijaksaanmu makin terserlah..Syukurr..
Haritu lepak-lepak kat depan perkarangan masjid Putrajaya, dia nampak masjid terus tunjuk sambil sebut "Awahbar" (Allahu Akhbar) sambil tangan kat telinga macam orang azan tu..Alahaiii, rasa nak nangisss pon hade, terharuu..
 
HAPPY 16TH MONTHSARY RIZQY HAFIY AISH!!!!
 
 
 
Video Iqy solat, kiblat dia memang flexible..Ada yang paling khusyuk dia buat tapi takdan nak rakam..heehehe..Ni je yang sempat mak ko rakam, nak oii..huhuhuu..
 
*Entry monthsary kalini paling panjang aku rasa, maapp lah yer..kikikiki...

5 comments:

  1. Singgah sini..
    dah besar dah die..
    selamat hari raya....

    ReplyDelete
  2. dah besar muka iqy macam muka nory lah lg² bila senyum .... mmg ikut muka ibu dia btl ...

    ReplyDelete
  3. comelnye tengok video iqy solat, sama la macam anak sue pun, kelaka je tengok..

    ReplyDelete
  4. Assalam nory,
    ammboohhh
    birunya dak iqy :)
    encem

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)