Wednesday, July 29, 2015

Cerita 1 Syawal

Yuhuuu...dah raya keberapa dahni baru terhegeh-hegeh nak share citer pasal raya.Mihmihmih..Maklumlah sakan noo beraya kan, sampai blog terabai..Terabai katekoo!!!Tahun ni raya sakan sebab first time raya bersama Iqy dan family aku, raya tahun lepas kan turn sebelah family Abi, maka tahun ni kira first time lah Iqy beraya bersama atok dan neneknya di Key Ell..Maklumlah orang takde kampong, beraya kat Bandar je, raya kedua baru balik Melaka.Nasib baik sedara mara mak ada lagi kat Melaka tu, dapatlah kitorang merasa susasana beraya kat kampong..Kesiann kan..Hukhukhuk..
 
Tudia tema raya bagi tahun ini, setelah sepakat membawa berkat, maka kami dengan sebulat suara memilih tema "The Royal Blue" sebagai kaler rasmi bagi raya tahun ni..hahahaha...Takde masalah dalam pemilihan kaler tema, sebab Abi jenis yang ikut je apa bini dia suka.Tahun lepas je aku kasik can dia pilih kaler tema, sebab tahun lepas baru lepas pantang kan, takde mood nak melawooo sangat, sebab anak kaki meleset kat mak dia aje, tahun ni anak meleset kat abah dia je, kasik can mama dia melawoo lah tu..heheheheh..Bagusss...baguss teruskan meleset dengan abah awok yer, bobot..
 
Tahun ni sehari awal aku dah pikul bag besau balik tido umah mak aku (yg sekangkang semut je jaraknya tu)..Hahahah..Girangnya hati tak terkata, walau hari-hari jumpa mak, tapi hari raya special sikit, nak rasa suasana malam raya bersama mak, alahaiii moment tu mahall sangat taw, Bobot lagi lah seronok,tido dalam aircond tak bunyi-bunyi,bila tutup aircond, tersedar,Alahhh kat umah ko ok jee takde aircond pon sodapp je ko tido,saje je mengada-ngada kann..Grrrrr..Paling kelakor masa nak balik rumah sendiri,setelah 5 hari tidur kat rumah mak, masa nak balik boleh plak berdrama, dah semua nangis-nangis, Iqy pon sedih siap sedu-sedan lagi..Padahal esok tu kitorang datang lagi rumah mak..Hahahahah,,,tak faham aku..Bile ingat-ingat balik, tergelak sendiri dibuatnya..
 
 
 
Nak dapat gambar bertiga lengkap berpakaian kemas, kena awal-awal pagi, lepas sembahyang raya, terus tangkap Abi dan Iqy , ajak bergmabar, kalau lambat-lambat kang, samping kemana, songkok semua kemana kang..Lagi-lagi dak Iqy tu, kejap lari sana kejap lari sini, dapat tangkap dia kejap je dia dah menjerit mintak lepas, adehhh..
 
 
Haaa ni pon kira nasib baik lah ni, dak Iqy dah nak meloloskan diri dah time ni..Cepat-cepat tangkap n peluk kuat-kuat..hahahaha..Padan muka.. 
 
 
Haa gambar ni je yang nampak semenggah sikit...hehehehe
 

9 comments:

  1. selamat hari raya noury...samalah kita biru JDT

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya nory..cantik color tema ni..

    ReplyDelete
  3. cantik warna royal blue.suka tengok :)

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya nory .. acntik warna baju nory ni ...

    ReplyDelete
  5. Assalam nory,
    naseb hasil tangkapan menjadik
    dapat gambor semenggah kan3
    he3
    samaaaa la kita :P

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)