Wednesday, February 24, 2016

Weekend di Aquaria KLCC

 
Yuhuuu..Weekend kembali lagi.Weekend yang ditunggu oleh aku dan dak Iqy adalah weekend yang kena time abah Iqy cuti..Time ni jela mama boleh bodek abah ajak keluar, dengan alasan kesian Iqy bosan duduk rumah je..Abah Iqy tu kannn, ko pepaham jela, kalau demi anak teruna kesayangan tu, semua pon boleh.Cer kalau mama yang request ajak pergi mana-mana, "haremmmm" dia nak bagi green light..hukhukhukhuk..Takpelaaa dah biasa pong..kikikikii..
 
 
Cuti hujung minggu kalini, aku dah planning lama dah nak masuk Aquaria ni, dari dak Iqy baby lagi, nak bawak masa tu dia bukan kenal lagi ikan-ikan tu semua.Dan akhirnya dengan umur sekarang ni yang dah nak masuk 2 tahun, aku rasa sesuai sangat dah.Aku usha tiket dari harga RM37 sampai lah time aku pergi ni, aku kena dengan harga RM47 untuk dewasa..Makkkk oiii mahalnya..Telan airliur banyak kali jugaklah..Tapi sebab dah lama teringin kan, pejamkan mata jela bayar.Dak Iqy free sebab bawah umur 2 tahun.Tapi biasanya dia ada buat promo time cuti sekolah, dapatlah harga tiket murah, tapi ramai lah orang nanti.
 
Lepas je bayar tiket, macam biasa dorang akan panggil bergambar dulu kat booth yang disediakan.Aku bergambar jela, belinya idok..Sebab mahai paling murah pakej RM68..Ikutkan hati nak jugak sekeping buat kenangan, tapi tak payahlah, tengok jela gambar kat kamera sendiri..hukhuk..
 
PIRANHA



  
Masuk-masuk je akan jumpa ikan piranha dahulu.Terus terbayang movie ikan piranha yang suka makan orang tu..huhuhu...scary ai tawww..Lepas tu ada satu kolam kecik ni, kita dibenarkan masukkan tangan dalam kolam dan sentuh ikan-ikan cantik tu.Tapi tak boleh tangkap taw.Ikutkan hati aku nak tangkap ikan pari yang bapak besar tu je, bawak balik suruh mak aku masak asam pedas.Perghhh terliurrr hokey..
 







 
 
Jalan-jalan lagi turun tangga, jumpa ikan dalam silinder ni..kilat-kilat kulit dia, cantik..Tetiba berangan nak ada akuarium silinder macam tu letak kat rumah..Perghhh...Tinggi bebenor cita2 ko kan Nory...hehehehe..
 










 
Saaat yang ditunggu adalah nak berjalan masuk dalam terowong akuarium ni.Terasa macam kita kat dasar laut dengan bunyi air nya..Tenang je..Terasa macam ikan duyung plak yang dikelilingi oleh ikan-ikan dan hidupan laut lain..Arghhhh kuat berangan betul aku ni..Dak Iqy masa mula-mula tengok ikan besar-besar, muka dia cuak semacam, terkejut agaknya.Biasa tengok "fish" kat dalam TV je, tak pon tengok ikan lampam hasil pancingan abah dan atok dia je.huhhu..Lama-lama baru dia bercakap dan sebut "fish","fish"..Menyembur2 air liur sebut "fish"..hahaha..
 


 
Ada sikit tips yang aku nak share, bagi yang bawak anak kecik, tak digalakkan bawak stroller.Sebab nanti leceh nak naik turun tangga.Lagipon ruang tak besar mana pon, buat semak je nanti.Lagi-lagi kalau pergi time cuti sekolah, lagi huru hara aku rasa..huhuhu..Pakai baby carrier oklah..Macam dak Iqy memang jenis "anti-stroller", dia lagi suka berdukung..Yang jadi mangsa mama abah dia lah..Adehhh..
 



 
Time kitorang datang ni, ngam-ngam soii time dorang tengah bagi ikan makan..Seronok tengok ikan-ikan kerumun kat penyelam tu.Rinduuu nak snorkelingggg main ngan ikan.Rinduu nak ikan datang serbu dan hurung muka aku..Arghhhhh rinduuu banget..Waktu bagi ikan makan pukul 12.00pm dan pukul 3petang..Ada sikit info aku nak share pasal ikan jerung yang hensem tu, ikan jerung hanya makan 3 kali sahaja seminggu, sebab dia memang jenis yang tak makan banyak walaupon nampak macam dia seekor pemangsa yang sentiasa laparrr je..Aku pon baru tahu pasal ni..Dulu cikgu aku takde bagi tau pon,hekhekhek..
 

muka bajet garanggg je...panggg!! kang haa...

scary hokeyyy tengok gigi dia..bape tahun tak gosok ni..?huhu
 
Sebelum keluar dari Aquaria tu, kita akan lalu di Kedai Cenderahati..Aku beli fridge magnet je buat kenangan dan jam dinding pelampung..Tu je...Ikutkan nak shopping macam-macam lagi, tapi laki aku dah jelling-jelling dah, dia taw bini dia memang suka beli benda2 merapu ni...hahahaha..So jelingan Abi itu berjaya membuatkan aku melawan bisikan syaitonirrojim untuk terus perabihkan duit lagi...Alhamdulillah..hikhikhikhik
 
Keluar dari Aquaria, Dak Iqy isi tank minyakk dulu..hehehe


Dia sendiri pilih nak naik kereta Hello kitty tu...Hilang macho 20% taw..hikhikhik
SEKIAN.
 
 
 

2 comments:

  1. nanti nak try bawak hakim jalan sini..
    #terpengaruh

    ReplyDelete
  2. belum masuk lagi aquaria ni. dengar cerita orang mcm seronok

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)