Monday, March 21, 2016

Rizqy Hafiy Aish turns 2

 
17 Mac 2014 - 17 Mac 2016.Alhamdulillah genap 2 tahun usia anak bujang to'ang2 ni.Typical mom memang akan cakap eh cepatnya waktu berjalan, taw2 je dah 2 tahun,aku akui sangat, memang betul pon, aku sendiri macam tak percaya dah 2 tahun dah umur dak Iqy ni.Dah layak jadik abang pon tapi masih mengaku diri tu "baby" lagi.Takpe sayang, selamanya Iqy tetap baby mama yang banyak "cengkadak".Walau hari-hari gaduh dengan dia , kejap mama jadi singa, kejap jadi tarzan, kejap jadi ultroman , tapi mama tetap sayang.
 
Dah lama tak cerita pasal perkembangan Iqy kat blog, mood berblog pon dah makin kelaut, kadang tu ada masa tapi idea tak mari, bila idea dah mari, mood nak menaip plak takde, so nak salahkan sape, salah sendiri nak buat camno.Iqy sekarang macam kanak-kanak lain seusia dia, setiap hari ada je benda baru dia explore, mulut dah makin ringan, kalau bercakap ikut sedap mulut dia jeee, Kalau kita tak paham dengan ayat dia, mulalah mengamuk, dah aku terpaksa buat-buat faham jela..
 
Makin banyak main sekarang ni, rumah tu dah rupa tongkang pecah, macam dilanggar garuda kengkadang tu, yang aku plak jenis yang suka belikan mainan baru, tapi lepas tu sendiri stress sebab mata ni jenis takleh tengok sepah-sepah ni, serabut rasanya, time tulah rasa nak humban semua dalam tong sampah..Sabooo je lah mak ko ni kann..Tapi takpelah yang membuang nya aku, yang rajin membelinya pon aku, so tak rasa ralat sangatlah..hahahaha..
 
Bila dah makin banyak main, paling mencabar bila sessi "belajar", setiap hari akan ada satu sessi "belajar" bersama cikgu singa..Sape lagi kalau bukan mama dia, garang hokey aku ni.Aku ni jenis kalau ajar nak budak tu cepat pandai, ko rasa stress tak kalau jadi anak murid aku.Iqy dah tentulah stress, dia nak main aku sibuk ajak belajar..Bila aku dah bertukar jadi hijau barulah dia nak focus pada pembelajaran,,huhuhu.Alhamdulillah berkat jadi cikgu singa hari2, Iqy dah hafal One to Ten..Lagu ABC pon dah makin lancar walau terkadang selalu je dia suka-suka skip ke huruf W (lulu), aku taktaw apasal dia obsess sangat dngan huruf W, pantang nampak huruf W kat mana-mana, kat surat khabar ke dalam TV ke, dia punya kecoh macam jumpa emas sekilo..adehhh saboo jela..
 
Hobi dia suka menyanyi, sebijikkk menurun perangai mama.Lagu terbaru yang dia suka, "Allah Selamatkan Kamu".Sebab hari-hari asyik tengok video selamat hari jadi je kat henpon, sampai dia naik hafal.Lancar seirama plak tu dia nyanyi.Minat dengan AC Mizal, kalau dapat pegang senduk ke, hammer ke, dia mesti jadikan micropon pastu tiru gaya AC Mizal jerit tu.Ermm poyoo je..Lagu "Mama nak Caliph" pon lagu feberet dia, Mia Sara pon dia kenal, Nora Danish, Nabil , mesti dia cakap, "Mama!!All star" ..Rancangan feberet dia tu..
 
Nama family semua dia dah hafal dan lancar sebutannya.Dia start panggil mama pon masa umur 7,8 bulan.Sekarang ni panggil mama macam budak2 besar je intonasi dia, pantang nampak aku takde pergi dapur or mandi, mesti dia panggil, "mamaa!!mama??"..dengan intonasi macam budak besar.Pastu terjah aku kat bilik air, teruja sambil cakap "Haaa tu mama..."Pastu gelak sorang-sorang..Ko ingat mama ajak main sorok-sorok ke hape.hihi..Takyah nak seronok sangat..ahhahaa
 
Tahun ni celebrate kecil-kecilan kat rumah tak macam tahun lepas jemputan ramai, tahun ni lebih simple dan jemputan untuk family terdekat je, maklumlah musim panas ni, rumah kecik je, kang tetamu tak selesa rasa duduk dalam oven plak, maklumlah takde aircond.Aircond dapat free aritu nak letgo sebab besar sangat tak sesuai dengan rumah kecilku sayang ni..hehhehe.Yang pasti abah Iqy turun padang lagi memasak untuk menu tetamu pada majlis tu.
 
Sambutan pon diawalkan sebab ikut jadual abah Iqy cuti.Tarikh sebenar tak kena hari cuti abah Iqy, so majlis diawalkan, buat malam hari jumaat, sebab sabtu ahad tu dah booked khas untuk "birthday vacation".Kengkonon hadiah hari jadi mama abah bawak pergi bercuti laa.Alaaa cuti dekat-dekat je kat Gold Coast Morib.Kalau duit kepuk2 dah tentu mama bawak gi Gold Coast Ostolia...hahahaha..Bersyukur lah nak, mama mampu Gold Coast Morib je..hikhikhik..Nanti dah besar Iqy bawak mama abah pergi Mekah pun dah cukup dah.Balik dari Mekah bawak gi Ostolia plak, pastu Korea..Ehhh mama terberangan lebih-lebih plak la..hahahahahaha..
 
Nanti rajin, nak update cerita pasal percutian kat Hotspring Sg Klah & Gold Coast Morib plak.Banyaknya aku hutang entry.Alaaa nanti aku jugak yang suka baca balik entry sendiri, kenangan semua tu,bila baca balik, macam menggamit memori gitu.Cewahhh..
 
"Selamat Ulangtahun Kelahiran yang kedua SONSHINE mama!!"
 
Semoga Iqy terus membesar dengan sihat dan bijak.Dengar cakap mama abah, jangan gaduh-gaduh dengan Dicha, jangan suka buli awuk (atok) & nenek, pleaseee panggil Tasha , Ashuuu (maksu), jangan panggil Taca, biasa sangat mulut tu.Kurangkan sikit cengkadak tu, awak tu banyak nau drama nyer, berepisod plak tu, letih mama nak melayan taw.Jangan gentel bucu bantal, hilang macho taw.Jangan jalan terjengket-jengket , jangan nak geli sangat dengan pasir.Hurmmm banyak lagi mama nak pesan ni, bukan sekadar wish je, oklah sambung bebel kat rumah.

3 comments:

  1. alalala dh bsar dia.. makin handsome.. slmt ulgthun syg.. muah ciked dri akak eh aunty yui =)

    ReplyDelete
  2. Hepi bestday Rizqy Hafiy Aish..:)

    ReplyDelete
  3. selamat hari lahir iqy... moga menjadi anak yg soleh.. suke tgk video² iqy kat ig hihihihi

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)