Thursday, March 24, 2016

Acah-acah OOTD sikit

 
Alaaa janganlah muntah hijau tengok aku pose ala-ala Neelofa camni (uwelkk!!), bukan selalu pon aku posing-posing gini.hahahaha..Ni pon kebetulan je nak pergi kenduri kawen, lama tak pergi kenduri kawin, tu yang berbaju kurung kat tengah-tengah panas tu, ko ingat aku seronok dengan keadaan camtu, tapi kerana tahap kepoyoan aku mencapai tahap maximum pada hari tu, aku beraksi lah ala-ala poyo dengan reaction muka yang kengkonon tak kisah berpanas terik tu.Padahal berpeluh-peluh macam air terjun dah dalam baju, perghhh ni baru panas dunia.Ya Allah ampunkan dosa-dosaku..
 
 
Masa aku upload kat FB/Instg, ramai plak yang dok PM aku tanya kat mana beli baju ni.Bukan takat sorang dua yang tanya, dekat 10 orang jugak tanya.Aku plak segan nak jawab..Yela aku ni pembeli Online tegar.Aku kan suka support bisnes online kengkawan.Heheh..Tapiiii tak semua orang suka beli online, ada jugak yang pandang rendah kalau cakap beli online ni.Yelaa pendapat berbeza-beza kan,  alasan dorang nanti ramai sangat yang pakai baju sama, tak seperais sebab ramai orang dah tengok kat online lebih-lebih lagi kat FB.Tapi bagi aku, aku simple tak suka berlebih-lebihan, tak kisahlah kalau tersama ke dengan baju orang lain, bukan jatuh berdosa pon.Ikut cara kita, ikut kemampuan kita, kalau kat online lebih murah, tak kisahlah tersama dengan orang lain ke, asalkan aku dah suka, aku beli je.Bukan mintak duit orang pon.kehkehkehkeh
 
Selain tanya baju beli kat mana, ada jugak yang tanya beli shawl kat mana..Segan aku weyyy, segan nak cakap harga shawl RM8 je sehelai.Yang suruh buat tutorial shawl pon ada, untuk simple shawl camni aku guna shawl keknis je, simple je pun caranya.Ada yang hari-hari tanya mana video tutorial shawl..hahahah..Aku ni pemalu orangnya, nak buat video mahu kena seratus lapas belas kali "cut".Nenantilah kalau aku betul2 rajin dan bersedia, aku belanja satu video okey.Tapi jangan mintak waktu terdekat ni, nak buat video kena ada "feel", kadang2 feel tu yang lambat sampai, bukan masalah malas, hahahaha...Munasabah tak alasan aku  ??
 
 
Satu benda je yang takde sesiapa tanya beli kat mana??Selipar jamban yang aku pakai dalam gambar ni..Hahahaha OOTD failed by Nory..Aku memang selamba badak je, kalau dah rasa rimas, kadang tu main sarung je selipar jamban pon boleh.hahahaha..Ada aku kesah??
 
Alang-alang nak jawab soalan, ni aku bagi detail online shop yang terlibat dengan OOTD failed aku ni..Tapi promisss jangan gelakkan aku, nak pandang rendah kat aku, silakannn sebab aku memang rendah pun orangnya....kikikiii
 
Readymade Mermaid Kurung  by Princess Omey Ct
Keknis Shawl by GM Klang
Handbag (no branded) by LAZADA
Selipar jamban by Kedai RM2
Kasut (Heel) by Tesco
Rayban Polarize by RNZ Perfume & Beuty Line
 
 
 
 
 

3 comments:

  1. cantiknye nory, selipar jamban pun orang tak perasan sebab baju dah cantik sangats :)

    ReplyDelete
  2. mmg cntik bju tu kak..

    yui boroi, xcomel lak pakai. hahah

    ReplyDelete
  3. Cantek sangat baju tu. :) Selim melim sangat. Hehe !

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)