Monday, July 18, 2016

Bekas kuih baru, ini baru lah rayyyaaaa


Sajeeeee je nak tayang bekas kuih raya baru...Wakakakakaka...Untuk pengetahuan semua, cehhh siap buat pengumuman lagi, kalau nak tahu, raya ketiga baru aku terhegeh-hegeh pergi beli bekas kuih raya ni..jauh taw aiii import.Dari kampung Abi..hahahahaha..

Aku memang dah lama minat dengan bekas kuih kaca ala-ala kristal ni, bila nak beli bajet macam tak berapa nak hado plak, mahallll okey kalau tak survey merata.Paling murah pon aku terjumpa kat MR.DIY, tu pon seketul RM5.-7 hengget sebiji.Hampir-hampir nak terbeli jugak, tapi taktaw kenapa tak beli..Last-last teringat kat Slim River ade kedai RM2 ECO tu.Raya ketiga masa nak balik ke Puchong, ajak Abi singgah sekejap.Laju-laju pergi bahagian bekas kuih, yeayyyy ada, tapi tak banyak dah tinggal, laju2 amik bakul, ambik 6 biji terus..Puas hatiii..RM2 je seketul weyyy..Jimatttt duit aiii..

Aku selalu cerita kat mak aku, aku nak cari bekas raya kaca yang kecik comel je, mak aku cakap aku kedekut...hahahaha..Kedekut kuih raya, letak sikit2 je, ehhh bukan kedekutlah, tapi comell pe, letak sikit-sikit, boleh topap banyak2 kali, nampak lah kuih banyak sikit walau hakikat kuih bape jenis je, dah lah semua buat guna jari telunjukkk je..hahahaha..

OKBAIIII tu je nak cerita..

2 comments:

  1. murahnyee.. ciktie pun suka bekas ni bukan je kecil tapi comel je kan

    ReplyDelete
  2. terus dpt idea lepas baca ni, sebab ada jugak dpt doorgift orang kawin bekas macam ni tapi simpan je, heheheh terus nk basuh isi kuih raya lah...tq awak for idea....

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)