Friday, July 15, 2016

Dak Iqy kena food poisoning

Banyak jugak dugaan Ramadhan tahun ni,Allah uji sebab dia sayangkan hambanya,nak kite lebih dekatkan diri denganNya..Alhamdulillah diberi kekuatan hadapi semua dugaan dan cabaran,dengan berhenti keje secara tetiba, dengan nak cari kerja barunya, dengan setelkan hal adik nak sambung belajarnya,uishhhh busy bebenor,dengan accident kecil2an nya..Hurmmm dengan nak raya nya..Syukur masih diberi kekuatan dan kesabaran.


18 Ramadhan sekali lagi diuji, masa tgh bersiap2 nak pergi kerja pagi tu, tetiba dak Iqy ngadu sakit perut  dan secara tetiba muntah2, pagi tu je lebih 6 kali dia muntah sampai muntah kaler kuning.Cuak jugak aku time tu,Iqy ni tak pernah kena sakit perut n cirit birit macam ni, ni first time sepanjang 2 tahun ni, sbb aku memang jaga bab2 pemakanan & kebersihan dia ni.Tapi org kata kalau nak kena tu kena jugak kan.

Pengasuh citer dia makan kuih raya banyak semalam tu, maybe perut dia tak tahan dengan bahan2 yang ada dalam kuih raya tu,org lain makan okey je..Dia ni suka makan pedas, selama dia makan pedas ni tak penah plak perut dia meragam, tiba time makan kuih raya plak perut dia tak tahan..hehehe..Pelik jugak aku.

Aku terus EL haritu, call Abi , Abi suruh bawak Iqy ke hospital terus, Abi tunggu kat sana.Masa nak tunggu giliran tu dak Iqy dah lemah sangat, sebab perut dia kosong giler semua dah keluar.Tapi dalam lemah2 sempat jugak dia terajang nurse yang nak check2 dia..adehhhh sorry akak nurse..budak ni memang "pemalu" sikit..hekhekhek..

Tiba giliran , oleh kerana Iqy dah muntah lebih dari 6 kali pagi tadi, doktor suggestkan untuk tahan wad masuk air.Kalau taknak kena tahan wad boleh, tapi kena pastikan iqy makan dan minum, aku fikir, lebih baik dia ditahan wad, kalau aku berkeras nak balik, bukannya dia nak makan n minum pun, seteguk air pon dia taknak masa tu..Lemahhh giler..Better dia ditahan wad, untuk kebaikan dia jugak.

Merasa lah aku berbuka di wad, mujur mak aku datang melawat siap bawak lauk lagi, dak Iqy plak masa tu dah aktif dah, dah tak muntah2 dah, mgkin sebab dah masuk air kan, kemain selera dia makan nasi lauk asam pedas nenek, tertunjuk plak kat dia, dia kalau nampak lauk pedas lajuuuu je dia..risau jugak takut perut dia sakit lagi, tapi alhamdulillah okey je dia makan,doktor datang check up,terus cakap dah boleh balik dahni tapi kite tggu esok jela check out ek..Haishhh boleh lak cmtu doktor ni kann..takpelahhh perabihkan air bagi masuk cukup2 dalam badan.Alhamdulillah esok pagi tu doktor dah bagi check out.Yeayyy.


Dia takank pakai baju, so berpampers jela ko nak oii..Sangatlah penakut dengan doktor n nurse, cleaner pakai uniform pun dia ingat nurse, punyala melalak2..hadoiii sabor jela..Masa baru masuk wad, lagilah, takmo berenggang langsung dengan abah, duduk atas dukung je, sampai tertidur, kesian abah sampai sakit2 pinggang.Dah malam plak, dia still taknak baring atas katil, dia sanggup tidur duduk, kelakar pon ada tengok dia tersengguk2 tido sambil duduk, puas suruh baring ngamuk2 taknak.Dari masuk wad sampai ke malam dia merengekkk je asyik sebut nak balik nak balik..Nurse nak datang check pun takut2, takut dia nangis jerit2..hahahahaa..


Ni pagi esoknya, akhirnya dia nak jugak baring kat katil tu, tu pon malam tu lepas dia tidur duduk, slow2 aku baringkan dia, malam tu dia tidur lena sampai ke pagi, mungkin penat merengek n tahan mata seharian kot, aku pon lena sekali malam tu, patient sebelah tu plak time malam menangis, nasib baik Iqy tak terganggu, dia kalau dah tidur, bunyi bising camne pon dia okeyy je,aku plak yang terganggu, tapi takpelahhh kasi cann, sebab siang tu Dak iqy yang buat bising dia sedap tidur...hehehe..Lagipon dak iqy ni memang jenis tak meragam malam dari kecik lagi, tu jela yang boleh aku puji..hahahaha

  

Ni masa doktor cakap dah boleh keluar wad, tapi kitorang lepak lagi kat wad sebab tunggu abah Iqy dari hospital Selayang hantar abah mertua check up.Kebetulan tarikh tu memang Abi cuti untuk hantar abahnya ke hospital.Malam tu lepas dak Iqy lena, senyap2 abah dia gerak balik kampung nak hantar abah pagi tu kan.Alhamdulillah, malam tu Iqy tak meragam masa abah dia takde, sebab aku bohong sunat cakap abah dia ade tidur kat katil bawah tu, kebetulan plak ayah patient kat sebelah tu tidur berdengkur sama macam abah dia, so dak Iqy ingat betul lah tu abah dia,hahahaha...Kalau dia tahu abah dia takde, naya lah aku..Dia dengan abah dia tu dah macam magnet ko taw takk,..Kesian kat Abi, ulang alik sana sini, tapi dia dah pon laksanakan tanggungjawab sebagai abah dan anak dengan baik sekali, tahniah asbenn..I love youuu so strong..Syukur Allah permudahkan segalanya..

2 comments:

  1. ala..kesiannya dia..moga cepat sembuh ye

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah iqy dah baik. Baru nampak ceria muka iqy tu.

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)