Friday, July 29, 2016

Eh dah jumaaat lah


Sebelum hakak memulakan cerita, izinkan hakak belanja selfie barang seketul dua, eh seketul cukuplah, kang menanah plak bijik mata engkorang, tak koser hakak nak bertanggungjawab..hekhekhekhek.Comeyyyy tak hakak???Muahahahahaha okeyyy jangan risau hakak dah ready baldi untuk korang muntah hijau..Pastu sila telan muntah sendiri yer.

Sekejap je dah hari jumaat, bagi yang bekerja hari jumaat ni ibarat hari pelepasan, tu pon bagi yang bekerja 5 hari seminggu lah, yang kena kerja hari Sabtu tak dapek lah hakak nak tolong kan..Taktawlah tapi bagi aku lah kan, bila tiba je hari Jumaat tu, ada suatu perasaan yang buat aku bersemangat, bangun awal, mood ceria, jauh beza dengan perasaan bila tiba hari Isnin..hahahahaha..Sebab hari jummat hari last bekerja, pastu weekend, cuti 2 hari..Besttlahhh kan..Dalam kepala set nak bangun lambat sikit lah esok, tapi ko hingat aku mampu untuk bangun lewat sangattt..memang takklahh, paling lewat pon pukul 8 or 9..Sebab Dak Iqy tu jenis bangun awal, mungkin dah terbiasa hari-hari kan, kadang2 aku geram jugak, aku cakap ngan dia, Iqy ni hari cuti pon bangun awal, tido lah lagi, kasik can mama tido..Hurmmmm memang takklah dia nak dengar cakap aku, pagi2 dah bangun buat sepah.Grrr...

Aku plak jenis yang suka kemas rumah Jumaat malam, dengan harapan esok cuti boleh berehat tanpa mengemas rumah.Lagipon aku jenis yang suka bangun tidur takleh tengok rumah bersepah, nanti aku rasa serabut pastu mulalah nak marah-marah tak tentu pasal,.Hurrmmmm malam kemas, esok pagi dah sepah balik, pastu bangun tido mulalah aku jadi tarzan menjerit terlolong bebelkan dak iqy suruh kemas.Adooiiii sabarr jela..Mainan dia berjuta kali aku kutip dan simpan, dia keluarkan balik, sepah kat ruang tamu..Mau nya aku tak jadi tarzan..Haishhh..

Esok along n mak aku nak datang beraya, haaaa dekat sebulan raya, mak n along aku tak jejak rumah aku lagi ko taw takkk..Betapa busynyaaa kesana kemari, asyik terjah umah orang je, mak aku plak, time aku ajak rumah aku, mesti ada tetamu nak datang ke rumah dia, tu yang esok baru nak buat makan2 sikit untuk family kecik aku.Ohhh esok bukan aku yang masakkk, selamat akuuu!!, sebab esok Hero aku ada, aku request suruh dia masak laksa, kemainnn lagi, main request je..So malam ni nak kemas rumah dulu, nak basuh baju siap-siap, lipat dan sidai, esok tinggal nak fokus untuk hidangan tetamu je..Rasa nak sorok semua mainan dak Iqy biar dia tak menyepahhh..Tapi kalau dia takde benda nak main kang, dah tentu dia kacau abah dia, dah camne abah dia nak masak...


2 comments:

  1. mmg syok kalo dh tiba hari jumaat sbb break lunch pjg...arini lg la sronok sbb ada jamuan raya department...mcm tk kj je ..pg meeting pastu mkn2 ry...lps lunch mkn lg..tup2 blk hehe

    ReplyDelete
  2. Salam Perkenalan dari Yani,
    Macam Yani pon sama suka buat malamnya atau awal paginya berkemas rumah... Sep!

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)